BAB 35

1.3K 41 0
                                    

3 bulan berlalu dengan pantas. Tiada apa-apa yang berubah antara aku dan juga Ziyad. Malah dapat aku rasakan hubungan kami makin dingin. Ziyad semakin menjauhkan diri daripada aku. Sekarang, Ziyad dengan hal dia, aku dengan hal aku. Duduk serumah tapi macam orang asing bila berjumpa.

Kandunganku kini sudah mencecah 6 bulan. Perutku mula menunjukkan bentuknya. Disebabkan kandungan aku ini agak kecil, dengan mudah aku menyembunyikannya dengan memakai pakaian yang lebih besar daripada aku.

Ziyad masih lagi tidak mengingati aku. Aku buntu apa yang patut aku lakukan. Ziyad kerap keluar rumah dan berjumpa dengan Aulia. Kalau tidak Ziyad keluar, Aulia yang akan datang rumah. Ada hak ke aku nak menghalang?

Sudah pasti tidak.

Aku sendiri sudah memberikan izin kepada Ziyad untuk bersama dengan Aulia.

Jadi kenapa hati aku terasa sakit?

Aku memejamkan mata aku. Televisyen yang dipasang aku abaikan. Cerita semuanya tidak menarik perhatian aku.

"Woi, Riya!" Terus mata aku terbuka.

Anak siapa yang biadap woi woi kan aku ni?

Aku melihat Ziyad duduk di sofa kembar bersebelahan sofa yang aku duduki. Malas nak melayan, aku kembali memejamkan mata.

"Aku tengah cakap dengan kau ni! Kau bangun!" Kaki aku diketuk. Dengan malas aku bangun dari perbaringanku.

"Abang nak apa?"

"Pergi siap." Arah Ziyad.

"Siap buat apa?" Aku masih lagi kekal di tempat aku.

"Pergi je lah siap! Aku nak pergi rumah abi." Mendengarkan itu, automatik mata aku bersinar. Aku rindu nak jumpa umi! Aku terus bangun daripada dudukku.

"Okay, Riya siap! Abang tunggu tau!" Aku melangkah naik ke atas untuk bersiap.

***
Suasana sunyi. Semuanya hanya kekal membisu. Semuanya kerana kata-kata Ziyad sebentar tadi. Jadi... ini sebenarnya niat Ziyad ajak aku datang rumah keluarga dia? Terasa hina aku di matanya sekarang.

"Umi tak setuju!" Bangkang Datin Afidah dengan keras.

"Umi... ni pilihan Yad mi... umi tolonglah faham..."

"Pilihan apa? Kahwin dengan Aulia tu satu pilihan untuk Yad? Habis Riya ni Yad nak campak mana? Yad nak buang Riya semata-mata sebab Aulia?!" Jerkah Datin Afidah. Datin Afidah yang selalunya lembut,  mula menunjukkan kemarahan kepada anak lelakinya itu.

Ya betul. Ziyad awal-awal dah rancang untuk kumpulkan semua orang. Dato' Zain, Datin Afidah, Aku, Afif dan tak lupa juga... seseorang yang duduk di sebelah Ziyad sekarang... Aulia. Selesai sahaja makan malam, Ziyad membuat keputusan untuk meneruskan perkahwinannya dengan Aulia yang tertangguh lama dahulu. Walaupun semua membangkang dengan keras, Ziyad masih lagi kekal dengan keputusannya.

Namun, sikit pun aku tidak memandang Ziyad sementelah aku sendiri yang rela melepaskannya pergi. Walaupun hati aku terusik dengan keputusan Ziyad... namun aku kentalkan hati untuk tidak terkesan. Buktinya, air mata aku tidak menitis walau setitik pun.

Cukuplah sampai sini.

"Yad, kau fikir betul-betul Yad... aku tak nak kau menyesal..." Afif cuba menasihati Ziyad.

"Sebab aku dah fikir betul-betul lah, aku buat keputusan macam ni Fif. Memang kitorang dah lama plan nak kahwin pun. Aku sendiri tak tau macam mana aku boleh terkahwin dengan perempuan ni." Semestinya ' perempuan ' yang dimaksudkan Ziyad ialah aku, Dariya.

"Ziyad Hadeef! Perempuan yang kamu panggil tu, isteri kamu tau! ISTERI! Dulu kamu yang beria-ia nak dapatkan Riya. Sekarang, kenapa nak lepas tangan macam tu je? Riya dengan anak Yad nak campak mana?" Pantas aku memandang Datin Afidah. Umi tau... aku mengandung?

Aku dan Afif berpandangan sesama sendiri.

"Yad tak ingat dia umi! Macam mana Yad nak hidup dengan dia kalau Yad tak cintakan dia walaupun sikit?" Hati aku terasa ditikam berkali-kali dengan kata-kata Ziyad.

Ziyad sendiri yang mengaku, dia tak cintakan aku. Sakitnya... tak terkata.

"Umi tak kira! Menantu umi cuma Riya seorang! Kalau Yad nak kahwin jugak dengan Aulia, kahwinlah. Tapi umi takkan pernah restu hubungan Yad dengan Aulia." Tegas Datin Afidah.

