Bab 45

1.1K 45 3
                                    

Hampir seminggu lebih Eshal kembali kepada rutin asalnya sebagai seorang isteri.Tapi kali ini didatangi dengan pakej lengkap kasih sayang.Dia tidak terfikir ada bahagia menjengahnya ketika hatinya disayat derita.

Hazril yang sudah siap berkemeja rona biru laut itu menjeling sekilas kearah isterinya yang termenung dibirai katil.Harini Eshal mengambil cuti kerana Dini meminta Eshal menemaninya menjemput Addin di Melaka.

"Sayang..okey tak ni?"Eshal berpaling sebaik sahaja suara garau Hazril menampar halus di cuping telinganya.Senyuman ikhlas dihadiahkan buat sang suami.

"Okey!"Eshal bingkas bangun lalu menuju kearah meja solek lalu jam tangan Hazril dicapai dan dipakaikan di pergelangan tangan Hazril.

"Sayang tukar pakai kereta abang ye.." Cemberut muka Eshal mendengar permintaan Hazril.Dari semalam lagi Hazril memaksanya menukar kereta dengannya.Mana mungkin dia menukar Jazz kesayangannya dengan BMW Hazril itu.Lagipun dia tidak biasa bertukar kereta.Rasanya kereta Mia dan Zara juga baru sekali dua dipandunya itupun kerana keadaan yang mendesak.

"Tak nak lah!"

"Laa..kereta sayang kan belum servis lagi..!"Hazril sedikit mengeraskan suaranya.Alasan Hazril tidak masuk akal sebenarnya.Baru sahaja bulan lepas dia menghantar keretanya untuk diservis.Mana mungkin dalam masa sebulan harus diservis lagi.Tahulah dia perempuan tapi otaknya berjalan juga mengenai enjin kereta.

"Tak nak..Eshal tak biasa bawak kereta pelik-pelik!"Eshal menjeling sekilas kearah Hazril yang merenung tajam kearahnya.Sikit pun tak takutlah!

"Suka hatilah..!"Hazril membalas sambil mencapai kunci kereta diatas meja solek.Eshal tersenyum menyangka Hazril kalah dengannya.

Selesai bersarapan Eshal menghantar Hazril ke muka pintu dan menyalami tangan suaminya.Eshal tersenyum sambil melambai kearah suaminya yang menuju ke kereta.Apabila Hazril menghalakan alat kawalan jauh Eshal pelik kerana kereta Eshal yang berbunyi.Hazril berpaling kebelakang dan ketawa nakal kearahnya.

"Bye sayang!"Eshal sudah mengepal penumbuknya dan ditunjukkan kearah Hazril.Sakit betul dengan permainan Hazril kalini.Tidak memasal dia perlu memandu BMW itu pula.Benci!

🌹🌹🌹

Eshal yang baru sahaja memarkir kereta ke dalam kawasan pagar rumah itu turun dan baru sahaja melalui tayar depan kereta Hazril itu dia terpandang ada sedikit kesan  tanah merah yang melekat.Eshal terus menuju ke bahagian tepi rumah mengambil hos air dan span.Bimbang jika tidak terus dijirus kotoran itu akan mengeras dan jika dilap kasar akan meninggalkan kesan calar.

Ketika sedang menunduk mengambil span yang tercicir dari tangannya dia mendengar derapan kaki seseorang yang memasuki ruang pagar rumah itu.Mungkin peniaga dikawasan itu yang berniaga dari rumah ke rumah sangkanya.Tetapi baru sahaja dia berpaling matanya tertancap pada susuk tubuh seorang lelaki yang memakai topi dan bercermin mata hitam.Dia cuba mengamati wajah lelaki itu.

"Faeq!"

Faeq tersenyum sinis sambil mengeluarkan tangannya dari poket seluar.Eshal cuba berganjak sedikit kebelakang apabila terasa Faeq cuba mendekatinya.

"Apa khabar kau?..sihat?..bahagia?"Faeq bersuara seolah menyindirnya.Eshal membalas kembali senyuman sinis Faeq sambil meramas keras span ditangannya.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now