BAB 41

1.5K 44 0
                                    

"Kau nak apa?" Mendengarkan suara kurang mesra daripada orang yang berada di hadapannya ini membuatkan Ziyad meneguk liur dengan kelat dalam diam. Tak pernah-pernah dia rasa takut macam ni. Semuanya kerana wajah tu.

Wajah yang dia tak pernah tengok sebelum ni!

"Kau... okay tak ni Fif?" Wajah Afif yang sentiasa tenang dan tersenyum lebar kini hilang. Digantikan dengan riak wajah yang tegang dan serius. Inilah kali pertama dalam hidup Ziyad tengok muka Afif seperti ini sepanjang mereka berkawan.

"Aku okay. Cepatlah. Aku tak ada masa nak tunggu kau." Dinginnya suara Afif melahirkan rasa canggung dalam diri Ziyad. Tapi, ah! Abaikan. Sebab dia nak jumpa Afif ni lagi penting. Ziyad membasahkan tekaknya.

"Mana Riya?" Afif ketawa. Bunyinya sangat sinis. Seperti sedang mengejek Ziyad.

"Kenapa kau nak sibuk-sibuk pasal Riya?"

"Dia isteri aku Fif!" Senyuman sinis Afif tidak pudar daripada bibirnya. Dipandangnya Ziyad yang duduk di katil berhadapan dengan sofa yang dia duduk dengan pandangan yang tajam.

"Isteri? Boleh pulak sekarang kau mengaku dia isteri kau? Sebelum ni apa? Penghias rumah kau je?" Soal Afif dengan suara yang tinggi. Amarahnya pada Ziyad masih lagi terkawal. Jujurnya, Afif sendiri takut dengan tahap kemarahannya yang semakin membuak-buak!

"Ak-Aku, aku tau Fif aku salah, aku abaikan dia... aku layan dia teruk... tapi, kau tau kan, aku tak sengaja? Aku buat semua tu sebab–" Belum sempat Ziyad menghabiskan kata-katanya, Afif memintas dengan laju.

"Apa Yad? Kau nak cakap semua tu jadi sebab kau tak ingat dia siapa? Kau cuma ingat Aulia je? Macam tu? Sebab tu kau layan dia macam sampah? Orang yang tak ada harga diri? Macam tu ke Yad?!" Afif menengking Ziyad.

Ketahuilah, kesabaran insan yang bernama Afif kini telah sampai ke penghujungnya.

"Fif, a-aku..."

"Kau tau tak, betapa Riya tu menderita? Kau accident, kau tak ingat dia, dan yang paling menghancurkan hati dia, bila kau nak kahwin dengan Aulia! Mana pergi hati kau Yad? Sedangkan kau tau Riya tu tengah mengandung, anak kau! Anak kau tau! Kau boleh selamba je cakap kau nak teruskan perkahwinan kau dengan Aulia yang dah bertahun berkubur tu?! Kau tak fikir perasaan Riya ke ha?!" Dada Afif naik turun dengan laju.

"Walaupun macam-macam kau cakap dekat dia, macam-macam hinaan kau lemparkan dekat dia, tapi sikit pun... sikit pun dia tak pernah melenting. Apa lagi kau nak Yad?" Ziyad diam dengan matanya yang mula berkaca.

"Sampai ke sudah, sampai Riya nak bersalin, dia tetap cari kau... betapa Riya berharap kau akan teman dia bersalin, tapi apa jadi? Kau tengah sibuk bersiap nak nikah dengan Aulia! Kau tak fikir langsung ke perasaan Riya...?" Suara Afif mula mengendur. Getaran suaranya dapat didengar dengan jelas. Afif tak mampu menahan perasaannya daripada meluahkan segalanya pada Ziyad.

"Kalau waktu tu, kau tak boleh layan Riya sebagai isteri kau sebab kau tak ingat dia siapa... sekurang-kurangnya layan Riya sebagai seorang manusia yang dilahirkan dengan perasaan Yad... Aku yang tengok pun sakit... Apatah lagi Riya... orang yang menanggung..." Air mata Afif gugur juga. Wajah Ziyad basah dengan air matanya, mengenangkan segala perbuatannya terhadap Riya.

Tiba-tiba Ziyad menyentap segala peralatan yang dipasang pada tangannya. Terbuntang biji mata Afif yang melihatnya, terus sahaja Afif bangkit daripada duduknya untuk menghalang Ziyad.

"Jangan buat kerja gila lah Yad!"

"Tolong aku Fif... aku nak jumpa Riya... aku nak mintak maaf... aku nak jumpa anak kitaorang... tolong Fif..." Ziyad menolak tangan Afif yang memegang bahunya dan sambung menyentap peralatan di tangannya. Afif tiada pilihan lain selain daripada mencengkam kedua-dua tangan Ziyad. Ziyad cuba merentap tangannya.

WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now