BAB 6

1.7K 54 0
                                    

*4 bulan kemudian*

4 bulan bergelar tunangan kenapa Ziyad buatkan hati aku gembira sangat-sangat. Seminggu selepas pertemuan aku dan Ziyad di rumah keluarganya, aku dan Ziyad bertunang.

Selama 4 bulan ni juga, kuat betul semangat aku nak dapatkan hati Ziyad, walaupun apa yang aku dapat ialah...

"Apa hodoh sangat baju kau pilih ni? Takde taste langsung!" perli Ziyad.

"Apa yang hodohnya? Kan cantik n?" Aku tunjukkan baju yang aku pilih pada Ziyad.

"Bukan baju tu yang hodoh, tapi kau. Kau pegang ke, kau pakai ke, auto benda tu jadi hodoh, kau tau?" Ziyad ni memang saja nak naikkan darah aku tengah hari ni ke?

"Kalau cantik, cakap je la... jangan nak pusing sana sini." Aku mengusik Ziyad.

"Takde maknanya." Ziyad menjulingkan matanya ke atas.

"Kau ni lama lagi ke? Aku ada banyak benda penting aku nak buat kau tau tak? Kalau bukan sebab mama, tak ada maknanya aku nak teman kau kat sini!" Keras suara Ziyad berkata pada aku.

"Kejap eh, abang. Riya nak bayar kejap." Aku tersenyum nipis. Aku terus ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Bukan sekali dua ayat menyakitkan hati Ziyad tu keluar. Tapi nak dapatkan hati Ziyad, aku kenalah berkorban walaupun sudahnya aku yang makan hati cicah budu.

Selesai membuat pembayaran, aku kembali kepada Ziyad.

"Dah, jom balik. Aku nak jumpa someone lepas ni." Ziyad terus berlalu tanpa menunggu aku.

Aku cuba mengejar Ziyad daripada belakang.

"Abang, sabarlah!" Tau lah kaki kau tu panjang, cuba bawak bersabar sikit.

"Lembablah kau ni!" marah Ziyad.

Dalam perjalanan menuju pulang ke rumah aku, aku mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Ziyad.

"Abang nak jumpa siapa ni?

"Kau tak payahlah nak sibuk."

"Ala, Riya nak tau je..." Aku cuba nasib lagi.

"Aku nak jumpa girlfriend aku, puas hati kau?"

Jawapan Ziyad buatkan aku terdiam.

Aku pernah terserempak dengan kekasih Ziyad waktu tengah lepak dengan Erin. Walaupun daripada jauh, aku nampak Ziyad dengan kekasih hati dia tu, sepadan sangat. Bagai pinang dibelah dua. Rasa rendah diri betul aku rasa.

Cantik sangat kekasih hati Ziyad tu. Aku dapat tau nama dia Aulia.  Tu pun sebab aku tak sengaja terdengar perbualan Ziyad waktu dia tengah telefon Aulia. Akhirnya, aku yang kena tengking sebab dengar perbualan dia. Aku tak sengaja okay!

"Oh..." Hanya tu je aku mampu balas.

"Kenapa? Cemburu?" Sinis betul cara Ziyad tanya aku.

"Cemburu la jugak. Tapi tak apa lah. Nanti abang kahwin dengan Riya jugak, girlfriend abang tu campak tepi." Selamba aku menjawab.

"Kau tak payahlah nak berangan. Aku akan pastikan kau sendiri yang mintak nak putuskan pertunangan ni. Jadi, umi dengan abi tak ada sebab nak marah aku." Happy betul cara kau cakap Ziyad.

Aku pun akan pastikan yang benda tu takkan berlaku. Kau tunggu je lah!

"Takkan punyalah abang." Tenang aku menjawab.

Dan Ziyad terus diam tanpa menjawab apa-apa. Perjalanan kami berterusan tanpa ada suara yang memecahkan kesunyian tersebut.

Lepas hantar aku, Ziyad terus pergi. Tak sempat aku lambai, hilang bayangan kereta dia. Tak apa lah Riya, masa panjang lagi. Aku tersenyum nipis.

Aku bermalas-malasan di atas katil selepas mandi. Tiba-tiba telefon aku berdering. Erin.

"Wohoho, apa citer dating hari ni? Best tak?" Aku syak Erin ni berkerja sebagai wartawan sebab tu semua benda dia nak tau.

"Assalamualaikum kawanku. Salam mana salam?" Sindirku.

"Hehe, Waalaikumussalam. Apa jadi weh?" Erin sambung tanya lagi.

"Tak ada apa pun jadi. Sama je." Perlahan suara aku.

Erin terdiam. Erin sendiri pun tau perangai sebenar Ziyad tu macam mana. Tu pun sebab Erin nampak dengan mata kepala dia sendiri yang Ziyad tu ada girlfriend.

"Kau... okay tak ni?" Lembut Erin bertanya.

"Okay je, kau tak payahlah risau. Aku dah biasa pun." Aku cuba menenangkan Erin.

"Eishlah mamat tu pun! Kalau ada depan mata aku, memang aku bakar dia hidup-hidup. Abu dia aku buang dalam laut. Baru padan muka dia!" Aku tergelak mendengar kata-kata Erin.

"Kau gelak Riya? Kau tak patut gelak tau." Marah Erin.

"Dah tu, kau nak aku menangis? Sebab cinta aku bertepuk sebelah tangan je?" Aku cuba psiko otak Erin.

Walaupun hakikatnya, aku memang nak menangis.

"Aku lagi rela kau menangis daripada kau gelak sebab nak pendam perasaan kau tu Riya. Aku ada, nak nangis sekali dengan kau." Haih, lagilah aku rasa nak menangis sekarang ni.

Itulah Erin, kawan yang paling aku sayang. Yang tak sanggup biarkan aku menangis sorang-sorang. Erin sanggup menangis sekali dengan aku. Sebab tu lah aku sayang Erin sangat-sangat.

"Terima kasih Erin, tapi betul. Aku okay je. Lama-lama nanti dia terpikat lah tu dengan aku." Aku cuba menceriakan suasana yang agak sedih sekarang ni.

"Aku akan sentiasa sokong apa pun keputusan kau Riya."

WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now