"Yad..." Buat julung-julung kalinya, Dato' Zain bersuara.

"Abi tak nak Yad menyesal. Kalau Yad ingat balik semuanya... percayalah cakap abi... ayat nak kahwin dengan Aulia tu takkan sesekali meniti di bibir Yad... "

"Abi takut waktu Yad menyesal pun tak guna... sebab abi takut Riya tak mampu nak pertahankan semuanya... mungkin waktu tu... perpisahan saja cara yang tinggal..." Ziyad tergamam. Ziyad memandang aku, tapi sedikit pun aku tidak memandang Ziyad.

Tahukah mereka, saat ini... benteng pertahanan yang bina selama ni... hanya tinggal masa untuk roboh.

"Uncle... aunty... janganlah paksa Yad untuk terima Riya balik..." Dengan muka tak bersalah, Aulia menuturkannya dan mengundang jelingan tajam Datin Afidah dan Afif.

"Kau diamlah Aulia!" Afif yang selama ni tenang-tenang orangnya, boleh hilang sabar hari ni. Semuanya kerana Aulia.

"Sekarang ni Aulia pergi balik! Aunty tak nak tengok Aulia dekat sini! Balik!" Datin Afidah menghalau Aulia yang masam mukanya.

"Umi..." Panggil Ziyad.

"Yad diam! Kalau Yad nak ikut dia, pergilah! Tapi jangan sesekali jejak kaki dekat rumah ni lagi!" Ugut Datin Afidah. Terus Ziyad terdiam. Takut melihat sisi Datin Afidah yang jarang-jarang ditunjuk.

Dengan wajah mencuka, Aulia keluar daripada rumah sambil menhentak-hentak kakinya ketika berjalan.

"Riya... jom ikut umi naik atas... mesti Riya dengan baby penat kan? Ada ayahnya pun tak guna, sibuk nak cari orang lain." Setepek Ziyad kena dengan Datin Afidah. Wajah Ziyad kelat manakala Dato' Zain dan Afif cuba menahan tawa daripada terburai. Ziyad memerhatikan langkah Riya dan Datin Afidah yang menuju ke atas.

"Yad, aku balik dululah. Dah lambat ni." Afif menepuk bahu Ziyad perlahan.

"Jangan buat keputusan terburu-buru Ziyad...  Cuba untuk ingat balik betapa susahnya kau nak dapatkan Riya balik dulu... " Afif menasihati Ziyad dan menyalami Dato' Zain sebelum melangkah keluar daripada rumah itu.

Dato' Zain bangkit daripada duduknya dan menepuk lembut bahu anak lelakinya.

"Ingat, Yad tu nak jadi ayah... jangan sampai nanti anak Yad sendiri pun Yad tak boleh tengok..." Kata-kata tersirat daripada Dato' Zain sebelum melangkah ke atas meninggalkan Ziyad bersendirian di ruang tamu, sedikit sebanyak menggugat keputusan Ziyad.

Betul ke keputusan dia ni?

***
Macam-macam pesanan yang Datin Afidah berikan padaku. Semuanya tentang kandungan aku. Aku rasa kalau bukan sebab dah masuk waktu tidur, dah lama Datin Afidah buka kedai kopi dekat sini. Aku tersenyum sambil menghadap balkoni. Merasakan tenangnya angin malam.

Mata aku tertancap pada gitar milik Ziyad yang disandarkan pada balkoni. Dengan pantas aku mengambilnya dan mula bersila menghadap balkoni. Aku mula memetik gitar. Tangan aku mula memetik gitar dengan sesuatu lagu yang aku sendiri pernah menyanyikan. Tanpa sedar, aku turut bernyanyi.

Aku bisa membuatmu jatuh cinta

Kepadaku walaupun kau tak cinta

Kerna cinta, kerna sayang

Kan datang padamu kerna terbiasa

Lagu yang menggamit memori aku dan Ziyad ketika aku berumur 18 tahun. Masa berjalan dengan sangat pantas. Tak terasa sudah 5 tahun berlalu, sejak kali pertama aku menyanyikan lagu ini.

Kalau dulu aku menyanyi untuk menarik cinta Ziyad? Patut ke sekarang aku menyanyi untuk menarik cinta Ziyad buat kali kedua?

Jawapan aku, tak patut. Cinta aku dan cinta Ziyad takkan pernah bersatu. Aku nak Ziyad  bahagia walaupun bukan dengan aku.

Sebagaimana Izz mengatakan bahawa kebahagiaan aku adalah keutamaannya, sebagai itulah aku. Kebahagiaan Ziyad adalah keutamaan aku.

Tanpa Riya sedari, Ziyad yang berada berhampiran dengannya sejak Riya mula bernyanyi sedang memegang kepalanya apabila merasakan semuanya pernah berlaku. Bayangan seorang wanita yang sedang memetik gitar sambil menyanyi lagu yang sama menjelma di fikiran Ziyad.

WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now