Bab 18

875 40 6
                                    

Sudah dua hari Eshal di masukkan ke dalam wad dan diberikan ubat tidur bagi merehatkan tubuhnya daripada tekanan darahnya yang terlalu tinggi.Sepanjang dua hari itu juga Cik Milah setia disisinya menemani.

Eshal membuka mata sedikit melawan cahaya yang menikam kornea matanya.
Cik Milah yang sedang mengemas di sisi katil terkejut melihat ada pergerakan tangan Eshal.

"Eshal.."Seru Cik Milah lembut.

"Eshal okay ke nak?"Eshal hanya menganggukkan kepalanya dan membalas senyuman Cik Milah.Matanya meliar memandang sekeliling bilik.

Terkedu Eshal apabila terlihat kelibat Hazril yang baru masuk dan menuju ke arah sofa yang disediakan di sudut bilik itu.Wajah lelaki itu yang kelihatan tegang dijeling sekilas.

"Cik Milah,boleh tolong ambilkan telefon Eshal?"Pinta Eshal lemah apabila teringatkan urusannya yang sudah tertunda beberapa hari.

"Telefon Eshal ada dengan Mia,Eshal jangan risau..Mia dah maklumkan pada bos Eshal.Abang Adam dan kak Mayyah pun Mia dah maklumkan.." Cik Milah mengusap kepala Eshal yang berlapikkan shawl itu.Wajah anaknya itu masih dalam keadaan pucat.

"Ril tolong Cik Milah boleh?"Hazril bingkas bangun menuju kearah katil yang menempatkan Eshal apabila terdengar namanya diseru Cik Milah.

"Ada apa Cik Milah?"

"Cik Milah nak ke surau kejap..Ril temankan Eshal ye.."Pinta Cik Milah lembut sambil membuka laci di sisi katil Eshal ingin mengeluarkan beg telekungnya.

Hazril hanya mengangguk-angguk kecil dengan wajah yang cuak apabila dia terperasan dari tadi Eshal asyik melirik gelagatnya.

Cik Milah yang sudah bangun menghilang di sebalik pintu wad dihantar anak mata Eshal dengan wajah yang masam mencuka.Kenapa pula lelaki ini yang harus menemaninya?Mana pergi yang lain?Masuk wad juga ke?

"Kau nak apa-apa ke?"Tanya Hazril apabila melihat Eshal yang sedang mengagau sesuatu disisi katil.

"Tak ada apa.."Balas Eshal walaupun sebenarnya dia sedang mencari sesuatu di sisi katil .Lengan ditongkat disisi ingin mengintai benda yang sudah pun terjatuh diatas lantai.

"Auch!"Jerit Eshal apabila jarum yang berada di tangannya seakan mencucuk kerana pergerakannya tadi.

"Hish!Tak payah la menipu.Kau nak apa sebenarnya?"Bidas Hazril apabila melihat wanita itu sudah menyeringai kesakitan sambil menggoyangkan tangannya yang sakit.Segera tubuh wanita itu dihampiri.

"Nak getah tu.."Bibir mulut dimuncung kearah getah rambutnya yang sudah terjatuh keatas lantai.Dia terasa rimas apabila rambutnya didalam tudung terurai tidak berikat.

Hazril segera mengintai di bawah katil sebelum tunduk mencapai getah yang berwarna oren milik wanita itu.

"Nah.."Huluran Hazril disambut kasar Eshal.Lelaki itu hanya menggeleng kepalanya perlahan dengan senyuman nipis.

"Mashehh"Terhinjut-hinjut bahu Hazril menahan ketawa mendengar ucapan comel dari Eshal tadi.Sekilas wajahnya dipaling ke belakang bimbang kalau-kalau wanita itu perasan dia sedang ketawa.

"Apa yang lawak sangat?"Terkedu Hazril apabila mendengar sergahan Eshal.

"Tak ada apa"Bidas Hazril selamba cuba menyembunyikan ketawanya.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now