Bab 3

1K 49 0
                                    

Eshal yang baru sahaja pulang dari kerja itu menapak perlahan ke rumahnya.Jalan kampung yang panjang itu dipandang sayu.Sesekali pandangannya diliarkan pada sawah padi yang terbentang luas cuba mencari jawapan pada kata hatinya.Tenang deruan angin itu dihirup perlahan cuba menghilangkan kekusutan jiwa.

Sesekali botol air di tangannya itu dibuka lalu diteguk perlahan cuba menghilangkan dahaga.Dia sudah terbiasa berjalan kaki ke tempat kerjanya di pekan sana.Walaupun adik beradiknya pernah menawarkan sebuah motosikal namun dia menolak baik.Dia tidak mahu menyusahkan abang dan kakak-kakaknya yang jauh di perantauan.Biarlah dia yang mengusahakan sendiri urusan hidupnya.Selagi tulang empat keratnya masih mampu dia akan berdiri diatas kaki sendiri.

"Eshal..!" Terus dia berpaling ke belakang apabila terdengar namanya diseru seseorang.Tergamam dia melihat motosikal Faeq yang semakin mendekatinya.

"Aduhh!Mamat ni pulak!" Botol air di tangan di gosok perlahan ke sisi dahi yang berlapik tudung.Hatinya berdegup kencang tatkala Faeq mematikan motosikal tepat di hadapannya.

Pandangannya ditekur pada pepasir dikaki walaupun dia tahu lelaki itu sedang merenungnya.

"Saya nak cakap sikit pasal kita.." Suara garau lelaki itu kedengaran halus di pendengarannya.

"Tentang pinangan tu.."

"Nanti saya ada jawapannya baru saya bagitahu abah!" Belum sempat Faeq meneruskan kata-kata Eshal terus memotongnya.

Langkah kaki dibuka meninggalkan lelaki itu bersendirian dengan penuh tanda tanya.

"Laa..Blah dah..!" Faeq merengus sendirian sambil tersenyum.Selalunya Eshal ramah berbual  jika bertembung dengannya.Tetapi kali ini berlainan pula respon gadis itu terhadap tegurannnya.

Jari jemari sasanya mengurut pelipisnya perlahan sambil merenung susuk tubuh Eshal yang sudah jauh ke hadapan menapak jalanan pulang ke rumah.

Eshal yang mengatur laju langkahnya memperlahankan derapan tapak kakinya tatkala bumbung rumahnya sudah menyapa anak mata.Otaknya berfikir ligat tentang peminangan itu.Hatinya masih tidak tahu mahu menerima ataupun menolak.

Jawapan isthikarahnya sudah pun ada.Tetapi berbagai persoalan timbul dibenaknya.

'Aku dgn si Faeq tu tak pernah bercinta bolehkah bahagia?..'Eshal mengeluh perlahan.

Sampai sahaja di hadapan pintu rumah salam diberi.Terdengar sahutan salamnya oleh Haji Zamri yang terbaring di dalam.Eshal menapak masuk ke dalam rumahnya setelah daun pintu ditolak .

Beg diletakkan diatas meja sambil memandang sayu kearah ayahnya yang terbaring.Dia menuju kearah ayahnya lalu di labuhkan punggung diatas lantai disisi katil.Kaki ayahnya dicapai lantas dipicit lembut.Bibir tua itu menguntum senyum tatkala terasa sentuhan lembut anak bongsunya itu.

"Adik.."

Diusap perlahan kepala Eshal lalu diteliti wajah anaknya ini yang saling tak tumpah seperti arwah isterinya.Perangai Eshal juga sama seperti ibunya.Keras diluar tapi di dalamnya lembut.Garang tapi mudah memaafkan.Eshal juga anak yang sentiasa menuruti katanya.Tidak ada satu pun kata orang tua dibantahnya.Termasuk kata-kata abang dan kakaknya.

Eshal mengeluh perlahan.Lamunannya terhenti apabila mendengar batuk ayahnya.Dia lantas bangun dan mengangkat tubuh ayahnya bersandar di kepala katil.Lantas dilurut dada ayahnya perlahan.Eshal memandang wajah ayahnya sayu.

'Kalau aku tolak kesian pulak abah hari-hari dok tanya'~

🌹🌹🌹

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now