Lena aku terganggu kerana sesuatu bunyi. Aku mengangkat kepalaku yang dibaringkan pada katil Ziyad. Aku melihat Ziyad seakan-akan meracau. Terus segar mata aku. Aku terus bangun dan memegang pipinya.
"Erghh..." Ziyad tidak henti-henti meracau.
"Abang! Abang! Abang dengar Riya tak?"
Dan sejurus itu, mata Ziyad terbuka dengan perlahan-lahan. Aku menekup mulutku kerana tidak percaya Ziyad sudah sedarkan diri. Aku terus memeluk erat tubuh Ziyad."Abang... Riya rindu abang sangat... kenapa abang tidur lama sangat? Riya tunggu je abang, tapi abang tak bangun pun... Syukurlah abang dah sedar..." Sungguh aku rindu untuk memeluk Ziyad!
Tetapi, perasaan itu tak lama apabila aku dapat merasakan Ziyad perlahan-lahan menolak badan aku jauh daripadanya. Aku memandang Ziyad dengan pandangan yang pelik.
"Kenapa abang? Abang ada sakit dekat mana-mana ke? Riya panggil doktor eh?" Aku mengusap pipi Ziyad dengan lembut. Tidak pernah sekali pun aku melupakan perkara yang satu ini. Mengusap pipi Ziyad.
"Kau sape? Kenapa aku ada dekat sini? Sape bagi kau hak nak sentuh-sentuh aku ni ha!" Tengking Ziyad. Sungguh aku tidak menyangka perkara pertama yang aku terima selepas Ziyad membuka matanya ialah tengkingan daripadanya.
"Abang tak ingat Riya ke? Riya isteri abang. Kita dah kahwin- " Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, dengan laju Ziyad memintas.
"Kahwin? Aku dengan kau? Kau melawak apa ni? Kau keluar sekarang! Keluar! Kau bukan isteri aku lah! Buat apa aku kahwin dengan kau sedangkan aku dah ada Aulia?! Berambus kau sekarang! Berambus!" Aku tahan air mata daripada mengalir.
Kuat Riya. Kau kuat.
Walaupun aku sudah menjangka perkara ini akan terjadi, tapi sakitnya... tetap tak tertanggung. Bila orang yang kita cinta tak ingat kita... bukankah itu satu perasaan yang sangat menyakitkan? Ziyad tak ingat aku. Ziyad tak ingat aku isteri dia. Ziyad tak ingat kami berkahwin. Dan... Ziyad ingat tentang Aulia.
"Riya panggil doktor sekejap eh bang?" Terus aku melangkah keluar. Aku cuba untuk kuat. Namun, aku pun hanya manusia biasa. Dengan keadaan aku yang berbadan dua ini, aku jadi mudah sensitif. Lebih-lebih lagi selepas aku ditengking dan dihalau Ziyad.
Aku membuat keputusan untuk menghubungi Datin Afidah.
"Umi..." Suara aku bergetar.
"Kenapa Riya?"
"Abang Yad dah sedar..." Biarlah Datin Afidah tau sendiri tentang keadaan anak lelakinya ini. Kalau Ziyad boleh ingat Aulia, mustahil Ziyad tak ingat Datin Afidah.
"Umi datang sekarang. Riya tunggu okay?" Panggilan ditamatkan.
Aku meneruskan langkahku untuk berjumpa dengan doktor.
***
"Setelah saya buat pemeriksaan ke atas encik Ziyad, saya mendapati hentakan kuat pada kepala encik Ziyad telah melumpuhkan sebahagian memori encik Ziyad. Encik Ziyad kehilangan memori jangka pendek. Mengikut penjelasan daripada encik Ziyad, dia ingat yang dia masih berumur 24 tahun, bermakna encik Ziyad tak ingat memori dia dalam tempoh 6 tahun yang lepas ni..." Aku meraup muka mendengar penerangan daripada doktor Ghaf."Jadi, suami saya boleh ingat balik tak doktor memori dia selama 6 tahun ni?" Soalku. 6 tahun tu sangat berharga bagi aku. Maknanya Ziyad langsung tak ingat tentang pertemuan pertama kami. Aku datang dalam hidup Ziyad pada 5 tahun yang lepas. Maknanya... aku hilang daripada memori Ziyad.
"Insyaallah puan Riya. Encik Ziyad perlu dapatkan pantauan daripada orang sekeliling dia untuk bantu dia dapatkan kembali memori dia selama 6 tahun ni. Kadang-kadang, bau minyak wangi, muzik, makanan, semuanya membantu dalam mengembalikan memori pesakit amnesia. Yang penting, kita bertawakal kepada Allah."
