BAB 39

1.4K 47 1
                                    

Tangan Afif menggigil-gigil sambil memegang telefon. Badannya juga menggigil menahan kemarahan. Gigi diketap dengan kuat. Setiap kali panggilan yang dibuat tidak disambut, setiap kali itulah kemarahan Afif semakin meningkat.

"Angkatlah call ni Ziyad! Apasal kau tak angkat?!" Hampir saja Afif menyumpah Ziyad yang mematikan telefonnya. Berpuluh-puluh kali Afif cuba menelefon Ziyad, tapi hampa. Telefon Ziyad tidak dihidupkan.

"Arghhh!!" Afif menjerit di tengah-tengah alam. Kemarahannya meletus juga. Afif juga risau memikirkan keadaan Riya yang sudah mahu bersalin tanpa Ziyad di sisi.

"Afif!" Afif menoleh apabila namanya dilaung daripada jauh. Iffa sedang berlari ke arahnya dengan wajah yang cemas.

"Dah dapat call Ziyad?" Wajah hampa Afif yang menggeleng disambut dengan keluhan kasar Iffa.

"Riya macam mana?" Cemas Afif bertanya.

"Riya dah nak bersalin, tapi dia asyik sebut nama Ziyad. Riya nak Ziyad teman dia bersalin." Memikirkan Riya yang bersendirian tanpa suaminya di sisi membuatkan mata Iffa bergenang. Iffa yang selama ini nampak kuat, menjadi rapuh apabila melibatkan Riya.

"Iffa masuk dalam teman dia dulu boleh? Saya cuba call Ziyad lagi. Jangan biarkan Riya bersendirian." Mata Afif juga mula membahang. Riya sahabatnya, yang selalu menghiburkan hatinya. Macam mana hatinya tidak sedih apabila Riya kesakitan tanpa sesiapa di sisi?

Mendengarkan itu, Iffa mengganguk dan melangkah pergi meninggalkan Afif yang masih lagi cuba menghubungi Ziyad.

"Mana kau ni Ziyad?!"

***
Ziyad sedang membetulkan sampingnya yang sedikit senget. Ziyad melihat pantulan dirinya yang lengkap berbaju melayu di hadapan cermin.

"Abang Yad...?" Ziyad menoleh ke belakang apabila namanya diseru.

"Kenapa Fad?" Ziyad mengangkat keningnya sebelah apabila melihatkan riak wajah Zifad yang lain daripada biasa.

"Fad?"

"Abang Yad betul ke nak teruskan perkahwinan ni?" Mata Zifad tepat memandang abangnya. Ziyad mengeluh.

"Fad, kenapa pulak ni? Bukan sebelum ni Fad sokong ke bila abang nak kahwin dengan Aulia? Kenapa tiba-tiba Fad berubah ni?" Soal Ziyad.

"Memang, Fad akui sebelum ni Fad yang sokong keputusan abang tu. Tapi, sekarang Fad nak bangkang keputusan abang. Kalau abang kahwin dengan Aulia, macam mana dengan Riya?" Ziyad terkedu apabila nama itu disebut.

"Bukan Fad tak sukakan Riya?"

"Dulu. Dulu memang Fad tak suka Riya sebab Fad ingat Riya tu kaki kikis, nak ambik harta abang... tapi sekarang, Fad tengok Riya tak macam tu pun... Sebab tu pandangan Fad pada Riya dah berubah bang..." Jelas Zifad.

"Jadi, Fad nak abang buat apa sekarang ni?" Ziyad melangkah ke almari untuk mengambil songkoknya.

"Batalkan perkahwinan tu." Ziyad yang tekun mencari songkoknya pantas memalingkan wajah ke arah Zifad apabila mendengar kata-kata Zifad.

"Why should I?"

"Riya is your wife abang Yad! Abang tak rasa kesian ke tengok Riya? Abang tak rasa kesian ke tengok dia bawa anak abang dalam rahim dia sedangkan abang langsung tak kesah pasal dia? Abang tak fikir ke semua tu?" Dada Zifad naik turun menahan sakit hati kerana sikap abangnya yang seperti tidak peduli dengan kata-katanya.

"Yes, abang kesian. Tapi abang tak boleh terima dia Fad. Abang tak kenal dia. Entah-entah anak dalam kandungan dia tu pun bukan anak abang. Manalah tau dia jadikan abang kambing-"

"Abang Yad!" Mata Zifad terbuntang mendengarkan ayat yang begitu menyakitkan hati. Dia yang mendengar pun sudah rasa sedih, apatah lagi kalau Riya yang mendengar.

WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now