Special Chapter 1

976 39 1
                                    

Haura berlari riang turun dari tangga menuju ke ruang tamu.

"Ayahh chikk..!"Hazriq yang sedang berbaring sambil menonton televisyen itu terkejut dengan sergahan Haura yang sudah selamat mendarat di dalam pelukannya.

"Aik..tadi bukan kakak dah tidur ke?"Haura menggelengkan kepalanya perlahan sambil mengusap pipi Hazriq lalu diciumnya.Hazriq tersenyum melihat keletah anak saudaranya itu.

"Haura nak apa ni sayangg..?"Haura tersengih lalu bangun sambil meletakkan jari telunjuknya di dagu lalu diketuk perlahan.

"Jom la kita main kat luar...kakak bosan la..!"Hazriq sudah bangun bersila menghadap Haura sambil ketawa besar mendengar anak buahnya yang berceloteh sakan memujuknya.

"Haura nak main apa kat luar..?kan tadi ibu dah cakap tak boleh sebab kakak kan tak sihat.."Hazriq cuba membantah apabila teringatkan pesanan Eshal yang sudah berulang kali disampaikan pada Haura sejak tadi.Selepas sahaja diberikan ubat tadi serasanya kakak iparnya sudah membawa Haura keatas untuk ditidurkan.

"Please ayah chikk..?"Haura menyebikkan mulutnya dengan mata yang berkedip-kedip kearah Hazriq membuatkan lelaki itu menggelengkan kepalanya lantas tangan Haura ditarik menuju keluar rumah.Akhirnya dia terpaksa mengalah dengan pujukan Haura yang manja.

"Ayah chikk..kakak dahaga la.."Hazriq yang baru mahu menunduk mengutip bola yang ditendang Haura kearahnya itu tersenyum mendengar permintaan Haura.

"Iye la...kakak tunggu sini..jap ayah chik ambilkan air kat dapur.."Hazriq memberi arahan sambil berlalu ke laman tepi rumahnya untuk ke pintu dapur.

"Dikk..!"Haura berpaling kearah pagar apabila terdengar ada seruan kearahnya.Dia yang masih berdiri dengan bola di tangannya itu tersenyum kearah lelaki yang sedang melambai kearahnya.

"Meh sini..pak cik nak bagi nih..!"lelaki  yang melambai kearahnya itu cuba menghulurkan sesuatu kearah Haura.Haura yang baru mahu melangkah kearah pagar itu terhenti.

"Kakakk..ni air nihh.."Haura berpaling kearah Hazriq yang berjalan kearahnya sambil memegang segelas air di tangannya.Kemudian dia berpaling kembali kearah pagar tetapi bayangan lelaki yang memanggilnya tadi sudah menghilang.

"Kenapa kakak..?"Hazriq menegur Haura apabila terlihat anak buahnya itu sedang mengintai sesuatu di sebalik pagar.Hazriq menurunkan lututnya separas tubuh Haura lalu dipusingkan tubuh Haura menghadapnya dan gelas berisi air tadi disuakan ke mulut anak buahnya perlahan.

"Tadi tu..urm.."Haura meneguk rakus air yang disuakan kerana dahaga.

"Kenape..?"

"Tadi tu ada uncle nak bagi barang.."Hazriq menghalakan pandangannya kearah yang sedang ditunjukkan Haura tetapi tiada siapa disitu.

"Ohh..ada parcel kot kakak..."Hazriq mengintai lagi kearah yang ditunjukkan Haura sangkaannya ada ahli keluarga yang membuat pesanan atas talian mungkin.

"Tapi kenape dia tak tunggu ayah chik..?"Haura menjungkitkan bahunya sambil memandang kearah wajah Ayah Chiknya.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now