BAB 29

1.1K 38 0
                                    

Sebulan berlalu dengan sangat pantas. Kandunganku ini sudah memasuki bulan ketiga. Mungkin disebabkan ini adalah kandungan pertama aku, jadi perut aku tidak begitu kelihatan. Buat masa sekarang, aku terpaksa merahsiakan kandungan aku daripada semua orang. Tiada siapa pun yang tahu tentang kandungan aku. Walaupun Datin Afidah. Bagiku, cukuplah sekadar aku sahaja yang tahu.

Keadaan Ziyad tetap sama. Ziyad masih lagi tidak mengingati aku. Macam-macam cara yang aku cuba untuk kembalikan memorinya. Aku cuba menceritakan kembali saat pertama kami berjumpa. Tetapi dibalas dengan tengkingan Ziyad. Selama sebulan aku bertahan dengan cacian dan makian daripada Ziyad. Bagiku, mungkin itu kesan daripada kemalangan itu.

"Riya rindu abang sangat..." Air mata aku mula mengalir.

Aku rindukan Ziyad yang sentiasa tersenyum padaku.

Ziyad yang selalu mengusap pipiku.

Ziyad yang selalu mengucup ubun-ubunku.

Ziyad yang suka mengusik.

Aku rindu semua tu.

"Yang kau ni menangis kenapa? Gila? Ke dah nak mampus?" Bicara kasar daripada Ziyad membuatkan aku menyeka laju air mata aku.

"Abang... abang nak apa-apa ke?" Soalku lembut.

"Haah. Aku nak something."

"Abang nak apa?" Soalku teruja. Ni lah kali pertama Ziyad memintaku sesuatu.

"Aku nak kau blah dari hidup aku boleh tak? Semaklah tengok kau ni. Sakit mata aku tau tak? Entah-entah sebab kau, Aulia dah tak nak jumpa aku. Kau ni kan memang tak guna betul lah!" Cacian Ziyad yang sudah biasa aku terima hanya disambut dengan senyuman nipis aku. Aku memilih untuk mengendahkannya.

"Abang, Riya nak keluar sekejap boleh?" Soalku.

"Kau nak pergi mana pulak ni?" Balas Ziyad dingin.

"Riya nak jumpa kawan kejap."

"Kawan? Siapa?" Soal Ziyad.

"Kawanlah." Jawabku ringkas.

"Ah! lantaklah kau nak jumpa siapa pun. Yang kau memekak tanya aku ni kenapa?" Balas Ziyad kasar.

"Iyalah, abang kan suami Riya. Riya kenalah mintak izin abang dulu kalau Riya nak keluar." Jelasku.

"Eh, kau nak pergi mana pun, suka hati kau lah! Tak payah nak semakkan mata aku semata-mata nak tanya pasal benda ni!" Tengking Ziyad.

Aik? Dia yang tiba-tiba muncul, aku pula yang dikatakan semak mata memandang?

"Riya naik dulu eh? Riya nak siap." Aku terus bangun daripada sofa dan melangkah laju ke atas. Jika dibiarkan lebih lama, tak mustahil otak aku bagi isyarat pada mata aku untuk mengalirkan air mata!

***
"Sorry Riya! Jammed tadi!" Afif yang baru sahaja melabuhkan punggung di hadapan aku menunduk-nunduk meminta maaf.

"Eh takpe, takpe. Saya pun baru sampai tadi." Aku tak nak Afif rasa bersalah sedangkan aku yang meminta untuk berjumpa dengannya.

"Kejap! kejap! Yad tau tak awak nak jumpa Afif ni?" Aku mengangguk dan kemudian menggelengkan kepalaku.

"Saya cakap dengan abang Yad yang saya nak jumpa kawan, tapi saya tak cakap kawan yang saya nak jumpa tu, awak." Afif pula menganggukkan kepalanya.

"Kenapa awak nak jumpa Afif?" Soal Afif.

"Afif kawan dengan abang Yad dah lama kan?" Afif mengangguk.

"Afif kawan dengan Ziyad sejak sekolah rendah lagi, sampai ke besar macam ni melekat je." Afif tergelak perlahan.

"Sebenarnya macam ni, saya tengah cuba untuk kembalikan memori abang Yad. Doktor kata something macam lagu yang abang Yad pernah dengar ataupun perfume yang abang Yad pernah bau dalam masa tempoh 6 tahun yang lepas ni maybe boleh trigger otak dia untuk ingat balik. Afif tau tak something yang boleh trigger memori abang Yad balik?" Ujarku.

WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now