Bab 14

887 43 2
                                    

Dari ruang dapur sudah dapat melihat ramai para jemputan mula sampai untuk majlis doa selamat yang berlangsung di rumah banglo milik Aznida.

"Baru sampai bro?" Hazriq menepuk-nepuk bahu Mukhriz  yang menghulurkan tangan untuk bersalaman.Serentak mereka berdua menapak masuk ke laman bawah khemah .Mukhriz menganggukkan kepalanya tanda hormat pada Tuan Azman iaitu bapa kepada Zara .

Eshal mengangkat dulang kuih dari dapur menuju ke luar rumah untuk diletakkan diatas meja hidangan.Sebaik sahaja dia ingin berpaling semula ke dalam rumah.

"Happy birthday Eshal!!" Satu suara garau menegurnya dari belakang serentak Eshal berpaling ingin melihat gerangannya.

Eshal tersenyum manis melihat gerangan yang sedang ketawa nakal kearahnya.Sengaja dijegilkan matanya apabila melihat Mukhriz sudah ketawa kecil kearahnya.Tahulah dia lelaki itu yang melaungkan ucapan kearahnya tadi.

"Ehh!mana kau tahu?Mesti kerja si Mia ni kan?" Penumbuk dikepal sambil matanya dijeling pada Mia yang sedang sibuk melayani tetamu.

"Ni ha aku nak tanya?" Mukhriz sudah mula menapak mendekati Eshal.

"Apa?" Terjungkit kening Eshal apabila lelaki itu tersengih kearahnya.

"Yang ke berapa tu?" 

Tahulah Eshal lelaki itu sudah mula mahu mengusiknya apabila soalan begitu mula dilontarkan.

"Yang ke 19 !Kenapa?" Balas Eshal selamba.

"Macam pelik je?"

"Aku kan sentiasa muda!Kau sibuk kenapa?" Tangan Eshal naik disilang ke dada.Memang sengaja Mukhriz ini menempa pergaduhan kecil dengannya.

"Eleh muda sangat!Umur kau ni sesuai mak anak dua tahu tak?" Terbeliak mata Eshal mendengar sindiran padu teman mesra Si Mia ini.

"Kat dapur bonda tu aku rasa banyak Cik Milah simpan stok cabai!Nak rasa?" Telunjuk runcingnya  laju naik kearah pintu dapur memberi amaran pada Mukhriz.Soal tua jangan cuba diungkit-ungkit nanti ada yang membengkak bibir hari ini!

"Okay-okay usik birthday girl pun tak boleh!Dekut!" Mukhriz memuncungkan mulutnya sambil mengangkat tangan tanda kalah dengan perdebatannya.

Mata lelaki itu meliar mencari kelibat Mia yang sudah menghilang di sebalik orang ramai.

Dari jauh Hazril memerhati Mukhriz yang sedang rancak berbual dengan Eshal.Hatinya tidak tenang melihat kemesraan mereka berdua.Nafas ditarik cuba melegakan galau dihati lantas tangan digamit pada Hazriq yang berdiri berdekatan dengannya.

"Bro!Abg Ril nak jumpe kejap!" Laung Hazriq ke arah Eshal dan Mukhriz yang sedang rancak berbual.

Mukhriz meminta diri lalu menuju ke arah Hazril yang duduk menunggu di bawah khemah

Mata hazel milik Hazril masih dipincingkan ke arah bayangan Eshal yang sudah menghilang ke dalam rumah.

"Kau kenal Eshal?" Soal Hazril sebaik sahaja Mukhriz mendekatinya.

"Kenal!" Mata dilirik pada wajah serius sepupunya.

"Hurmm.." Dengus Mukhriz lalu dilabuhkan punggungnya diatas kerusi disisi Hazril.Tahulah dia mengapa lelaki itu mencarinya lalu nafas dihela perlahan sebelum diteruskan bicaranya.

"Aku tahu orang yang kau langgar dan aniaya tu Eshal lepas Mia ceritakan pada aku.." Mata Hazril dilarikan pada wajah Mukhriz sebaik sahaja mendengar butir bicara lelaki itu.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now