BAB 9

2K 66 0
                                    

Aku berselawat banyak-banyak dalam hati. Aku harap sangat keputusan yang aku buat ni betul. Aku menarik nafas panjang. Lapan pasang mata yang sedang memandang aku aku perhatikan seorang demi seorang. Lapan mata yang aku maksudkan ialah, papa, mama, Dato' Zain dan Datin Afidah.

Inilah keputusan yang sukar bagi aku. Tapi aku terpaksa lakukan demi kebahagiaan diri aku sendiri. Dan sebab itulah aku berada di sini, di rumah keluarga Ziyad. Disebabkan aku tau Ziyad tiada selama 3 hari ni, sebab tu aku berani menjejakkan kaki aku kembali ke sini.

"Riya ada benda nak cakap ke sayang?" Datin Afidah tanya aku.

"Riya nak cakap pasal hubungan Riya dengan abang Yad." Dan dan badan semua menegak.

"Kenapa dengan korang?" Dato' Zain pula bertanya.

"Sebelum tu, Riya nak mintak maaf. Mungkin keputusan yang Riya buat ni akan kecewakan hati papa, hati mama, hati umi dan hati abi. Tapi, Riya ada sebab Riya sendiri kenapa Riya buat keputusan ni. Riya harap sangat semua boleh terima." Allah, susahnya aku nak cakap keputusan aku ni. Aku menarik nafas panjang sebelum perlahan-lahan menghembuskannya.

"Riya nak putus tunang dengan abang Yad." Satu nafas aku ucapkan ayat tersebut.

Sunyi. Bunyi kipas saja yang kedengaran. Masing-masing terkedu mendengar ayat aku.

"Kenapa nak putus Riya? Ada apa-apa yang tak kena ke?" tanya papa.

"Tak ada apa pun. Cuma Riya rasa kitaorang tak sepadan." Jawabku.

Cukuplah aku je yang tau sebabnya. Aku tak nak memperburukkan Ziyad di hadapan mereka semua. Biarlah aku yang nampak seperti mementingkan diri. Aku dah laksanakan hajat Ziyad yang nak putuskan tali pertunangan ni.

Tiba-tiba aku dipeluk Datin Afidah.

"Walaupun umi terkilan dengan keputusan Riya, tapi umi terima. Mungkin sebab Riya tu untuk kebahagiaan Riya sendiri. Tapi, jangan pernah serik nak datang sini walaupun Riya bukan lagi tunang Ziyad. Tetap panggil umi sebagai umi. Yang berubah cuma hubungan Riya dengan Ziyad." Aku hanya mampu mengangguk.

Terasa lapang hati aku sekarang. Aku bebas! Sekarang, tempoh aku merawat hati yang luka ni je.

Balik sahaja rumah, papa dan mama langsung tak mempersoalkan tindakan aku. Papa dan mama terima keputusan aku. Aku tau, mereka terkilan tapi, aku tak nak mereka rasa lagi terkilan kalau ayat putus tunang tu keluar daripada mulut Ziyad.

"Riya plan nak buat apa sekarang?" soal papa.

"Riya nak sambung belajar boleh papa?"

"Riya nak sambung kat mana?" Giliran mama pulak yang bertanya.

"Riya nak sambung jauuhhhh daripada sini. Maksud Riya, dekat luar negara."

"Kenapa nak jauh-jauh pulak sayang?" Mama tanya aku lagi.

"Ala, saja. Riya nak ada pengalaman duduk negara orang." Alasan yang aku berikan hanyalah untuk menutup kebenaran.

Jauh daripada Malaysia akan memudahkan aku untuk melupakan Ziyad. Sekurang-kurangnya aku tak akan jumpa dia buat masa sekarang.

"Papa ikutkan je." Persetujuan daripada papa buatkan aku tersenyum lebar.

"Terima kasih pa."

Aku melangkah ke bilik aku untuk menghubungi Erin.

"Yow, yow assalamualaikum Erin!" Nada suara aku sengaja happy kan.

"Yow, yow waalaikumussalam, apa citer Riya? Semua okay?" Aku dah agak dah, mesti Erin ni tanya soalan ni punya.

"Okay je, alhamdulillah semua berjalan lancar. Keluarga aku boleh terima, keluarga dia pun boleh terima." jawabku.

"Baguslah macam tu. Plan kau nak sambung belajar tu pulak? Uncle bagi tak?"

"Bagilah! Tak sabar weh aku!" jawabku separa teruja.

"Jadi ke sambung dekat Australia?" Bape banyak soalan daa si Erin ni.

"Jadi, lagi 3 hari aku gerak." jawabku.

"Hmm cepatnya... Lepas ni susah lah aku nak jumpa kau..." Sedih betul suara Erin.

"Ala jangan centu weh. Kita boleh vc nanti. Bagi aku rawat hati aku sekali kat sana okay?" Aku tersenyum tawar di sebalik telefon.

"Kalau boleh rawat hati kau, kau pergilah weh. Sampai hujung dunia pun tak apa. Pastikan kau balik Malaysia balik nanti hati kau dah dirawat." Aku tergelak mendengar kata-kata Erin.

"I will."

WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now