Bab 39

996 40 2
                                    

Eshal yang sedang menikmati makan malam itu diperhatikan Dini dan Mia silih berganti.Pelik dengan sikap Eshal sejak pulang dari percutian senyap yang berbulan lamanya itu.Betul-betul keras hati Eshal saat ini.Dia tidak pedulikan siapa pun yang menasihatinya.

"Kau okey tak ni shal?"Kedengaran suara Dini memecah kesunyian di meja makan itu.

"Okey!"Ringkas jawapan Eshal namun seakan cuba menyembunyikan sesuatu.

"Semalam apa mamat tu cakap waktu dia mai jumpa hang?"Mia pula menuturkan soalan kepadanya.

"Di..dia tanya khabaq aku jaa.."

"Aik..pastu takkan hang balas baik sihat pastu dia blah camtuuu??"Mia cuba mengorek dan meneka rahsianya.

"Taklahh macam tuu...ada la sembang sikit-sikit..lagipun aku nak tidoq awai kan nak pi keja lagii..."Eshal cuba mengalihkan jawapannya.Air di hadapannya diteguk rakus.Terasa tercekik dengan soalan dua manusia di hadapannya itu.

"Yeke Shal kau cakap camtu jeee.." Dini pula cuba membidasnya.Mata tajam Dini sudah menikam wajahnya saat ini.

"Yala..dah aku cakap yang tu...yang tu jela!..dah la aku malas la nak ulang balik apa jadi semalam tu..aku naik dulu la ngantokkk!"Eshal sedikit meninggikan suaranya.Dia mengangkat pinggannya ke sinki dan terus menapak naik ke tingkat atas.

"Haa..tengok kan aku dah cakap ada benda lain ni..!"Mia menunjuk kearah bayang Eshal yang sudah hilang di balik tangga.

"Nanti la kita bincang dengan bonda dengan Zara pasal diorang berdua ni..aku pun risau kalau boleh tak nak la dengar perkataan 'pelik' tu.." Dini mengangkat kedua jari telunjuknya keatas sedikit tanda merujuk kepada perkataan 'cerai'.

🌹🌹🌹

Eshal memarkir keretanya di luar pagar rumah bonda.Pulang dari pejabat tadi dia memang sudah berniat ingin melawat dua orang buah hatinya itu memandangkan esok adalah cuti hujung minggu.

"Cik Milahh!!!" Eshal memeluk Cik Milah yang sedang menyiram pokok bunga itu.Sengaja dia masuk melalui pagar kecil yang berada di bahagian tepi rumah itu.

"Ya Allah..bertuah anak oiii!!"Cik Milah menampar lembut lengan Eshal yang sedang tersengih memandangnya.Eshal menghulurkan pisang goreng cheese yang baru dibeli tadi kepada Cik Milah.Itulah makanan kegemaran bonda.Jika ada masa pasti dia akan singgah dan membelinya buat bonda.

Langkah Cik Milah menuju kedapur rumah itu dituruti Eshal.Terdengar suara orang berbual dia ruang tamu ketika kakinya menapak masuk keruang dapur.Matanya meliar kearah satu sudut yang ditutup menggunakan tudung saji itu.Perutnya terasa lapar.

Dia mengangkat tudung saji itu.Matanya tertancap pada lauk kegemarannya.

"Wahhh!!sambai udang petaiiiiii.."Eshal membulatkan matanya melihat lauk yang terhidang dihadapan matanya itu.Cik Milah tersenyum melihat gelagat Eshal yang ceria itu.

Pinggan yang dihulur Cik Milah dicapai.Dicedokkan lauk kedalam pinggan itu.Selepas membaca doa makan tangannya segera ingin menyuap makanan itu ke dalam mulutnya.

Papp!!

Terasa tangannya ditampar seseorang.Eshal berpaling ke belakang.Mukanya yang ceria tadi disorokkan kembali lalu dicebikkan.Dini,Mia dan Zara yang berdiri di belakangnya tersenyum.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now