Bab 21

846 37 4
                                    

Langkah Eshal diatur menuju kearah kereta yang diparkir di hujung bangunan pejabatnya.Baru sahaja pintu hendak dibuka ada tangan yang menahan.Eshal terpaku melihat susuk tubuh yang ada di hadapannya sekarang.

'Hazril!'~

"Aku ada benda nak bincang!"

"Saya tak free..busy..!" Eshal membalas pertanyaan Hazril sambil menjeling tajam.Sudah berat otaknya mahu berfikir.Jangan kata berbincang mahu diingat permintaan bonda itu pun dia tidak sanggup.Semua ini tidak masuk akal!

Dek cadangan bonda itu nampak sangat dia mencari lelaki kaya di KL ini untuk dijadikan suami.Penat!

"Ni bukan permintaan tapi arahan!"

"Kalau pasal kahwin tu lupakan je la..tak wajib ditunaikan pun!" Eshal membalas.Hatinya sudah letih.

"Untuk kau memang tak wajib ..tapi wajib untuk aku bahagiakan umi.." Eshal membeliakkan matanya.

'Punya banyak cara nak bahagiakan umi cara ni jugak hang pilih Hazril oi!'~

"Saya tak yakin boleh bahagia dengan cara macam ni..!" Eshal tersenyum sinis.

"Aku tak cakap yang kita akan bahagia..aku cuma cakap aku nak bahagiakan umi!" Eshal memandang Hazril geram.

'Gila mamat ni nak bahagiakan umi tapi aku yang kena jadi tebusan dia'~

"Aku tak nak dengar alasan..aku cuma nak kau setuju dan semuanya berjalan seperti rancangan umi dan bonda..!" Hazril menekan perkataan umi dan bonda itu.

Dia sendiri keliru dengan perasaannya.
Mulanya dia juga membantah tapi pujukan umi membuatnya lemah.
Mungkin dengan cara ini dia boleh mengajar Eshal bagaimana untuk setia tanpa mencurangi lelaki.Dia benci wanita "curang"!

Kata-kata Faeq dan sikap Eshal yang sebaliknya membuatkan jiwanya kacau.Ditambah dengan permintaan umi  membuatkan dia bertambah serabut.Dia anak yang tidak pernah membantah permintaan uminya.

Dari dahulu lagi dia mengikut semua permintaan umi tanpa ada bantahan kecuali memilih Suzy untuk menjadi isterinya .Uminya sudah membantah hubungan dia dan Suzy tapi dia memilih untuk tetap bersama Suzy.Dia membelakangkan umi sehingga dia bercerai.Dari situ dia mula merasakan apa sahaja pilihan umi adalah yang terbaik buat dirinya.Walaupun dia mengetahui tentang sikap Eshal dari Faeq dia tidak mahu Uminya kecewa.

Hazril meninggalkan Eshal dengan keadaan termangu-mangu.

🌹🌹🌹

Bonda duduk berteleku di atas sejadah di dalam bilik Eshal.Dipinta pada Zara untuk datang kesini.Saja dia mahu bermalam bersama Eshal.Pintu dikuak menampakkan susuk tubuh Eshal memasuki bilik itu lantas bersila di hadapan bonda.Eshal tersenyum melihat bonda.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now