"Riya... bangun sayang... nak masuk waktu dah ni..." Sayup-sayup aku mendengar nama aku diseru. Tapi, mata aku terlalu berat untuk dibuka. Aku merasa pipi aku ditepuk perlahan sebelum dipegang.
"Eh, panasnya pipi Riya!" Dahi aku pula dipegang.
"Riya demam ni!" Risau suara Ziyad. Leher aku pula dipegang.
"Erm..." Aku memaksa mata aku untuk terbuka. Apa ni kacau orang tidur.
"Riya demam ni sayang." Aku cuba memandang Ziyad. Mataku sedikit berbalam. Aku mengambil sedikit masa untuk melihat wajah Ziyad dengan jelas.
"Demam?" Aku separa mamai. Patutlah rasa macam kena hempap dengan batu kepala aku ni.
"Abang rasa sebab Riya kena hujan semalam ni." ujar Ziyad.
"Riya larat tak nak bangun ni?" Aku mengangguk.
Nak tak nak, aku kena gagahkan diri untuk melaksanakan kewajipan yang satu itu. Ziyad membantuku bangun.
"Abang tunggu Riya mandi dulu. Kalau apa-apa, jerit je tau dari dalam." Aku tak larat untuk bersuara, jadi aku hanya mengangguk.
Dan semestinya, sahabat aku selepas mandi ialah baju t-shirt Ziyad dan kain pelikat. Kalau semalam berbelang hitam putih, hari ini berbelang biru putih. Mungkin seterusnya, hitam berbelang biru atau putih berbelang putih ; kain kafan.
***
Habis sahaja melipat telekung, perkara pertama yang cari ialah katil. Kepala aku betul-betul rasa berat. Nak turun pun aku dah tak larat. Aku terus merebahkan badan ke atas katil.Ziyad menongkat sikunya di sebelah aku.
"Riya baring dulu eh sayang? Abang nak turun kejap." Ziyad mengucup ubun-ubun ku.
"Awak nak buat apa turun bawah?" Aku memegang tangannya daripada bangun.
"Abang nak bawak makanan. Sayang kena makan ubat." Ziyad mengusap lembut rambutku.
"Saya turun je lah." Baru sahaja aku hendak mengangkat badanku, Ziyad terlebih dahulu menahan aku.
"Riya rehat je lah kat sini. Abang turun kejap je." Aku mengangguk dan melepaskan tangan Ziyad.
Sungguhlah, tidur adalah nikmat untuk aku sekarang.
***
"Eh, Yad. Mana Riya?" Sebaik sahaja kaki Ziyad melangkah memasuki dapur, Datin Afidah menyapa Ziyad. Dato' Zain pula sedang tenang bersarapan."Ada kat atas mi. Riya demam." Balas Ziyad.
"Ha tu lah Yad, mana tak demamnya Riya kena hujan sampai basah lencun semalam." Ziyad pasrah dibebeli Datin Afidah.
"Umi masak apa?" soal Ziyad. Cuba mengubah topik. Sebelum disambung bebelannya, baiklah dicegah.
"Umi masak nasi goreng je." Balas Datin Afidah.
"Yad bawaklah nasi goreng sikit naik atas. Kesian Riya nak kena turun nanti." Ujar Datin Afidah.
"Yad memang turun nak ambik makanan. Riya tak larat nak bangun." Ziyad mencedok nasi goreng ke dalam pinggan, mengambil sudu dan air serta ubat untuk Riya.
"Yad naik dulu eh mi?" Datin Afidah mengangguk.
Ziyad melangkah ke atas kembali.
"Riya demam sebab Yad lah tu." Ujar Dato' Zain tiba-tiba.
"Kenapa abang cakap macam tu?" Dahi Datin Afidah berkerut mendengar kata-kata suaminya.
"Nanti Fidah tengoklah sendiri." Dato' Zain meneruskan suapannya tanpa menghiraukan Datin Afidah yang masih berkerut dahinya.
YOU ARE READING
WHEN HE FELL HARDER
RomanceBertunang secara paksa oleh ibu bapa dengan budak 18 tahun? Sangat mengarut. Habis tu kekasih hati dia ni nak campak mana? "Kenapa kau tak bantah je?" ~ Ziyad Hadeef "Sebab... sebab Riya memang nak kahwin dengan abang Yad!" ~ Nur Dariya Sungguh Ziya...