BAB 45

1.5K 45 3
                                    

Jantung aku berdegup laju. Semakin lama, semakin laju. Tahu yang aku sudah semakin hampir. Seperti yang dikatakan, aku kembali pulang ke Malaysia setelah 3 bulan lebih berada di Australia bersama Izzyad. Iffa setia bersamaku sehinggalah kami selamat mendarat.

"Are you okay Riya?" Soal Iffa. Aku mengangguk seraya tersenyum nipis memandangnya.

"Riya rasa nervous pulak sedangkan baru 3 bulan je tinggalkan Malaysia." Aku ketawa kecil cuba untuk menutup kegelisahanku.

"Riya nervous sebab dah nak sampai ke, nervous sebab nanti jumpa Ziyad?" Terus membulat mataku mendengar gurauan Iffa. Aku menggeleng.

"Ma-mana ada. Akak ni! Saje je tau!"

Tepat jam 11 pagi, akhirnya kami tiba di Malaysia. Sampai sahaja di airport, aku dan Iffa berpandangan sesama sendiri melihat gerangan manusia yang sepertinya urat malunya telah putus.

"Welcome back Riya!" Aku tak berapa kisah sangat pasal ucapan tu. Yang buat aku kisah sangat-sangat sampai nak naik kapal terbang balik tu sebab apa yang Afif pegang.

Tulisan ' WELCOME BACK RIYA ! ' yang ditulis sebesar-besarnya pada kadbod yang dipegang Afif buatkan aku rasa nak jalan tak toleh ke arah Afif. Malunya tak boleh dibincang! Orang yang lalu lalang dah pandang pelik semacam je. Yang Afifnya, muka masih tak tau malu dengan senyuman yang terhias lebar di bibirnya.

Laju sahaja aku melangkah ke arahnya meninggalkan Iffa yang mengejarku.

"Afif!!"

"Welcome back Riya!! Cantik tak Afif buat ni? Afif tak tidur tau buat benda ni! Awak suka tak?" Muka Afif yang penuh teruja itu aku pandang. Rasa nak marah tadi tapi terus terbantut niatku itu apabila melihat wajah yang penuh dengan keterujaan itu. Perlahan-lahan aku tersenyum.

"Cantik." Aku melihat kadbod itu dengan teliti. Penuh dengan hiasan. Penuh dengan warna warni. Tidak seperti hidupku yang penuh dengan warna hitam putih sahaja. Sunyi dan suram.

"Cantik je? Ish! Eh ni ke Izzyad?" Afif tunduk sedikit untuk memandang anakku yang berada di dalam kerusi bayi ( yang ada tayar bawah dia tu *tak tau apa nama dia ) . Wajah Afif penuh dengan keterujaan.

"Eeee, comelnya dia!!" Ucap Afif seraya mencuit-cuit perlahan pipi Izzyad yang masih terlena. Aku dan Iffa yang melihat pula terhibur melihat Afif.

"Nanti Izz dah bangun, bagitau Afif tau!" Mendengarkan nama itu, badan aku mengeras.

"I-Izz?" Soalku perlahan. Iffa juga nyata terkedu apabila nama dia disebut oleh Afif. Afif yang seolah-olah baru tersedar, segera menegakkan badannya.

"Riya, Iffa, A-Afif mintak maaf! Afif takde niat nak buat korang sedih. Afif cuma rasa senang je panggil Izzyad macam tu. Sorry!" Ucap Afif dengan penuh rasa bersalah.

"Afif." Iffa menggeleng.

"Awak takde buat salah pun. Kenapa nak mintak maaf?" Soal Iffa.

"Afif ingat Afif dah buat korang sedih..." Balasnya perlahan.

"Afif, sedih tu memanglah sedih. Tapi, Allah dah jagakan arwah Izz. Kita yang masih hidup ni kena teruskan hidup macam biasa. Nanti kita sendiri pun akan ke sana. Jadi, Afif janganlah fikir sampai macam tu." Ujarku pula. Iffa mengganguk setuju.

"Okay, Afif takkan buat macam tu dah! Afif boleh panggil dia Izz kan?" Aku mengangguk. Pandangan dibawa kembali ke arah Izzyad.

"Cepat sikit bangun tau Izz! Uncle tak sabar nak main dengan Izz!" Ujarnya teruja. Suka hati dia je suruh anak aku bangun cepat. Aku sekeh nanti baru tahu.

"Kita nak pergi mana lepas ni?" Soal Iffa. Tak sedar yang kami masih berada di airport. Semua mata dibawa memandang aku.

"Erm..."

