BAB 14

2.1K 57 1
                                    

Melihatkan Datin Afidah menuju ke dalam untuk ke tandas, Ziyad mengambil peluang untuk mendekati Riya yang sedang bersendirian sambil membelek telefon di meja berdekatan.

"Erm, hi Riya..." Sapa Ziyad seraya melabuhkan punggung di kerusi hadapan Riya.

Bila aku dengar nama aku kena panggil, aku mengangkat kepala. Nak terlepas telefon di tangan aku melihat makhluk di hadapan aku.

Dia ke... yang sapa aku tadi?

Terkelu. Aku diam tak menjawab memandang wajahnya.

"Kenapa Riya senyap? Riya tak ingat abang ke? Ni abang Yad lah. Riya ingat tak?" Aku tetap diam memandangnya. Dahi aku berkerut

Eh, kejap. Aku salah dengar ke? Abang? Since when Ziyad bahasakan diri dia abang dengan aku? Bukan selama ni aku-kau je ke? Tidur salah bantal ke ape malam tadi.

"Abang? Bila masa encik jadi abang saya?" soalku. Aku tak hiraukan muka Ziyad yang berubah.

"Dulu kan Riya selalu panggil abang, abang Yad. Kenapa tiba-tiba panggil encik?" soal Ziyad.

Mamat ni amnesia ke apa? Dulu dia yang beria anti betul bila aku panggil dia abang. Sekarang apahal tiba-tiba nak sibuk bila aku panggil dia encik. Dasar- nope. Aku tak nak sebut.

"Encik kan tak suka saya panggil encik macam tu. Jadi, saya rasa better saya bahasakan diri encik sebagai encik." Walaupun muka aku tenang sekarang ni, hati aku rasa nak meletup. Perasaan apa ni?

"Erm, tapi abang lagi suka kalau Riya panggil abang." Ujar Ziyad perlahan.

"Saya pernah cakap dulu kan? Abang tu hanya untuk orang yang istimewa sahaja." Macam-macam hal betul lah dia ni!

Seketika Ziyad teringatkan kata-kata yang pernah Riya katakan.

"Abang beruntung tau. Riya jarang panggil orang guna panggilan abang ni. Abang orang pertama yang Riya panggil abang."

"Riya akan berhenti panggil abang dengan gelaran abang bila Riya anggap abang dah mati dalam hidup Riya."

Ziyad meneguk air liurnya.

"Ja-jadi, Riya anggap abang dah m-mati dalam hidup Riya?" soal Ziyad.

"Kind of." Selamba aku menjawab.

Alih-alih aku yang rasa kesian tengok muka Ziyad. Ah, persetankan semua tu! Ingat apa dia buat kat kau Riya!

Aku mengumpulkan kekuatan dengan menggengam erat tangan aku di bawah meja.

"Sebenarnya apa tujuan encik datang dekat meja ni? Kalau setakat nak tanya benda tak penting macam ni, saya rasa ada baiknya encik pergi."

"Abang nak jumpa Riya..."

"For what? Nak sakitkan hati saya lagi?" soalku sinis.

"Tak Riya. Abang rindu Riya. Ab-"

"Eh, encik ni mereng ke apa? Rindu? Rindu apa? Kenapa pulak encik rindukan saya? Bukan encik suka ke kalau saya jauh daripada encik?" Aku menahan sakit di dada apabila aku teringat segala hinaan yang pernah dilemparkan kepada aku.

"Riya, pasal tu abang nak mintak maaf. Mulut abang lancang sikit waktu tu-"

"Sikit?" Perliku.

"Okay, tak. Mulut abang lancang banyak waktu tu. I know I hurt you. Tapi, tak boleh ke Riya bagi peluang kedua untuk abang?Maafkan abang?" Rayu Ziyad.

Tolonglah! Aku betul-betul tak selesa dengan keadaan sekarang ni!

"Peluang apa lagi encik? Sudahlah. Saya tak nak fikir pasal benda tu lagi. Saya maafkan semuanya. Jadi, tolong pergi sekarang." Pintaku. Tegas.

WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now