"Lambatnya kau balik. Seronok sangat ke jumpa kawan kau tu sampai tak ingat jalan balik?" Aku yang baru sahaja menutup pintu rumah terkejut apabila disergah begitu.
"Eh, abang! Lambat ke Riya balik?" Aku melihat jam di pergelangan tanganku.
"Mana ada lambat, baru pukul 4." Balasku lagi. Ziyad mencekak pinggangnya. Ada tanda-tanda harimau nak mengaum!
"Kau daripada lepas Zohor tadi kau keluar, kau kata kejap? Habis kau ingat aku dekat rumah ni apa? Tunggul? Perhiasan dekat rumah ni?" Setepek kena dengan Ziyad.
"Abang, Riya keluar jumpa kawan. Mestilah macam-macam benda kitaorang nak borak." 'Termasuk cara nak kembalikan memori abang' Sambung ku dalam hati.
"Ha, menjawab! Aku potong lidah kau tu nanti baru tau. Kata isteri aku, apasal biadap sangat ni?" Aku mengeluh perlahan. Apa lagi harus aku katakan. Bila aku balas balik, dikatanya biadap sebab menjawab. Bila aku diam, tanya aku bisu ke tak.
Habis tu, aku nak buat apa?
"Riya naik atas dulu eh abang? Riya nak mandi." Aku memilih untuk tidak menghiraukan Ziyad. Aku berjalan melintasi Ziyad. Tetapi pergelangan aku ditangkap olehnya.
"Eh, aku tengah bercakap dengan kau! Yang kau sibuk nak naik atas tu kenapa?! " Tengking Ziyad. Air mata aku mula bertakung. Aku mengangkat kepala aku dan memandang tepat ke arah mata Ziyad.
"Please abang, Riya tak nak keruhkan lagi keadaan..." Rayuku. Bila-bila masa sahaja air mata aku boleh jatuh membasahi bumi. Tiada tanda-tanda Ziyad akan melepaskan tanganku.
"This is not you abang. Ziyad suami Riya yang Riya kenal takkan pernah memaksa macam ni. Ziyad suami Riya, takkan pernah sakitkan Riya macam ni. Ziyad suami Riya jugak, takkan pernah tinggikan suara pada Riya... Mana Ziyad yang lama tu? Yang cintakan Riya..." Aku memegang pipi Ziyad dengan tangan aku yang masih bebas.
"Yang sentiasa usap pipi Riya setiap hari..." Aku mengusap lembut pipi Ziyad. Ziyad sama sekali tidak menepis tanganku. Hanya memandang dengan pandangan yang sukar untuk ditafsir.
"Yang sentiasa usap rambut Riya sebelum tidur..." Aku mengusap rambut Ziyad pula.
"Mana Ziyad tu? Riya rindu sangat dengan dia..." Air mata aku menitis juga. Menahan rindu pada orang yang paling aku cinta, yang masih hidup tetapi memorinya hilang tentang aku.
"I know abang stop buat semua tu, sebab abang tak ingat Riya..." Ziyad memandang aku dengan wajahnya yang tergamam.
"Abang tak ingat your love to Riya..."
"Abang tak ingat semuanya tentang Riya..."
"But I know..." Aku meletakkan tapak tangan aku di dada Ziyad dimana terletaknya hati Ziyad.
"Deep here, your love are still mine..."
"And always mine." Aku memandangnya kembali.
"Kalau abang ingat semuanya balik, abang rasa abang gembira tak bila tau abang layan Riya macam ni?" Soalku. Tapi Ziyad hanya kekal membisu.
"Riya sikit pun tak salahkan abang. Riya tau mesti susah apa yang abang lalui sekarang. Abang tak ingat Riya, tapi kena duduk dengan Riya. Mestilah susah abang nak terima kan?" Aku tersenyum nipis.
"Tapi Riya takut sangat... Riya takut bila abang dah mula ingat balik semuanya, Riya dah tak ada bersama abang..." Terus aku menarik tanganku yang dicengkam oleh Ziyad dan melangkah naik ke atas.
Sebaik sahaja aku menutup pintu bilik, aku bersandar di sebalik pintu itu. Melepaskan segala perasaan yang terpendam selama sebulan ini.
***
Selepas menunaikan solat Asar, aku membuat keputusan untuk turun ke dapur. Ziyad dah makan ke belum? Perkara itu yang terlintas di fikiran aku. Sebaik sahaja kaki aku mencecah tangga terakhir, aku melihat Ziyad sedang duduk menonton televisyen di sofa.
YOU ARE READING
WHEN HE FELL HARDER
RomanceBertunang secara paksa oleh ibu bapa dengan budak 18 tahun? Sangat mengarut. Habis tu kekasih hati dia ni nak campak mana? "Kenapa kau tak bantah je?" ~ Ziyad Hadeef "Sebab... sebab Riya memang nak kahwin dengan abang Yad!" ~ Nur Dariya Sungguh Ziya...