Jawapan selepas itu aku disambut dengan senyuman lebar Afif.

***
"Dah sampai! Jom turun!" Namun aku hanya mengabaikannya. Afif yang perasan dengan tingkah laku aku yang hanya memandang ke luar terus sahaja memusingkan badannya ke belakang untuk mengadap aku yang duduk di kerusi belakang bersama Izzyad. Iffa pula menjenguk di di antara tingkap dan pintu kereta.

"Riya?" Soal Afif. Aku diam tak menyahut. Aku rasa ragu-ragu dengan keputusan aku ini.

"Kalau Riya tak nak turun, kita pergi tempat lain. Nak?" Iffa pula cuba menyoalku. Laju sahaja pandangan aku dibawa ke arah mereka berdua dan menggeleng.

"Ta-takpe. Kita dah sampai kan? Takkan nak habiskan minyak kereta ni sebab ke sana ke sini dari tadi?" Aku tersenyum nipis.

"Kalau macam tu, turun jom?" Aku mengganguk seraya membuka pintu kereta bersama Izzyad di gendongan aku. Langkahku sangat perlahan. Mataku memandang tepat ke arah rumah di hadapan mataku. Bila dah sampai ni, mulalah rasa goyah dengan keputusan aku untuk ke sini. Jantungku berdegup laju.

"Riya, biar akak pegang Izz." Iffa yang perasan dengan perubahan riak wajahku, menawarkan diri untuk memegang Izzyad. Aku juga tanpa banyak bicara hanya menyerahkan Izzyad pada Iffa. Risau kalau-kalau tangan aku tak kuat memegang Izzyad.

"Err, kita memang nak duduk terpacak macam tiang bendera je ke dekat sini? Afif nak terkencing dah ni." Membulat mata aku dan Iffa mendengar kata-kata selamba Afif itu. Aku membawa langkah ke arah pintu masuk rumah tersebut. Dengan lafaz bismillah, aku menekan loceng dengan berhati-hati.

Sekali.

Dua kali.

Tiga kali.

Masih tidak terbuka.

Dahi aku berkerut seribu. Tak ada orang ke? Tapi kereta ada. Kecuali kereta yang memang selalu dibawa keluarlah. Semua keluar naik beca ke apa sampai tak ada siapa nak buka pintu.

"Riya, awak ketepi kejap. Tekan loceng macam tu takkan jalan. Pintu ni cuma terbukak kalau awak guna cara ni je." Lagilah bertambah kerutan di dahi aku. Cara apa pulak ni? Tak pernah-pernah bertukar cara nak bagi pintu ni terbuka.

"Semua kebelakang kejap. Bawak Izz jauh sikit. Kalau susah sangat, tutup sekali telinga dia. Afif tak nak dia terkejut." Walaupun aku dan Iffa masih lagi keliru, namun kami tetap mengikut arahan Afif. Kami mengundur ke belakang. Kira-kira 2 meter jauh daripada Afif.

Nak terkeluar biji mata aku melihat apa yang Afif lakukan.

"YADD!! BUKAK PINTU NI!! RIYA KATA–" Ketukan kuat di pintu dan bunyi loceng yang ditekan bertalu-talu akhirnya terhenti apabila pintu dibuka dengan laju daripada dalam sehingga menampakkan wajah figura manusia yang ditunggu.

"Riya kata apa?" Fokus mata wajah itu tertumpu sepenuhnya pada Afif. Aku dan Iffa yang melihatnya masing-masing tercengang melihat reaksi Ziyad sebelum kami melepaskan tawa serentak.

Semudah itu untuk buat Ziyad buka pintu? Sebut sahaja nama aku, pintu terus dibuka seolah-olah nama aku adalah kata laluannya.

Mendengarkan bunyi tawa aku dan Iffa yang tidak jauh daripadanya, Ziyad membawa matanya ke arah kami yang masih lagi ketawa. Mata Ziyad berkaca-kaca melihat Riya. Laju kakinya dibawa ke arah Riya.

Aku yang belum berhenti ketawa terkedu apabila melihat Ziyad melangkah laju ke arah aku sebelum badan aku dipeluk erat bagaikan tak mahu lepas. Aku nak mengelak pun tak sempat.

Aku cuba melepaskan pelukannya yang terasa sangat kuat, namun gagal. Sudahnya, aku hanya membiarkan sahaja. Jujurnya, aku rasa selamat. Rasa rindu dengan dakapan hangat Ziyad. Terasa bertahun lamanya sejak kali terakhir Ziyad mendakap aku sebegini erat.

"Kenapa sayang tinggalkan abang?"

"I miss Riya so much..."

WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now