"Riya tak rindu abang ke sayang...?
3 bulan. Sudah 3 bulan Riya pergi meninggalkan Ziyad. Rindunya pada sang isteri hanya Tuhan sahaja yang tahu. Lebih-lebih lagi Riya pergi dengan membawa tanda cinta mereka bersama. Yang Ziyad tahu, nama anak mereka ialah Izzyad. Itu sahaja. Ziyad tahu pun kerana Afif. Bagaimana wajah anaknya pun dia tidak tahu.
Ziyad merenung jam pemberian Riya yang tertulis nama Riya. Sungguh, dia rindu! Dia rindu dengan kenangannya bersama Riya. Semuanya salahnya! Kalaulah dia tak ikutkan perasaan, kalaulah dia tak sakitkan hati Riya, kalaulah, kalaulah. Perkataan kalau itu diulang banyak kali oleh Ziyad selama 3 bulan ini.
"Yad..." Suara Datin Afidah yang memanggil dibiarkan sepi. Bukan niatnya untuk mengabaikannya, tetapi dia tiada semangat untuk menyahut.
"Yad, umi dah siap masak... turun makan jom?"
"Yad tak lapar..." Datin Afidah mengeluh perlahan. Sudah acapkali dia mendengar ayat itu keluar daripada mulut anaknya itu. Hati ibu mana yang tidak susah melihat anaknya bergitu. Makannya perlu dipaksa, kalau tidak dibiarkan kosong perutnya. Begitulah keadaan Ziyad dalam tempoh 3 bulan ini.
Hidupnya selama 3 bulan ini hanya ditumpukan pada kerja. Semuanya untuk membantu Ziyad untuk tidak terlalu mengingati Riya. Biarpun begitu, bayangan Riya sentiasa menghantuinya.
"Yad, sampai bila Yad nak jadi macam ni? Yad tak kesiankan diri Yad sendiri ke? Makan nak tak nak, tidur pun tak cukup, kenapa Yad nak dera diri Yad sendiri macam ni?" Soal Datin Afidah. Baginya, dah tiba masa untuk dia masuk campur dalam kehidupan anaknya itu.
"Kalau Yad makan, kalau tidur Yad cukup, Riya akan datang balik dekat Yad ke mi?" Soalan dibalas dengan soalan. Datin Afidah terkedu mendengar soalan yang tidak terjangka itu. Datin Afidah menarik nafas panjang.
"Yad sendiri dah baca surat yang Riya tinggalkan tu kan? Apa Riya kata? Riya perlukan masa kan? Bagi Riya masa untuk rawat hati dia sendiri Yad. Umi tak salahkan Yad, umi pun tak salahkan Riya. Semuanya terjadi tanpa dijangka. Tapi Yad tak boleh macam ni. Yad ingat bila Riya balik sini semula, dia suka ke tengok keadaan Yad yang tak terurus macam ni?" Ujar Datin Afidah.
"Tapi, Yad takut..."
"Apa yang Yad takut?" Ziyad memandang Datin Afidah dengan matanya yang berkaca.
"Yad takut bila Riya balik sini semula... Riya nak berpisah dengan Yad... Yad takut sangat mi... Yad tak nak hilang Riya... Dia nyawa Yad..." Ziyad menangis dihadapan Datin Afidah. Hanya tuhan yang tahu betapa takutnya dia jika perkara itu terjadi.
"Jodoh tu kan Yad, datang tanpa disangka tau. Jodoh tu datang pada masa yang tepat, dengan orang yang Tuhan dah tentukan untuk kita. Sesuatu jodoh tu tak semestinya panjang, tapi tak semestinya pendek. Kalau Riya memang jodoh yang Allah dah tetapkan untuk Yad, percayalah cakap umi, Yad tak akan kehilangan Riya... Umi yakin jodoh Yad dengan Riya kuat..." nasihat Datin Afidah.
"Berhenti seksa diri Yad macam ni, percaya dengan jalan yang Allah dah tentukan... Yad fahamkan maksud umi?" Ziyad mengangguk perlahan.
"Macam mana lah rupa anak Yad kan mi? Kalau ikut kiraan Yad, dia dah tiga bulan... Mesti comel kan anak Yad mi? Agak-agak dia ikut muka siapa eh? Muka Yad ke Riya?" Bicara Ziyad dengan suara yang ceria.
"Ikut muka siapa pun tak penting Yad. Yang penting dia sihat. Umi tak sabar sangat nak pegang cucu sulung umi tu..." Balas Datin Afidah pula.
"Yad harap sangat Riya cepat balik..."
"I miss her so much..."
***
"Riya bila nak balik Malaysia?"Sebaik sahaja Iffa masuk ke dalam rumah tersebut, soalan itulah yang diajukan olehnya.
