Special Chapter 2

891 49 2
                                    

Eshal mendukung Eiyad sambil memimpin Haura masuk ke ruang menunggu wad kecemasan.Matanya tertancap kelibat Hazriq yang sedang menunggu ketibaan mereka.Hanya mereka bertiga yang bergegas ke hospital setelah menerima berita tentang keadaan suaminya kerana bapa mertuanya terpaksa menemani umi yang kurang sihat di rumah.

"Riq..macam mana abang Ril?"Hazriq berpaling kearah mereka lalu mengambil Eiyad di dalam dukungan kakak iparnya.

"Alhamdulillah..tak banyak lukanya..cuma terseliuh dekat lengan dengan luka dekat bahagian kepala.."
Eshal mengangkat Haura lalu didudukkan diatas kerusi berdekatan mereka.

"Umi macam mana akak..?"

"Umi terkejut tadi..kesian dia.."Hazriq tersengih kearah Eshal seakan memahami kesalahannya.

"Lain kali ingat pesan akak..jangan bagitahu umi dulu apa-apa pun..umi tu tak boleh terima kejutan.."Eshal menggeleng kepala sambil mengetap geram bibirnya kearah Hazriq.

"Sorry.."Hazriq mencebikkan bibirnya kearah Eshal sambil memeluk erat Eiyad di dalam dukungannya.Sesekali pipi comel itu digomol-gomol.

"Kakak dah okey  ke..?"Hazriq melabuhkan punggung  di sebelah Haura lalu sebelah tangannya naik mengusap perlahan kepala Haura yang sedang bersandar lemah di kerusi.

"Agaknya Haura ni tantrum  sebab abang Ril la.."Eshal menjungkitkan keningnya kearah Hazril tidak memahami maksud adik iparnya.

"Dari pagi dia mengamuk nak ikut babah dia..."Eshal yang masih berdiri itu turut mengusap kepala Haura perlahan.Sudah beberapa hari anaknya itu bersikap pelik mengamuk tanpa sebab dan tidak disangka itu petanda tentang suaminya.

"Tulah..akak pun rasa macam tu...sebab Haura ni selalu kalau dipujuk dia okey..ni tak makin dipujuk makin teruk jadinya.."Eshal berpaling kearah pintu wad kecemasan apabila bunyi pengumuman nama waris suaminya dipanggil.Laju kakinya melangkah kearah kaunter berdekatan pintu tersebut.

"Abang.."lembut suara Eshal memanggil suaminya yang terbaring diatas katil itu.Baru sahaja tadi doktor memaklumkan suaminya terpaksa dimasukkan ke dalam wad sehari dua untuk menunggu keputusan ujian yang dilakukan di bahagian kepalanya.

"Sa..sayang.."Serak suara Hazril membalas panggilan isterinya.Tangan kanannya yang dipasang branula itu ditunjukkan kearah isterinya sambil mulutnya dicebikkan.

"Kenapa.?"Eshal menahan senyuman kecilnya.Tangan Hazril dipaut sambil ditilik keadaan branula itu.Dibawa tangan itu ke paras dadanya lalu dikecup lembut.

"Sakitt.."Terdengar rengekan kecil suaminya membuatkan Eshal sudah tertawa kecil.Cengeng!

"Alololo..ciann...tu tangan kiri tu sakit tak?"Eshal memuncungkan mulut kearah tangan kiri suaminya.

"Sakitt.."

"Kepala ni sakit tak..?"Dielus perlahan balutan di kepala suaminya.Eshal mencium lembut dahi suaminya.

"Sakitt.."

"Lagi sakit kat mane..?"Eshal merenung mata merah suaminya yang sedikit bersisa air mata.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now