Betul ke keputusan yang aku buat ni? Tiba-tiba pulak rasa ragu-ragu dengan keputusan sendiri. Tapi dah sampai sini, takkan aku nak balik kot? Buat bazir tenaga je nanti kalau balik tak mencuba ni.
Tapi, kalau plan aku tak berjaya, macam mana? Tak ke malu aku nanti?
Ah Riya! Tak cuba, mana nak tau! Ingat misi kau; dapatkan hati Ziyad!
Dengan lafaz bismillah, aku beranikan diri memberi salam di depan pintu rumah keluarga Ziyad. Iya betullah tu. Aku buat kerja gila nak Ziyad putus dengan girlfriend dia. Sebab tu aku datang sini. Aku nak kepala otak Ziyad tu ada aku je. Rasa nak tampar diri sendiri pun ada sebenarnya.
Pintu yang terbuka menyedarkan aku daripada berkhayal. Banyak kali jugak eh, aku asyik hilang daripada radar ni?
Muka yang menyapa pandangan mata aku? Siapa lagi, kalau bukan Ziyad. Bukan main terkejut muka dia nampak aku dekat sini. Tapi, ada aku peduli?
"Kau buat apa kat sini?" dinginnya suara Ziyad buatkan aku terfikir lagi sekali betul ke tak pilihan aku ni.
"Riya nak jumpa abang Yad lah!" Teruja suara aku. Memang betul pun kan?
"Apahal kau nak jumpa aku? Ada hutang nak bayar?" Memang Ziyad ni tak boleh cakap elok-elok ke dengan aku?
"Saja je, Riya nak tengok abang Riya okay ke tak. Abang okay?" Soalan cerdik apa kau tanya ni Riya? Macam budak tadika punya soalan.
"Hari aku dari semalam tak okay sejak kau ada, kau tau tak?" Fuh, pedih rasanya hati ni.
Pedulikanlah!
"Abang Yad tak nak jemput Riya masuk ke?" Penatlah berborak berdiri depan pintu ni. Aku tengah haus giler ni.
"Eh, kau ni memang tak tau malu eh? Suka hati kau je..." Belum sempat Ziyad melepaskan kata-kata berbisa, Datin Afidah datang menyelamatkan keadaan.
"Riya! Marilah masuk dalam. Apa borak kat depan pintu tu." Ajakan Datin Afidah buatkan aku tersenyum kemenangan.
Aku memandang Ziyad sebelum tersenyum.
"Tumpang lalu." Muka berlagak aku tunjuk pada Ziyad.
Dengan muka yang jelas menunjukkan dia tak puas hati, Ziyad memberi laluan kepada aku untuk masuk. Apa lagi, masuklah Riya!
Aku terus menuju ke dapur bersama Datin Afidah.
"Ada apa Riya datang sini? Rindu dengan Ziyad?" tembak Datin Afidah.
"Takdelah rindu kat abang Yad tu, saja je datang nak tengok muka dia." Selamba aku menjawab. Datin Afidah tersenyum mendengar jawapan aku.
"Riya pergilah tengok-tengok rumah ni dulu. Umi nak naik atas sekejap." Izin yang aku dapat daripada tuan punya rumah tu buatkan aku rasa nak lompat bintang dekat sini.
Dengan hati yang gembira, aku berjalan ke arah kolam yang aku duduk melepak semalam. Tenang je air kolam ni
"Kau ni memang tak reti balik ke?" Sudah ku agak air yang tenang jangan disangka tiada buaya!
"Eh, abang Yad!" Aku tersenyum memandang Ziyad. Gembira betul dapat tengok muka dia.
"Kau ni memang takde perasaan eh? Orang tak suka tu, tak payahlah nak beria sangat." Kenapa aku rasa macam tengah kena reject eh? Sakitnya tuh di sini.
"Ala, sekarang je tak suka, nanti sukalah tu." Penuh yakin suara aku cakap.
"Aku? Suka dekat kau? Lambat lagi lah! Kau rasa kau tu layak ke dengan aku?" Jengkel suara Ziyad.
"Bukan setakat layak, Riya rasa terlebih layak untuk abang Yad." Ha, amik kau! Mulut aku dah ikut berbisa.
Ziyad tergamam.
"Cuba kau cermin sikit diri kau tu. Kau tu tak adalah cantik sangat pun, pakai baju lengan pendek macam ni, dengan tak bertudung, kau ingat rambut kau tu cantik sangat ke? Memang tak layaklah untuk aku." Macam bagus betul Ziyad ni.
Aku tunduk melihat diri sendiri. Memang aku pakai baju lengan pendek, tapi baju aku longgar bukannya ketat. Memang aku tak bertudung, tapi kot ye pun, tak payahlah nak hina macam tu sekali. Aku pujuk diri untuk bersabar.
"Takpelah, nanti bila kita dah kahwin, Rita tutuplah semua ni." Aku senyum memandang Ziyad.
Ziyad mendengus.
"Kau ni memang tak faham bahasa ke? Aku tak. nak. kahwin. dengan. kau!" Ziyad tekankan setiap patah perkataan tu.
"Riya tak peduli, yang penting Riya nak kahwin dengan abang." Tenang aku menjawab.
"Tak payahlah nak berabang-abang sangat dengan aku. Nak bernanah telinga aku ni." Ziyad tunjuk muka berlagak.
"Abang beruntung tau. Riya jarang panggil orang guna panggilan abang ni. Abang orang pertama yang Riya panggil abang." Bersungguh-sungguh aku terangkan pada Ziyad. Aku nak Ziyad tau yang dia memang istimewa dalam diri aku.
"Dah tu, ada aku kisah? Aku nak kau tau, aku tak suka dengar kau panggil aku abang." Tegas suara Ziyad.
"Riya akan berhenti panggil abang dengan gelaran abang bila Riya anggap abang dah mati dalam hidup Riya." Tenang suara aku menyatakan ayat tersebut walaupun hati rasa nak meletup dengan ayat Ziyad.
Aku terus meninggalkan Ziyad yang seperti terkesima mendengar kata-kata aku.
YOU ARE READING
WHEN HE FELL HARDER
RomanceBertunang secara paksa oleh ibu bapa dengan budak 18 tahun? Sangat mengarut. Habis tu kekasih hati dia ni nak campak mana? "Kenapa kau tak bantah je?" ~ Ziyad Hadeef "Sebab... sebab Riya memang nak kahwin dengan abang Yad!" ~ Nur Dariya Sungguh Ziya...