"Akak tak suka ke Riya dekat sini?" Soalku perlahan sambil menepuk perlahan anak aku yang hampir tertidur.
"Akak tak kesah langsung kalau Riya nak duduk sini terus. Cumanya Riya tau kan, Riya isteri orang? Takkan Riya nak duduk sini je tanpa pedulikan Ziyad?" Sudah lama perkara ini bermain di fikirannya. Dapat juga dia luahkan. Dengan permintaan Afif untuk memujuk Riya kembali ke Malaysia, Iffa pulang ke Australia dengan harapan Riya akan mengikutnya balik.
"Riya takut..."
"Riya takut apa?"
"Macam mana kalau abang marah Riya? Macam mana kalau abang ambik Izzyad daripada Riya? Macam mana kalau–" Bicaraku terhenti apabila Iffa memegang kedua tanganku yang diramas olehku.
"Astaghfirullah Riya. Kenapa Riya fikir macam tu? Riya fikir Ziyad tu jahat sangat ke sampai nak ambik Izzyad daripada Riya?" Terkejut Iffa apabila soalan yang tidak terduga itu keluar daripada mulut Riya.
"Hati Riya sakit kak... sakit sangat... berbulan Riya tahan sakit ni... daripada Izzyad dalam perut Riya sampailah Izzyad lahir. Akak tak tau apa Riya rasa. Riya bersalin hari anniversary kitaorang, tapi hari tu jugak, dia nak kahwin dengan orang lain! Dia tak fikirkan perasaan Riya pun! Macam mana Riya nak terima dia balik?" Soalku dengan penuh emosi.
"Riya, ak-akak mintak maaf Riya... akak tak ada niat nak buat Riya sedih. Akak cuma–"
"Akak. Jangan mintak maaf dekat Riya. Riya yang terlalu ikut perasaan sangat sampai tak sedar Riya tinggikan suara dekat akak. Riya mintak maaf..." Aku menundukkan kepalaku.
"Akak bukan nak sebelahkan sesiapa. Cumanya, Riya tak kesian Izzyad? Riya nak ke Izzyad hidup tanpa tahu siapa ayah dia? Riya nak ke Izzyad hidup tanpa kasih sayang daripada seorang ayah? Riya sanggup? Biarkan anak Riya macam tu?" Soalan Iffa buatkan aku terdiam seketika.
"Riya tak ada niat nak pisahkan Izzyad dengan abang Yad. Riya perlukan masa untuk jumpa abang balik. Riya takut kalau Riya tak boleh kawal perasaan Riya kalau Riya tengok muka abang..."
"Riya berdendam dengan Ziyad?" Laju aku menggeleng.
"Sikit pun Riya tak berdendam dengan abang. Riya cuma kecewa... kecewa atas apa yang dia dah buat... keputusan dia nak kahwin dengan Aulia tu... Riya kecewa sangat..." Luahku.
"Akak tak nak paksa Riya. Tapi, apa yang akak boleh cakap, Riya yang akal kenal, akan sentiasa maafkan orang tak kiralah sebesar manapun salah orang tu. Akak bukannya nak paksa Riya maafkan Ziyad atau apa... Cuma Riya kena ingat, walau macam mana sekalipun, dia tetap suami Riya, syurga Riya dan ayah kepada Izzyad..." Nasihat Iffa.
"Akak jangan risau, Riya takkan pisahkan Izzyad dengan abang. Bila Riya balik Malaysia nanti, Riya akan bawak Izzyad jumpa dengan abang. Mungkin cukup sekadar Izzyad saje. Bukan Riya. Riya tak yakin untuk dekat dengan abang..." Nekadku. Apa yang terjadi antara aku dan Ziyad tiada kena mengena dengan Izzyad. Jadi Izzyad layak untuk berjumpa dengan ayah kandungnya sendiri.
Jujurnya, aku sendiri tidak yakin dengan keputusan aku ini. Rindu aku pada Ziyad menggunung selama 3 bulan ini. Setiap saat aku memikirkannya. Macam mana hidupnya di sana? Semuanya bermain di fikiran aku. Aku cuma tak bersedia untuk menghadapi Ziyad.
"Kalau itu keputusan Riya, akak terima. Jadi, Riya bila nak balik Malaysia?"
"Akak dekat sini sampai bila?" Soalan Iffa aku balas dengan soalan.
"Lusa akak balik."
"Riya ikut akak balik..."
YOU ARE READING
WHEN HE FELL HARDER
RomanceBertunang secara paksa oleh ibu bapa dengan budak 18 tahun? Sangat mengarut. Habis tu kekasih hati dia ni nak campak mana? "Kenapa kau tak bantah je?" ~ Ziyad Hadeef "Sebab... sebab Riya memang nak kahwin dengan abang Yad!" ~ Nur Dariya Sungguh Ziya...