Bab 34

1K 47 5
                                    

"Assalammualaikum" Mukhriz memberi salam.Dia terus ke rumah Umi setelah menerima panggilan dari Hazril tadi.Baru sahaja ingin bersantai di hujung minggu ada sahaja yang menganggunya.Hazril mengarahkannya membawa sedikit baju untuk mengikuti dia ke satu tempat.

"Waalaikumussalam" kedengaran suara Umi menjawab salamnya sambil daun pintu utama itu terbuka.

"Laa..Mukhriz..umi ingatkan sape tadi.." Umi ketawa kecil melihat wajah anak saudara sebelah suaminya itu.Baru sahaja ingin menjemput Mukhriz terasa ada susuk tubuh dibelakangnya.

"Jom!" Hazril bersuara.Di tangannya ada beg galas yang sudah diisi dengan persalinan baju untuk beberapa hari.Mukhriz hanya mengerutkan keningnya melihat sepupunya ini.Bukan setakat gila bayang.Habis semua kerja dibuatnya memang gila!

"Ehhh!..nak kemane ni?" Umi kebingungan memandang anak lelakinya itu.Setahu dirinya hanya Hazriq yang akan membuat kerja luar dari pejabat.

"Ril nak ke utara jap umi..ade hal.." Umi membeliakkan biji matanya mendengar penjelasan anaknya.Tangannya disambut Hazril untuk bersalam dan dicium.Umi terkedu melihat gelagat anaknya.

"Ril..kamu ni kenape?...janganlah bagi umi sakit jantung Ril terkejut-kejut gini!" Dia sudah hampir luruh ke bumi saat Eshal meninggalkan mereka.Ini giliran Hazril pula.

"Ril gi kejap je..umi nak menantu umi balik kan?" Hazril menarik nafas lalu melangkah kearah kereta Mukhriz.

Mukriz hanya membontotinya dari belakang.Hazril mengambil alih untuk memandu.Tangannya dilambai kearah Umi sebaik sahaja kereta mula bergerak keluar dari pagar rumah agam itu.Umi menggelengkan kepalanya perlahan.

🌹🌹🌹

Eshal memandu keretanya perlahan mengikut arahan yang diberikan aplikasi di telefonnya itu.Sebaik sahaja tiba di lokasi yang ditunjukkan itu Eshal membuka tali pinggang keledarnya lantas turun dari kereta.

"Assalammualaikum.." salam diberi di pagar tadika itu.Matanya mengintai-intai kalau ada bayang yang muncul.

"Waalaikumussalam.." kelibat seorang wanita seusia kaklongnya keluar menyapanya.

"Ehhh..Eshal ye?..kawan wawa?" Belum sempat Eshal memperkenalkan diri wanita itu sudah menyebut namanya.Pasti Najwa sudah menceritakan tentang kedatangannya harini.Tangan wanita itu cepat-cepat membuka pintu pagar lantas Eshal dipelawa masuk.Salaman tangan bersambut.

"Akak Nadia kakak Wawa...panggil je kak Nad.." wanita itu memperkenalkan dirinya.Eshal menghadiahkan senyuman kepadanya.

"Wawa ade ke?"

"Ade tu ha kat dalam...tengah tengok diorang makan.."  Nadia  membalas pertanyaan Eshal.Mulutnya dimuncungkan kearah ruang dalam tadika.

"Ehh..kak Eshal..masuklah!" Najwa mempersilakan Eshal masuk sebaik sahaja susuk tubuh Eshal terjengul di muka pintu.Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang bermain disitu sambil ketawa riang.Terus fikirannya merewang teringatkan arwah Iman.

Dia masuk lalu duduk bersama-sama dengan Najwa melayani anak-anak yang bermain itu.Sesekali tawanya juga terbit mendengar celoteh anak-anak kecil itu.
Nadia merenung Eshal dari jauh.Nampak dalamnya kesedihan yang terbit dari riak wajah itu.Benarlah kata Najwa semalam.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now