BAB 17

1.7K 56 1
                                    

Pagi tadi aku berselera je tengok nasi goreng ni. Kenapa sekarang aku tak selera nak makan nasi goreng ni?

Mana nak ada seleranya kalau dari tadi aku ditenung tak lepas oleh orang yang duduk depan aku ni?

Boleh pulak tempat kosong depan aku ni Ziyad yang duduk. Dah tu, pandang tak lepas-lepas. Mana aman aku nak makan.

Muka aku cuba selambakan. Makin cepat aku habiskan makanan ni, cepatlah aku dapat lari daripada keadaan yang sungguh tidak menyenangkan ni.

"Assalamualaikum!" Siapa pulak yang datang berkunjung ke rumah aku pagi pagi ni?

"Riya pergi tengok kejap eh?" Dan aku terus bangun daripada kerusi.

Fuh, baru boleh bernafas.

Aku membuka pintu.

"Eh, Izz!"

"Hai Riya!" Aku membuka pintu dengan lebar.

"Masuklah. Breakfast sekali. Semua tengah breakfast tu."

Dan kaki kami melangkah ke meja makan.

"Makan Izz?" puan Lily tanya Izz.

Izz hanya mengangguk. Izz mengambil tempat di kerusi sebelah aku.

"Lepas makan ni, saya nak jumpa awak sekejap tau." Izz berbisik. Perlahan sangat. Kalau aku tak korek telinga semalam, mesti aku tak dengar apa dia cakap.

"Nak buat apa?" Aku ikut berbisik.

"Saya nak bincang something." Aku mengangguk.

"Amboi, baru kejap tak jumpa, takkan dah rindu kot?" Usikan Datin Afidah buatkan aku tersipu malu. Izz pun sama.

"Tu lah, gatal dia ni." Erin menyampuk.

Aku mencubit paha Erin yang duduk di sebelah aku.

Dan kami terus sambung makan.

***
"Awak nak bincang apa?" Soalku sebaik sahaja aku dan Izz duduk di gazebo.

"Pasal semalam... awak serius ke Riya?" Dahi aku berkerut.

"Semalam? Apa yang serius?" Sumpah, aku tengah blur. Aku tak dapat tangkap apa Izz nak cakap sebenarnya.

"Pasal kita kahwin lagi dua minggu tu?" Terbatuk kecil aku dengar soalan Izz.

Lah, Izz ingat pulak dah. Aku pun dah tak ingat aku cakap macam tu semalam.

Tapi... kalau ni yang terbaik, tak salahkan aku cepatkan?

Aku boleh jauhkan diri daripada Ziyad sekali kan?

Dia takkan kacau aku lepas ni kan?

Aku... boleh lupakan dia kan?

Pelbagai soalan bermain di fikiran aku.

"Kenapa? Awak tak okay ke pasal tu?" Aku menyoal Izz kembali.

"Eh, tak! tak! Saya okay je. Cuma... saya terkejut? Saya macam entah, saya pun tak tau apa saya rasa bila awak cakap macam tu. Kenapa awak tiba-tiba nak cepatkan?"

"Se-sebab erm..." Haih, apa alasan aku nak bagi ni?

Takkan aku nak cakap sebab aku nak jauhkan diri daripada Ziyad. Tu ibarat aku pergunakan Izz.

Tapi Izz kan tunang aku. Tak salah kan?

"Sebab Ziyad?" Aku tersentak apabila nama Ziyad keluar daripada mulut Izz.

"M-maksud awak?"

"Saya tengok awak macam tak selesa dengan dia. Semalam saya nampak dia tenung awak tak lepas semalam." Erk, Izz perasan?

WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now