"Lepas." Aku tak nak terbuai dengan dakapan Ziyad. Tujuan aku balik ke rumah ini semula bukan untuk Ziyad menyambut aku dengan gembira seperti ini.
Ziyad menggeleng laju.
"Abang tak nak! Nanti sayang tinggalkan abang lagi! Abang rindu setengah mati dekat Riya! Jangan tinggalkan abang..." Sayu saja suara Ziyad. Tapi aku kentalkan hati supaya tidak terpujuk.
Apabila tiada tanda-tanda pelukannya akan dilepaskan, aku menolak kuat badan Ziyad supaya terlepas daripada menolakku. Wajah Ziyad bagaikan kecewa dengan penolakanku manakala Afif dan Iffa pula tergamam melihat tindakan aku. Tapi mereka tidak berani bersuara.
"Ri-Riya?"
Aku melangkah ke arah Iffa untuk mengambil Izzyad dalam dakapannya. Kemudian aku melangkah kembali ke arah Ziyad. Aku menyerahkan Izzyad kepada Ziyad namun Ziyad tidak menyambutnya.
"Saya datang sini bukan sebab saya nak jumpa awak. Saya datang sini sebab saya cuma nak Izzyad jumpa babah dia yang dia tak pernah jumpa. Itu saja." Ujarku dengan wajah yang kosong. Wajah yang aku palsukan. Aku juga tak sanggup untuk menyakitkan hati Ziyad, tapi untuk melindungi hati aku sendiri, aku terpaksa.
"Riya, kenapa–"
"Abang nak pegang Izzyad atau tak nak? Kalau tak nak, Riya pergi dulu. Mungkin abang pun akan jarang atau tak dapat jumpa Izzyad lagi lepas ni." Aku memotong bicaranya. Melihatkan wajah yang penuh kekecewaan itu buatkan aku rasa menyesal dengan kata-kata aku. Namun aku kuatkan hati aku.
"Abang nak!" Walaupun wajahnya jelas menunjukkan kekecewaan dan kehampaan dengan kata-kataku, aku cuba untuk abaikan. Buat masa ini, cukup sekadar hubungan Ziyad dan Izzyad tidak terputus.
Aku menghulurkan Izzyad kepadanya. Mata Ziyad yang sayu memandang aku tidak sekali pun aku membalasnya. Aku lemah melihat mata itu. Lepas menyerahkan Izzyad, aku mengundur kembali ke belakang.
"Assalamualaikum anak babah, Izzyad–" Ziyad memandang aku dengan wajahnya yang seakan tertanya-tanya. Aku yang faham dengan riaknya itu membalas.
"Izzyad Hameez".
"Anak babah, Izzyad Hameez..." Mata Ziyad jelas berkaca-kaca memandang Izzyad yang masih tidur. Wajahnya seolah menggambarkan yang dirinya tidak percaya telah menjadi seorang bapa. Wajah Izzyad dicium lembut. Aku yang melihat pula menahan air mata aku daripada mengalir kerana perasaan sebak yang mencengkam dada.
"Weh, kau tak nak jemput kitaorang masuk ke? Memang berniat nak bagi kitaorang berdiri tercongok macam patung dekat sini?" Bicara Afif buatkan air mata aku tak jadi nak turun. Iffa sudah menjegilkan mata kepada Afif yang tayang muka tak bersalah.
Potong betul!
"Aku memang niat tak nak bagi kau masuk pun. Aku nak ajak isteri aku je masuk. Yang lain boleh balik." Balasan selamba daripada Ziyad buatkan aku menepuk dahi. Waduh, yang ini pun. Tak nak kalah!
"Kau!"
"Eh, jangan jerit-jerit lah! Anak aku tengah tidur ni. Dah, masuklah! Sayang, jom masuk?" Suaranya terus dilembutkan apabila memanggil aku. Patut ke aku gelak sebab muka Afif sekarang sumpah lawak! Macam tertelan cicak!
Masuk sahaja ke dalam rumah, Izzyad menangis. Aku mengerling jam di dinding, waktu Izzyad menyusu. Memang patut dia menangis. Aku bawa langkah ke arah Ziyad yang cuba menenangkan Ziyad.
"Bagi Izz dekat Riya, sekarang masa menyusu dia. Riya nak naik atas." Aku menghulurkan tangan. Tapi Izzyad tidak dihulurkan kepadaku.
"Takpelah, abang tolong bawakan Izzyad naik atas." Laju saja aku menggelengkan kepala. Aku risau kalau Ziyad teman aku menyusukan Izzyad. Sesungguhnya aku ni seorang yang pemalu. Aku tak sanggup bayangkan semua tu.
"Takpe, Riya boleh buat." Aku cuba mengambil Izzyad, namun gagal kerana Ziyad menjauhkan Izzyad daripada aku.
"Abang nak teman Riya dengan Izzyad dekat atas je. Kenapa Riya tak bagi?" Melihatkan wajah penuh kepolosan Ziyad, buatkan muka aku membahang. Memang taklah aku nak bagi Ziyad teman!
