Aik, kenapa aku tak boleh bergerak ni? Benda apa yang berat sangat kat pinggang aku ni? Aku cuba membuka mata.
Aku hampir terjerit sebab rupanya aku tidur atas lengan Ziyad. Ulang suara, ATAS LENGAN ZIYAD.
Macam mana aku boleh tidur atas lengan dia? Dengan Ziyad peluk pinggang aku, tangan aku yang sebelah turut memaut pinggang Ziyad.
Perlahan-lahan aku cuba melepaskan diri daripada pelukan Ziyad. Gagal. Apa kuat sangat mamat ni?
Nak tak nak aku kena kejutkan Ziyad.
"Awak..." Aku menepuk bahunya perlahan.
"Awak..." Tiada reaksi. Tidur mati pulak dah dia ni.
"Ziyad!" Aku tepuk sedikit kuat. Terus Ziyad terjaga.
"Erm, kenapa Riya?" Gumam Ziyad.
"Bangunlah." Aik, dia sambung tido balik pulak dah.
"Ziyad! Bangun!" Aku menepuk pipi Ziyad.
"Pukul berapa ni?" soal Ziyad separa mamai.
"Pukul 5:45."
"Awal lagi." Ziyad memejam matanya.
"Ish, saya nak mandi lah." Geram betul la aku tengok dia ni.
"Pergilah mandi."
"Macam mana saya nak mandi kalau tangan awak ni tak nak lepas peluk saya?" Getusku.
Ziyad membuka matanya dan melihat tangannya yang melilit pinggang aku.
"Mandi nanti je lah." Ziyad memperkemaskan pelukan. Langsung takde jarak antara kami. Berdebar-debar hati aku dekat macam ni.
"Ziyad! Lepaslah!" Aku meronta-ronta dalam pelukan Ziyad.
"Boleh, tapi kiss abang dulu." Mata aku membulat mendengarnya.
"Ish, tak payah mengadalah!" Dia ni makan apa sampai kuat macam ni?
"Cepat, kalau tak, abang tak lepas." Oh, berani kau ugut aku.
"Kenapa? Tak berani ke?" Ewah, ewah. Kau cabar aku yer?
Aku bangun sedikit dan memegang pipi kanannya dengan tangan kiri aku dan...
cupp!
"Now lepas." Berbahang muka aku lepas cium pipi dia.
Tah macam mana aku boleh TERcium pipi dia. TER tau. Bukan saja-saja.
"Okay, since Riya is a good girl today, abang lepaskan Riya." Ziyad menepuk kepala aku ibarat budak kecil.
Sebaik sahaja aku dilepaskan, aku melompat turun daripada katil dan terus melangkah laju ke arah bilik air.
"You drive me crazy Riya..."
***
Selesai sahaja menunaikan solat subuh secara berjemaah bersama Ziyad, aku turun ke bawah.Aku ternampak Datin Afidah dan Puan Lily sedang di dapur. Perlahan-lahan aku mendekati mereka.
"Morning!" Jeritku.
Terangkat bahu kedua-duanya. Aku tergelak.
"Ish, budak ni! Nasib baik ibu tak ada sakit jantung." Puan Lily memukul bahu perlahan.
"Sebab Riya tau ibu tak ada sakit jantung lah, Riya berani sergah ibu." Aku memeluk Puan Lily.
"Morning umi!" Aku memeluk Datin Afidah pula.
"Umi dengan ibu masak apa tu?" Aku menjenguk dalam kuali.
"Goreng mi je. Simple." Jawab Datin Afidah.
YOU ARE READING
WHEN HE FELL HARDER
RomanceBertunang secara paksa oleh ibu bapa dengan budak 18 tahun? Sangat mengarut. Habis tu kekasih hati dia ni nak campak mana? "Kenapa kau tak bantah je?" ~ Ziyad Hadeef "Sebab... sebab Riya memang nak kahwin dengan abang Yad!" ~ Nur Dariya Sungguh Ziya...