BAB 33

1.1K 47 3
                                    

Destinasi aku selepas berjumpa dengan Iffa, ialah rumah. Aku memandu dengan air mata yang tak berhenti mengalir. Mata mengerling barang yang diberikan oleh Iffa di kerusi belakang. Makin lebat air mataku jatuh.

Sampai sahaja rumah, aku membuat keputusan untuk terus ke bilik. Tapi langkahku yang berada di anak tangga ketiga terbantut apabila Ziyad yang baru sahaja turun memaut lenganku. Aku menundukkan kepalaku. Aku tak nak Ziyad tengok muka aku yang tengah sembab dan air mata yang masih bertakung.

Aku betul-betul tak kuat saat ni.

"Kau pergi mana tadi?"

"Kan Riya kata, Riya jumpa kawan..." Jawabku perlahan. Kepala aku masih tundukkan.

"Sebelum kau jumpa kawan?" Aku pelik mendengar soalan Ziyad. Tapi aku abaikan je.

"Kenapa abang tanya?"

"Jawab je lah!" Nada suara Ziyad meninggi.
Aku kekal membisu. Aku rapuh. Semuanya datang secara tiba-tiba dalam keadaan aku yang tidak bersedia.

Ziyad mencengkam rahangku membuatkan kepala aku terdongak memandangnya. Wajah Ziyad jelas terkejut melihat muka aku yang basah dengan air mata.

"Kau... kenapa?" Suara Ziyad mula menurun.

"Kita sambung esok boleh tak abang? Riya penat sangat. Riya nak rehat kejap..." Rayuku.

"Kenapa kau pergi hospital tadi? Kau sakit apa?" Aku terkejut mendengar soalan Ziyad. Macam mana Ziyad tau aku pergi hospital tadi?

"Ma-macam mana ab-abang tau?" Soalku dengan suara yang serak.

"Jawab soalan aku Riya. Kau buat apa pergi hospital? Kau sakit?" Kalau Ziyad yang lama, yang masih peduli pada aku yang bertanya, mungkin aku akan terharu. Tapi, Ziyad yang sekarang... aku sendiri tak tau apa patut aku rasa.

"Tak, Riya tak sakit..."

"Habis, kenapa kau pergi hospital?" Ziyad tak putus asa mendapatkan jawapan. Patut ke aku bagitau perkara sebenar. Apa reaksi yang Ziyad akan tunjuk? Suka? Marah?

"Riya, aku tanya kau ni, jawablah!"

"Riya pergi hospital sebab Riya ada checkup baby dengan doktor hari ni!" Aku meninggikan suara aku. Didesak sewaktu emosi aku tidak stabil ini, memang itu lah makannya.

"Kau... pregnant?" Soal Ziyad tidak percaya.

"Iya! Riya pregnant! Itu abang nak dengar kan?"

"Anak tu... anak aku ke?" Bagaikan terhempap aku mendengar soalan Ziyad. Maknanya, Ziyad meragui status anak dalam kandungan aku? Aku tergelak sinis. Kesian dengan diri sendiri. Lebih kesian pada pada anak aku ini.

"Riya tak kisah kalau abang tak suka Riya sekali pun. Tapi jangan anggap Riya ni perempuan murah sampai mengandungkan anak orang lain. Even though you hate me, don't drag my child too. Kalau abang tak nak mengaku ni anak abang, takpe. Riya boleh jaga dia sendiri. Abang hiduplah berbahagia dengan kekasih hati abang Aulia tu." Aku merentap tanganku kasar daripada Ziyad dan terus melangkah ke atas membiarkan Ziyad yang tergamam dengan kata-kata aku tadi.

Ziyad meraup wajahnya kasar. Kalaulah dia tak menggatal dengar perbualan Riya di telefon... Kalaulah dia tak menggatal ikut Riya...

Sebaik sahaja kereta Riya memecut pergi, Ziyad mengikuti dari belakang. Fokus Ziyad terganggu apabila telefonnya berbunyi. Ziyad mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat siapa.

"Yad! You kat mana? I dah sampai kat kafe ni? I tak nampak you pun?" Suara Aulia menyapa telinga Ziyad.

"I tak jadi jumpa you. I ada benda penting nak settlekan." Terus Ziyad mematikan panggilan tanpa menunggu balasan daripada Aulia.

Dahi Ziyad berkerut apabila melihat Riya memarkirkan keretanya di hadapan hospital.

"Apa dia buat dekat hospital?"

Setelah hampir 35 minit menunggu Riya keluar, Ziyad yang masih setia dalam keretanya menghendap Riya daripada jauh. Riya tersenyum-senyum sambil melihat sesuatu di tangannya.

"Comel dia senyum." Sebaik sahaja Ziyad tersedar dengan keterlanjuran kata-katanya, pipinya ditampar kuat.

