"Awak pergi je lah kerja..." Entah kali keberapa aku mengatakannya. Semuanya sebab manusia yang tengah depan aku atas katil ni yang degil betul.
"Abang nak cuti, nak jaga Riya." Jawapan Ziyad yang diulang untuk kali keberapa buatkan aku mengeluh.
"Ish, awak ni tak payahlah bazir cuti awak nak jaga saya. Saya pun dah nak elok demam. So, sila pergi kerja." Arahku.
"Riya tak sembuh sepenuhnya lagi. Jadi dah jadi tanggungjawab abang untuk pastikan Riya sembuh daripada demam." Eii, degil betul lah dia ni!
"Awak ada dua pilihan. Pertama, kalau awak nak tidur dengan saya malam ni, awak kena pergi kerja. Kedua kalau awak pilih untuk cuti hari ni, awak tidur tempat lain. Seminggu." Ugutku. Kalau cara baik tak jalan, aku yakin cara ni mesti jalan.
"Mana boleh! Dua-dua abang tak nak! Abang nak cuti hari ni dan abang nak tidur dengan sayang!" Protes Ziyad.
"Boleh! Kalau awak cuti hari ni, jangan harap awak boleh tidur dengan saya. Choose wisely Mr. Ziyad." Aku senyum senget.
"Ala, abang kan bos, tak ada masalah lah abang nak cuti. Takde siapa boleh marah abang." Suara Ziyad yang penuh berlagak buatkan aku memutarkan mata aku ke atas.
"Sebab awak bos lah, awak kena tunjukkan contoh yang baik dekat pekerja awak. Rajin datang kerja. Jangan nak ponteng je. Tunjuk perangai tak semenggah macam ni, nanti pekerja awak semua ikut baru tau." Bebelku. Stress aku dengan Ziyad ni dari tadi.
"Riya tak suka ke bila abang dekat rumah? Jaga Riya?" Ziyad menunduk. Mukanya tampak suram. Haih, niat aku cuma nak pujuk Ziyad kerja je, tak sangka pula sampai timbul isu macam ni.
Aku merapatkan kedudukan kami dan menggenggam erat kedua-dua tangannya. Tangan kanan aku bawa ke dagunya dan menolak ke atas. Aku memandang tepat ke mata Ziyad.
"Siapa cakap saya tak suka bila awak dekat rumah? Siapa cakap saya tak suka awak jaga saya? Saya suka sangat. Tapi, awak dah ambik cuti 2 hari nak jaga saya. Saya dah nak elok demam pun. Saya tak nak kerja awak terabai sebab saya. Awak faham kan?" Kataku sambil mengusap pipi Ziyad.
"Kalau abang pergi kerja, Riya macam mana? Abang risau nak buat Riya." Aku tersenyum mendengar kata-kata Ziyad.
"Awak, kita kan kat rumah abi ni. Umi kan ada? Umi teman saya kat rumah ni. Boleh saya borak-borak dengan umi. Awak pergi kerja eh? Sempat lagi ni. Baru pukul 9:15. Please?" Pujukku.
"Hmm..." Ziyad masih lagi ragu-ragu.
"Rendahkan badan awak sikit." Pintaku. Ziyad buat muka pelik.
"Sayang nak buat apa?" Aku tidak menjawab. Nanti Ziyad tau lah.
"Rendahkan je kejap." Ziyad menurunkan badannya sedikit. Kini kepala aku dan kepala Ziyad menjadi sama tinggi. Aku merapatkan lagi kedudukan kami dan memeluknya. Tangan aku lingkarkan di leher Ziyad. Ziyad yang pada mulanya kaku, membalas pelukanku. Aku mengusap lembut kepalanya.
"Awak jangan risau pasal saya. Lagipun awak bukannya kerja lama sangat kan? Petang nanti pukul 5 awak dah balik. Pejam celik pejam celik dah sampai rumah. Awak jumpa saya balik. Awak pergi kerja eh? Please?" Ujarku lembut betul-betul di telinga Ziyad.
Ziyad mengeratkan pelukan.
"Kalau abang pergi kerja, boleh abang tidur dengan Riya malam nanti?" Soalan Ziyad buatkan aku tergelak. Benda tu yang dia fikir? Ciee manja kali Ziyad.
"Boleh, dengan syarat awak kena pergi kerja hari ni. Okay?" Aku melepaskan pelukan dan menjarakkan badan aku sedikit untuk melihat muka Ziyad.
"Kalau macam tu, abang pergilah kerja." Finally, aku berjaya buatkan Ziyad pergi kerja. Terasa bangga seketika.
