"Ha?!"
"Apa Afif ni? Jerit pulak dia. Tak malu ke orang tengok?" Iffa pula yang terasa malu apabila orang di meja hadapannya itu memandang ke arah mereka dengan riak pelik.
"Be-betul ke Iffa tau Riya dekat mana?" Soal Afif. Badannya ditegakkan dan dibawa ke depan. Tak sabar menunggu balasan daripada Iffa.
"Afif ingat saya ni penipu ke? Betul lah!" Iffa tayang muka bosan.
"Eh, tak! Bukan! Bukan! Saya tak cakap Iffa penipu. Riya dekat mana? Saya nak jumpa dia! Dia dekat area mana?" Tak berhenti Afif bersuara. Nasib baiklah Iffa seorang yang jenis bersabar. Kalau tak, dah lama dia angkat kaki tinggalkan Afif ni sorang-sorang dekat sini.
"Riya takde dekat Malaysia..."
"Habis tu?"
"Riya balik Australia..."
"Mana Riya pergi? Kenapa Riya tinggalkan akak? Akak balik Malaysia semata-mata nak jumpa Riya... Tapi kenapa Riya pergi?" Iffa menggumam sendirian. Ketika itu, Iffa sedang berada di dalam pesawat untuk pulang ke Australia. Riya hilang tanpa dijejak, buat apa lagi dia kekal berada di Malaysia tanpa Riya bersamanya?
Walaupun berat hati untuk meninggalkan Malaysia, Iffa gagahkan juga hatinya. Lebih-lebih lagi melihat wajah mendung si dia... yang sudah mula bertapak di hatinya. Iffa tahu Afif sedih dengan keputusannya untuk pulang ke Australia, tapi sedikit pun Afif tidak membantah.
Susahnya untuk dia lupakan Afif!
Sebaik sahaja kapal terbang yang dinaiki selamat mendarat, destinasi utama Iffa sudah semestinya rumahnya di Australia bersama ibu tercinta, Puan Lily.
"Assalamualaikum! Ibu!" Iffa terlupa untuk bernafas seketika apabila melihat gerangan yang membuka pintu untuknya. Iffa menyangkakan ibunya, tetapi bukan.
"Ri-Riya?" Riya juga terkejut melihat wajah Iffa di hadapan matanya. Wajahnya resah mengenangkan lokasi dirinya sekarang diketahui.
"Err, kak Iffa..." Terus sahaja lengan Riya dipegang oleh Iffa.
"Selama ni Riya dekat Australia je ke? Kenapa tinggalkan akak macam tu? Riya tak sayang akak ke? Tau tak akak risau sangat dekat Riya?" Mata Iffa mula membahang.
"Riya mintak maaf sangat-sangat kak... Riya sayang akak... cuma Riya tak nak bebankan akal dengan masalah Riya ni... Riya dah banyak sangat susahkan akak..." Riya membalas dengan suara yang sayu. Iffa memegang kedua-dua belah pipi Riya dan diangkat memandangnya.
"Riya, tak ada istilah susahkan akak. Akak dah anggap Riya macam adik akak. Riya tau tak betapa risau nya akak dengan Afif bila dapat tau Riya discharge dengan Izzyad tapi tak bagitahu kitaorang? Kitaorang macam dah nak gila cari Riya, tapi Riya dekat sini?" Luah Iffa sedikit kesal.
"Riya mintak maaf..."
"Akak pun mintak maaf sebab desak Riya macam ni... takpelah... tengok Riya depan mata akak ni pun dah buat akak lega sangat. Izzyad mana? Tak sabar akak nak muka dia... " Iffa dan Riya melangkah masuk ke dalam rumah.
"Izzyad ada dekat dalam..."
"Sekarang?" Sebaik sahaja Iffa habis bercerita, soalan itu diajukan oleh Afif.
"Apa yang sekarang?"
"Sekarang Riya dekat Australia lagi ke?" Iffa mengganguk.
"Riya kata dia perlukan masa lagi... bila dia dah ready, dia akan balik Malaysia..." Terang Iffa.
"Macam lambat lagi je..." Afif merungut.
"Entah, ibu kata at least kena tunggu lepas Riya habis berpantang. Maybe dalam 3 bulan lagi?"
"3 bulan?! Lamanya..."
"Macam bini dia pulak yang lari..." Perli Iffa. Afif tersipu-sipu malu.
"Takdelah, saya rindu tau nak borak-borak dengan dia. Setakat ni, Riya sorang je yang tahan nak berborak berjam-jam dengan saya. Yad pun kadang-kadang malas nak dengar."