"Kau kenapa Ziyad."

Melihatkan Riya yang mula memandu kembali, Ziyad membuat keputusan untuk mengikuti Riya dari belakang lagi. Sikap ingin tahunya membuak-buak tatkala ini.

Ziyad kekal di dalam kereta sambil memerhatikan pantulan Riya di dalam kafe. Riya bersama seorang wanita yang Ziyad tidak kenali. Tak lama selepas itu, Ziyad melihat Riya bersama wanita itu keluar daripada kafe dan menuju ke kereta seseorang. Ziyad mengagak kereta itu milik wanita seorang lagi itu.

Dahi Ziyad berkerut melihat wanita tersebut memberikan sampul surat kepada Riya dan membuka pintu belakang keretanya. Ziyad perhatikan pula riak wajah Riya. Ziyad tergamam melihat air mata Riya yang mengalir setelah melihat barang yang dikeluarkan daripada tempat duduk belakang kereta itu.

"Kenapa dia menangis?" Ziyad langsung tak sedar dia tengah buat kerja gila mengikut isterinya sendiri.

Melihatkan Riya yang melangkah pergi ke keretanya sendiri, Ziyad kelam-kabut memasang enjin keretanya dan memecut laju pulang ke rumah.

Ziyad cuba beriak selamba selepas melihat Riya memasuki rumah.

Semuanya berakhir kerana pergaduhan antara Ziyad dan Riya.

***
Aku mengurungkan diri di dalam bilik. Tiada niat untuk keluar. Hati aku masih sakit dengan Ziyad. Ziyad tak nampak ke usaha aku? Kenapa Aulia? Tak boleh ke dia terima anak ni? Kenapa kena persoalkan status anak dalam kandungan aku ni?

Aku penat nak menangis. Lama-lama buat aku sebab menangis tak henti-henti. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Dengan pantas aku mengambil beg tangan aku dan menyelongkar dengan kasar. Jumpa.

Aku membuka sampul surat yang Iffa berikan pada aku. Aku menarik keluar surat daripada sampul itu. Aku membuka surat itu perlahan-lahan.

Assalamualaikum cinta hati kedua saya selepas ibu.
Awak mesti pelik kan bila surat ni sampai kat tangan awak? Saya tulis ni malam saya borak dengan awak dekat gazebo tau. Tapi, saya pun tak tau bila surat ni akan sampai dekat tangan awak. Sekurang-kurangnya saya dapat luahkan semuanya.
Saya sayang awak Riya... Terima kasih sebab jadi tunang saya selama 3 tahun ni... Saya bahagia sangat... Tak ada siapa boleh ganti tempat awak dalam hati saya.
Saya tau awak masih lagi ada perasaan pada Ziyad. Tapi, saya tak marah pun. Sebab saya tau, Ziyad cinta pertama awak. Dan saya nampak awak masih cintakan dia. Awak jangan risau. Saya tak berdendam pun. Takkan saya nak paksa awak lupakan Ziyad pulak kan?
Saya yakin Ziyad boleh jaga awak lebih baik daripada saya. Awak akan lebih bahagia dengan Ziyad. Percayalah cakap saya. Andai kata umur saya tak panjang... saya harap awak boleh terima dia balik... walaupun saya tak tau apa yang jadi antara awak dengan dia... tapi saya harap awak tak hukum dia... saya nampak Ziyad betul-betul ikhlas dengan awak... saya nampak penyesalan dekat muka dia...
Bagi saya, awak antara anugerah terindah dalam hidup saya... terima kasih beri saya pengalaman dalam mencintai seseorang...
Saya doakan awak bahagia... walaupun bukan dengan saya... kebahagiaan awak adalah keutamaan saya...
Awak jangan sedih-sedih tau? Kalau awak sedih, awak cakap dengan patung ni. Awak ingatkan cookie? Anak patung arnab tu saya beli khas untuk awak... Saya harap awak tak lupakan saya... Bila awak tengok cookie... ingat saya tau...
Saya sayang awak sangat-sangat Riya...

Yang ikhlas,
Izzfar Adri

Aku memeluk lututku dan menyebamkan muka aku di lutut aku. Anak patung arnab berwarna putih yang sederhana besar dalam kereta aku tu... cookie? Izz beli untuk aku? Untuk temani aku tatkala aku bersedih?

Betapa pentingnya kau dekat mata Izz...

Saat ni aku merasakan aku manusia yang paling jahat. Izz cintakan aku tapi aku? Masih cintakan Ziyad walaupun ketika itu aku masih bergelar tunangan Izz. Kejamnya kau Riya!

"Saya rindu awak Izz..." Ujarku sebelum menangis teresak-esak.

WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now