***
Aku masuk kembali ke dalam bilik yang Ziyad ditempatkan. Dato'Zain dan Datin Afidah turut berada di dalam bilik tersebut."Riya pergi mana sayang?" Soal Datin Afidah sebaik sahaja aku melangkah ke arah mereka untuk bersalaman.
"Riya pergi-"
"Umi, perempuan ni lah yang tak tahu malu mengaku dia isteri Ziyad. Sejak bila Ziyad entah kahwin dengan dia." Ziyad menjelingku tajam. Aku cuba beriak biasa seolah-olah tidak terkesan walaupun hati aku remuk mendengarnya.
"Yad! Apa cakap macam tu! Riya ni isteri Yad lah!" Datin Afidah menegur Ziyad. Sungguh tidak disangka anak lelakinya kembali berperangai seperti ini.
"Umi pun nak back-up minah ni jugak ke? Dia bukan isteri Yad lah umi." Jawapan selamba Ziyad disambut dengan keluhan Dato' Zain yang sedari tadi hanya memerhatikan keadaan yang tegang di antara kami.
"Ziyad Hadeef!" Umi menjegilkan mata ke arah Ziyad. Sebelum sesuatu yang aku tak ingini terjadi, baik aku buat sesuatu.
"Umi, abi, Riya nak cakap sekejap dekat luar boleh?" Pintaku.
"Eh, kau nak bawak parents aku pergi mana. Kau takde mak bapak ke ha?! Sibuk nak rampas mak bapak orang!" Cemuhan Ziyad buatkan hati aku yang sudah sedia terluka, semakin terluka.
"Memang Riya takde mak bapak... tapi sikit pun Riya takde niat nak rampas umi dan abi daripada abang... Riya nak bincang sekejap je... abang rehatlah dulu..." Aku terus melangkah keluar tanpa menghiraukan wajah Ziyad yang berubah selepas aku mengakui yang aku tiada ibu bapa.
"Riya... Maafkan Ziyad sebab mulut dia lancang macam tu. Umi pun tak tau kenapa dia jadi macam tu." Ujar Datin Afidah sebaik sahaja pintu bilik ditutup dengan rapat. Datin Afidah menggeleng mengingati sikap anak lelakinya itu.
"Takpe umi... Riya faham..." Ayat cuba menenangkan hati sendiri. Jujurnya, apabila kata-kata 'takde mak bapak' tu sangat melukakan hati aku. Tapi, aku belajar untuk faham kerana keadaan Ziyad yang sekarang ini.
"Sebenarnya umi... abi... abang Yad tak ingat Riya sebab abang Yad... amnesia..." Datin Afidah dan menekup mulutnya dan Dato' Zain meraup wajahnya.
"Doktor cakap abang Yad hilang memori jangka pendek dia. Abang Yad hilang memori dia selama 6 tahun yang lepas. Sebab tu abang Yad tak ingat Riya..." Aku tersenyum tawar. Apa lagi yang boleh aku lakukan selain tersenyum tatkala diriku sendiri yang perlu menjadi kekuatan untuk diriku.
"Riya..." Datin Afidah terus memelukku dan mengusap belakang badan aku dengan lembut.
"Umi harap sangat Riya boleh bersabar dengan Yad..." Datin Afidah menangis teresak-esak.
"Riya cuba umi..."
"Yad boleh ingat balik ke memori dia yang hilang tu?" Soal Dato' Zain. Aku melepaskan pelukan dan memandang Dato' Zain.
"Doktor cakap abang Yad perlu pantauan daripada orang sekeliling dia. Doktor ada cakap juga something macam minyak wangi, lagu atau apapun yang Ziyad pernah dengar dalam tempoh 6 tahun ni boleh kembalikan memori dia." Aku mengulang kembali penjelasan doktor Ghaf.
"Riya ada idea?" Soal Datin Afidah.
"Riya tak yakin, tapi Riya akan cuba. Umi dengan abi jangan risau. Riya akan pastikan abang Yad ingat balik semuanya cepat atau lambat."
YOU ARE READING
WHEN HE FELL HARDER
RomanceBertunang secara paksa oleh ibu bapa dengan budak 18 tahun? Sangat mengarut. Habis tu kekasih hati dia ni nak campak mana? "Kenapa kau tak bantah je?" ~ Ziyad Hadeef "Sebab... sebab Riya memang nak kahwin dengan abang Yad!" ~ Nur Dariya Sungguh Ziya...