"Tunggu je lah."
"Erm Iffa." Iffa mengangkat keningnya sebelah memandang Afif.
"Riya... ada tanya apa-apa pasal Yad tak?" Iffa menggeleng kemudian dia mengangguk. Afif keliru dengan maksud Iffa.
"Mana satu ni?"
"Saya tanya Riya, dia tak nak balik jumpa Ziyad ke. Tapi, Riya kata buat masa sekarang, dia tak nak jumpa Ziyad. Mula-mula Riya ingat Yad dah berkahwin dengan Aulia, tapi saya jelaskan dekat Riya yang dorang tak jadi kahwin sebab Ziyad dah mula ingat semuanya. Riya terkejut lah jugak, tapi Riya tak bagi respon apa-apa..." Jelasnya.
"Macam mana kalau Riya tak boleh terima Yad balik? Saya tak nak dorang berpisah. Walaupun dah sah Yad yang salah, tapi saya tak sanggup kalau Riya bercerai dengan Yad..."
"Ish, Afif ni! Mulut jangan macam longkang sangat lah! Doa yang baik-baik je la." Balas Iffa.
"Mana ada mulut saya macam longkang! Saya cuma takut je..." Suara Afif perlahan.
"Percayalah cakap saya. Dorang takkan berpisah. Saya kenal Riya tu macam mana. Saya yakin hati Riya masih pada Ziyad. Paling kurang pun bila Riya jumpa Ziyad balik, dia layan tak layan je lah. Tapi tak adalah sampai ke tahap dorang berpisah." Tenang Iffa bersuara dengan yakin.
"Iffa dah tengok Izzyad kan? Macam mana Izzyad sekarang? Makin comel tak? Dia ikut muka siapa? Ada muka saya sikit tak?" Soal Afif tiba-tiba.
"Apa pasal pulak lah muka Izzyad tu ada muka Afif? Tu kan anak Riya dengan Ziyad. Afif tak ada saham pun." Perli Iffa.
"Ceh, saya gurau je pun."
"Kalau Afif nak tau, muka Izzyad lebih kepada Ziyad tau." Ujar Iffa.
"Ya ke? Saya rasa mesti bertambah rindu Riya dekat Yad. Tapi, baguslah. Cepat sikit Riya balik sini nanti. Bolehlah saya main dengan Izzyad sekali. Wah, tak sabarnya!" Teruja Afif bersuara.
"Since Afif dah tau Riya dekat mana ni kan... boleh Afif janji dengan saya satu perkara?" Afif mengerutkan dahinya.
"Janji apa?"
"Jangan bagitau Yad pasal benda ni. Pastikan Yad tak tau yang Afif tau Riya dekat mana? Boleh Afif janji?"
"Ish, kenapa pulak? Riya tu kan bini dia? Yad ada hak nak tau..."
"Tapi ni permintaan Riya. Sebelum saya bagitau Afif ni, saya dah tanya Riya dulu. Riya izinkan saya untuk bagitau Afif sebab Riya yakin yang Afif takkan bocorkan rahsia ni. Kalau tak, dah lama saya diam je, tak bagitau Afif. Afif faham kan? Now, boleh janji dengan saya?" Pinta Iffa dengan wajah yang penuh berharap.
"Tapi..."
"Please? Demi Riya."
"Hmm, iyalah. Saya janji..." Akhirnya Afif mengalah.
"Kalau Yad tanya macam mana?" Soal Afif.
"Afif cakap je lah Afif tak tau..."
"Tapi, saya tak nak menipu..." Iffa mengeluh perlahan. Susah betullah nak pujuk orang yang terlampau lurus macam pembaris besi ni!
"Macam ni lah. Afif jangan sebut langsung pasal Riya depan Ziyad. Rahsiakan tentang perjumpaan kita sekarang ni. Saya takut kalau Yad curiga dengan saya sebab saya rapat dengan Riya. Diam je okay?" Afif mengangguk.
"Saya harap sangat semuanya akan kembali bahagia macam dulu..." ujar Afif.
"Saya pun..."
YOU ARE READING
WHEN HE FELL HARDER
RomanceBertunang secara paksa oleh ibu bapa dengan budak 18 tahun? Sangat mengarut. Habis tu kekasih hati dia ni nak campak mana? "Kenapa kau tak bantah je?" ~ Ziyad Hadeef "Sebab... sebab Riya memang nak kahwin dengan abang Yad!" ~ Nur Dariya Sungguh Ziya...