BAB 16

1.8K 50 0
                                    

Diam. Erin tak menjawab.

"Erin, aku tanya ni. Kenapa kau tak bagitau aku?"

"Riya, aku..."

"Aku nak bagitau kau, tapi aku tak nak mood kau swing kat sana sebab Ziyad tu. Jadi aku diamkan je lah."

"Ta-tapi sekali tu je dia jumpa aku sebab dia nak tanya pasal kau. Lepas tu takde dah." Aku pandang Erin.

"Betul!" Erin mengangkat tangan kanannya ibarat mengangkat sumpah.

"Apa yang jadi hari tu?" Soalku. Ingin tau.

Erin menceritakan saat Ziyad bertemu Erin seminggu selepas aku di Australia.

'Aku mintak maaf Riya. Aku tak boleh cakap yang dia cintakan kau. Aku nak kau tau sendiri daripada Ziyad.' ujar Erin dalam hatinya.

Aku hanya mendengar. Kenapa kau seksa perasaan aku macam ni Ziyad?

"Kau tak jawab lagi soalan aku tadi!" Aku tersedar daripada lamunan.

"Soalan apa?"

"Tadi kau borak apa dengan Ziyad? Aku nampak korang borak kat meja tadi. Tapi tak sempat aku nak pergi kat kau, aunty Lily panggil aku."

Maknanya Erin tak nampaklah kan aku sambung bertikam lidah dengan Ziyad dekat dalam rumah ni tadi?

Aku menghembus nafas lega.

"Takde borak apa pun. Dia just tanya khabar aku je."

Erin mengecilkan matanya sedikit.

"Ye ke? Khabar je?" Erin memerli.

"Dia tanya aku ingat lagi dia ke tak. Aku cakap lah ingat."

"Pastu?"

"Pastu apa?"

"Apa jadi lepas tu?" Erin tak puas hati.

"Itu jelah. Kau nak apa lagi?" Soalku.

"Ziyad tak ada cakap apa-apa dekat kau?" Soalan Erin buatkan dahi aku berkerut.

"Cakap apa?" Aku rasa Erin ada sorokkan something ni.

"Manalah tau dia cakap benda lain ke..."

"Erin, kau tengah berkias ke?" Aku terus tanya Erin.

Aku ni sudahlah blur. Bertambah-tambah blur aku dengan Erin ni lah.

"Ah, abaikan je la. Kau maafkan aku tak?"
Erin mengubah topik.

"Maafkan sebab? Raya lambat lagi."

"Sorry sebab aku bagitau Ziyad pasal kau. Aku pun jammed tak tau nak buat apa time tu." Nampak sangat Erin rasa bersalah.

"Aku maafkan kau tapi kau, aku hukum!"

"Kau hukum je apa-apa, aku terima. Asalkan kau maafkan aku."

"Kalau macam tu, sebagai hukumannya, aku nak kau..." Aku senyum jahat.

"Kemas bilik sebelah. Aku dah penat. Nak tidur. Bye bye. Sayang kau. Muah." Aku layangkan ciuman kepada Riya dan terus lari ke arah bilik aku. Aku tergelak jahat.

"Riya!!" Sorry lah yer. Kawan saya ni memang dasar muka tembok. Ada ke patut menjerit malam-malam ni.

Aku cepat-cepat mengunci pintu.

"Wuarghh, mengantuknya! Baik aku mandi lepastu terus tido."

***
Aku tersedar tiba-tiba. Aku mencapai telefon.

"Baru pukul 3 pagi..." gumamku.

"Hausnya..."

"Haih, tak boleh jadi ni! Kering teruk tekak aku ni..." Malas-malas aku turun daripada katil menuju ke dapur.

WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now