"Ish, tak payah! Riya tak nak abang teman!"
"Abang nak teman!"
"Tak payah!"
"Teman!"
"Tak payah!"
"Tak payah!"
"Teman! Eh?!" Aku terus menutup mulutku apabila aku tersilap kata.
"Dah, jom! Korang berdua–" Ziyad memandang Afif dan Iffa yang dari tadi memerhati drama tarik tali kami. Aku pun hampir terlupa mereka ada bersama. Tiba-tiba rasa segan menyerbu.
"Duduk sini diam-diam. Kalau sesiapa naik atas..." Ziyad senyum jahat.
"Aku halau korang daripada rumah ni. Jangan harap korang dapat jumpa isteri dengan anak aku lagi!" Ugut Ziyad.
"Dahlah kau! Pergilah naik cepat! Anak kau tu tak berhenti melalak daripada tadi. Sebok je nak ugut-ugut orang. Aku bawak lari Riya kang, baru menggelupur kau nanti." Macam budak kecik betul lah dua-dua ni!
"Riya naik atas dulu eh?" Aku mengambil Izzyad daripada dukungan Ziyad. Lambat sangat nak tunggu dorang habis bergaduh. Kelaparan anak aku dibuatnya. Aku membawa Izzyad ke bilik di atas tanpa menghiraukan Ziyad yang mengekori daripada belakang. Sebaik sahaja sampai di hadapan bilik, aku memusingkan badan aku kepada Ziyad. Ziyad berhenti.
"Kenapa tak masuk?" Soal Ziyad.
"Abang jangan masuk. Duduk sini." Ujarku dengan wajah yang sengaja digarangkan.
"Abang nak masuk jugak! Abang nak teman Riya menyusukan Izzyad!"
"Tak bolehlah!"
"Kenapa?"
"Riya cakap tak boleh, tak bolehlah!"
"Cakap dulu kenapa? Kalau tak abang ikut masuk sekali." Balasnya.
"Kalau Riya cakap, abang tak ikut?" Ziyad mengganguk.
"Riya malu." Perlahan saja suara aku.
"Malu?" Ziyad ketawa kecil.
"Riya nak malu apa? Abang cuma nak teman je, bukan nak buat apa pun. Yang sayang gelabah sangat ni kenapa? Ke–" Ziyad merendahkan badannya sehingga tingginya sama dengan tinggi aku.
"Riya takut Izzyad dapat adik?" Terus memerah wajahku mendengarkannya. Aku palingkan wajah daripada memandang Ziyad.
"Ma-mana adalah! Dah Riya nak susukan Izz!" Laju-laju aku masuk dan menutup pintu.
"Cepat sikit! Kalau lambat, abang cabut pintu ni!" Berdegup laju jantung aku dengan peranan Ziyad ni lah. Sejak bila Ziyad jadi gatal macam ulat bulu ni? Aku melangkah ke katil untuk menyusukan Izzyad.
Hampir 5 minit kemudian, pintu diketuk daripada luar. Aku tau siapa punya kerja ni. Tak lain tak bukan, Ziyadlah! Siapa lagi? Ketukan yang tidak berhenti itu membuatkan aku menghela nafas panjang.
Aku meletakkan Izzyad dengan berhati-hati di atas katil. Aku melangkah ke arah pintu dan membuka pintu tersebut. Tanpa sempat aku bertanya apa-apa, Ziyad memasuki bilik ini dan terus menutup pintu.
"Abang ni kenapa? Masuk bilik ni? Afif dengan kak Iffa tu siapa nak layan?" Tidak ke mereka fikir yang bukan-bukan apabila lama sangat kami di atas ni?
"Abang dah halau dorang balik." Selamba Ziyad menjawab.
"Apa?!"
"Ish, mana ada! Riya ingat abang kejam sangat ke nak halau dorang? Mummy Afif call tadi suruh dia balik, makcik dia datang rumah. Untuk mengelakkan fitnah sebab berdua-duaan dengan Iffa dekat bawah, Afif bawak sekali Iffa. Puas hati?" Cis, gerak tak roger aku pun. Plan aku nak singgap sekejap je. Ni aku nak balik dengan siapa kalau semua dah cau tinggalkan aku?
"Apa-apa jelah." Nada bosan aku kedengaran. Aku memusingkan badan untuk menuju ke arah katil. Sebaik sahaja badan aku dipusingkan, aku terkedu apabila langkah aku disekat daripada belakang. Ziyad memeluk aku erat daripada belakang. Aku dapat merasakan degup jantungnya di belakang aku.
"Abang rindu sayang sangat-sangat."
YOU ARE READING
WHEN HE FELL HARDER
RomanceBertunang secara paksa oleh ibu bapa dengan budak 18 tahun? Sangat mengarut. Habis tu kekasih hati dia ni nak campak mana? "Kenapa kau tak bantah je?" ~ Ziyad Hadeef "Sebab... sebab Riya memang nak kahwin dengan abang Yad!" ~ Nur Dariya Sungguh Ziya...