"Awak pergi siap-siap." Aku melepaskan pelukan. Ziyad bangkit daripada katil dan bersiap.
***
Usai aku melambai Ziyad, aku disapa oleh Datin Afidah yang sedang duduk di sofa.
"Ziyad pergi kerja?" Aku melabuhkan punggung di sebelah Datin Afidah.
"Haah. Riya paksa. Dari tadi Riya pujuk dia pergi kerja. Dah 2 hari cuti jaga Riya. Riya tak nak nanti kerja dekat office tertangguh sebab Riya." Ujarku.
"Riya dengan Yad okay?" Soalan mengejut Datin Afidah buatkan aku pelik. Apa yang okay?
"Maksud umi?"
"Riya dah boleh terima Yad balik?" Baru aku faham. Aku tersenyum nipis.
"Riya dah boleh terima abang Yad mi. Riya cuba untuk lepaskan semuanya. Walaupun belum sepenuhnya, tapi hari makin hari, semua yang Riya rasa dulu, dah semakin pulih. Jujur Riya cakap, kadang-kadang Riya teringat jugak apa yang abang Yad pernah buat dulu. Tapi, tu lah kan. Kalau Riya layan sangat perasaan tu, nanti hubungan Riya dengan abang Yad boleh retak nanti. Riya tak nak macam tu." Jelasku.
"Riya tau tak, umi happy sangat sebab impian umi nak jadikan Riya menantu umi tercapai. Bila umi dapat tau Riya dah bertunang dengan Izz, umi terkilan sikit. Sebab umi nak sangat Riya dengan Yad. Tapi, ternyata jodoh Riya tetap dengan Ziyad. Umi bersyukur sangat-sangat." Datin Afidah mengusap tanganku.
"Umi nak tau satu rahsia tak?" Soalku.
"Rahsia apa?" Balas Datin Afidah. Ingin tahu.
"Sebenarnya kan, sepanjang Riya dekat Australia dulu, Riya selalu fikir pasal abang Yad. Riya fikir, macam manalah hidup abang Yad. Mesti abang Yad happy sebab Riya tak kacau dia dah. Mesti abang Yad tengah bahagia dengan Aulia. Makin Riya cuba nak lupakan abang Yad, makin kuat rasa cinta tu. Dan benda tu berlanjutan sampai lah sekarang. Bila Riya jumpa abang Yad balik, Riya jadi entah. Riya rasa teruja sebab dapat jumpa dia balik, but at the same time, Riya sedih bila ingat balik kenangan pahit Riya dengan abang Yad." Luahku panjang.
"Dan kalau Riya nak tau, lepas Yad tau yang Riya dengan dia dah putus tunang, Yad jadi lain. Tiba-tiba dia jadi pendiam. Asal bunyi loceng rumah je, mesti Yad tanya umi, ' Riya ke umi? ' . Tak pun Yad tanya, ' umi ada call Riya tak? '. Macam-macam dia tanya. Tu lah, bila orangnya ada depan mata, tak nak layan. Bila dah tinggalkan dia, baru terhegeh-hegeh." Datin Afidah mengutuk anak lelakinya. Aku tergelak. Macam tu sekali eh?
Tiba-tiba aku teringat sesuatu.
"Umi kenal Aulia?" Soalku.
"Umi tak lah kenal sangat. Tapi umi pernah sekali nampak Ziyad keluar dengan Aulia waktu umi keluar beli barang. Lepas Riya dengan Yad putus tunang, umi dapat tau pasal Aulia. Umi cakap dengan Yad, bawak Aulia jumpa umi. Tapi, takde pun. Tu lah kali pertama dan kali terakhir umi dengan Yad cakap pasal Aulia. Alih-alih cakap dah putus." Terang Datin Afidah.
"Maknanya umi tak tau lah sebab abang Yad dengan Aulia tu putus?" Datin Afidah menggeleng. Buatkan aku jadi semakin tertanya-tanya.
"Bila umi tanya, Yad cuma cakap, ' bukan jodoh Yad '. Balas Datin Afidah. Aku hanya mengangguk walaupun rasa ingin tahu aku membuak-buak.
Apa sebab Ziyad dan Aulia putus sebenarnya?
YOU ARE READING
WHEN HE FELL HARDER
RomanceBertunang secara paksa oleh ibu bapa dengan budak 18 tahun? Sangat mengarut. Habis tu kekasih hati dia ni nak campak mana? "Kenapa kau tak bantah je?" ~ Ziyad Hadeef "Sebab... sebab Riya memang nak kahwin dengan abang Yad!" ~ Nur Dariya Sungguh Ziya...