Walaupun langkahnya berat, digagahkan juga kakinya untuk berjumpa dengan empunya badan itu.
Untuk kali terakhir.
Bergenang air mata Erin mengingatkan hakikat bahawa hubungan cintanya sudah berakhir. Erin memejamkan matanya seketika. Cuba membuang perasaan negatif itu.
"Dah Erin. Cukup. Kau kena move on daripada dia. Jangan biar diri kau sakit lagi." Erin memberi semangat pada diri sendiri sebelum matanya dibuka kembali.
Pintu kaca kafe itu dibuka perlahan. Mata dibawa mencari figura manusia itu.
Jumpa.
Dengan wajah yang dingin, Erin merapati bekas kekasihnya itu, Noah.
Kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan dengan wajah yang jelas menunjukkan ketidakselesaan.
"You nak apa jumpa I?"
"Erin, I– I nak mintak maaf..." Perlahan saja suara itu. Senyuman sinis terukir di bibir Erin.
"Untuk?" Saja Erin menguji Noah.
"I know you know. But, I, I'm really sorry Erin..."
"Kenapa?" Erin memandang tepat ke arah Noah. Terlintas suatu soalan di fikiran Erin. Kenapa wajah itu seakan-akan menahan kesakitan? Hujung bibirnya juga kelihatan pecah.
Abaikan! Semua tu tak penting!
"Kenapa you buat I macam ni?" Terasa berat dada Erin mengucapkannya.
"I tak tau..." Erin tergelak sinis.
"What do you mean yang you tak tau? That's your choice. You have two choices. Stay loyal to me or cheat on me. You choose the second one. And my question is, why? why did you choose to cheat on me?" Noah kekal diam sambil menundukkan kepalanya memandang meja.
"Or you nak cakap yang you ada split personality? That day you became another person, and now you are another person? Is that the real reason?" Bertalu-talu soalan yang dilemparkan oleh Erin.
Dia nak kan jawapan.
Noah menggeleng. Terasa kelu lidahnya untuk membalas.
"Then kenapa Noah?!" Suara Erin meninggi sedikit. Tidak terlalu kuat tetapi cukup untuk membuatkan pelanggan yang duduk berhampiran mereka memandang pelik ke arah mereka.
Tapi ada Erin kisah?
"I just hilang feeling dekat you..." Hati Erin hancur berkecai dengan sebaris ayat itu. Dengan mudah begitukah? Noah terpaksa jujur kerana dia takut nasib yang sama kan menimpanya sekali lagi walaupun hakikatnya dia tak ingin menyakiti hati Erin.
"Jadi apa maksud 3 tahun selama ni? You cuma pergunakan I ke? Apa salah I? Apa kurangnya I sampai you hilang feeling dekat I? Tell me, Noah..." Bergetar suara Erin ketika ini.
"No, bukan macam tu Erin. I pernah sayang you sebelum ni tapi–" Erin memintas.
"Sebelum ni? Maknanya you memang dah tak ada perasaan sayang dekat I langsung?" Begitu mudah bibir itu menuturkan kata-kata yang amat menyakitkan hatinya.
3 tahun bercinta,
3 tahun sayang,
3 tahun setia,
namun dibalas dengan ini.
Amat menyakitkan. Seperti terkena tikaman pisau. Tepat pada jantung Erin.
"That's okay. Itu pilihan you. I penat nak kejar you semula. What's mine is always be mine, but you are not mine to keep. I doakan you bahagia selepas ni Noah, dengan perempuan yang you pilih. Terima kasih sebab sudi bersama I selama ni." Air mata ditahan daripada mengalir.
YOU ARE READING
WHEN HE FELL HARDER
RomanceBertunang secara paksa oleh ibu bapa dengan budak 18 tahun? Sangat mengarut. Habis tu kekasih hati dia ni nak campak mana? "Kenapa kau tak bantah je?" ~ Ziyad Hadeef "Sebab... sebab Riya memang nak kahwin dengan abang Yad!" ~ Nur Dariya Sungguh Ziya...