Seminggu berlalu dengan pantas. Namun tiada apa yang berubah antara aku dan Ziyad. Bagaimana keadaan aku dan dia seminggu yang lepas, begitu jugalah sekarang. Ziyad yang seolah-olah memahami aku pula memberi aku ruang untuk aku.
Masih aku ingat betapa gembiranya wajah Datin Afidah dan juga Dato'Zain ketika melihat aku di rumah Ziyad ini. Terkejutnya bukan kepalang. Berjumpa dengan cucu sulungnya, Izzyad ibarat mimpi indah bagi mereka. Tatkala itulah rasa bersalah aku pada mereka menggunung. Aku memisahkan Izzyad dengan mereka hanya kerana hubungan aku dan Ziyad yang retak ketika itu.
Segalanya bagaikan terhakis. Lebih-lebih lagi apabila aku mengenangkan kata-kata Zifad ketika dia datang ke rumah Ziyad ini.
Ingatanku kembali ke 3 hari lepas."Erm Riya..." Aku yang sedang mendukung Izzyad di luar untuk mengambil udara segar menoleh apabila namaku diseru.
Zifad. Badan aku mengeras tiba-tiba. Mengenangkan betapa dinginnya Zifad pada aku beberapa bulan yang lepas buatkan aku mula membuka langkah.
"Wait!" Tangan Zifad didepa di hadapan aku. Automatik aku berhenti.
"Aku nak cakap dengan kau."
"Tak ada apa yang patut dibincangkan. Pasal Aulia, aku mintak maaf sebab dia tak jadi kahwin dengan abang Yad. Aku–" Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Zifad memotong.
"Riya." Zifad menggeleng perlahan.
"Aku bukan nak cakap pasal benda tu. Aku emm..." Zifad mengusap belakang tengkuknya.
"Apa?" Soalku.
"Aku nak mintak maaf..."
Aku salah dengar ke? Betul ke Zifad sedang meminta maaf pada aku? Tapi apa salahnya sehingga meminta maaf macam ni? Raya lambat lagi.
"Maaf sebab?" Serius aku memang tak tahu sebabnya.
"Sebab aku tuduh kau macam-macam. Aku tuduh kau nak bolot harta abang Yad. Aku sibuk naik-naikkan nama Aulia depan kau, kononnya dia je yang layak jadi isteri abang Yad..." Zifad berhenti seketika.
"Aku sakitkan hati kau tanpa aku kira perasaan kau waktu tu, lagi-lagi kau tengah pregnant waktu tu... mesti emosi kau terganggu kan? Aku bodoh sangat waktu tu." Zifad mengejek dirinya sendiri.
"Aku ungkit pasal arwah Izz lagi depan kau sedangkan aku tau kau pun rasa kehilangan atas pemergian arwah. Nak-nak pula kau dengan dia dah nak kahwin time tu..." Aku hanya mendengar luahan Zifad tanpa ada niat untuk menyampuk.
"Aku cuma rasa kau tak adil pada arwah. Arwah baru je pergi tapi kau dah kahwin dengan orang lain. Walaupun orang lain tu abang aku, tapi aku tetap rasa kau tak patut buat macam tu... Aku pun tak tau kenapa aku fikir macam tu..." Nampak jelas riak bersalah pada wajah Riya.
"Aku betul-betul mintak maaf Riya..." Matanya mula berkaca. Aku pula sudah gelabah. Janganlah nangis depan aku!
"Fad." Kepala yang sedari tadi menunduk diangkat memandang aku.
"Aku tak salahkan kau pun. Tipulah kalau aku kata aku tak rasa apa-apa bila kau cakap macam tu, dengan keadaan aku yang tengah pregnant waktu tu... yeah, adalah jugak rasa sedih tu..." Giliran Zifad pula mendengar.
"Bagi kau, aku tak adil pada arwah Izz. Kalau kau nak tahu, itulah apa aku rasa dulu. Aku dengan dia lagi berapa hari je nak kahwin, tapi Allah lagi sayangkan dia. Dia pergi tinggalkan aku dan kembali ke tempat asal." Aku mengusap lembut kepala Izzyad yang berada di dalam dukunganku.
"Lepas tu, umi datang bawak hajat nak pinang aku untuk abang Yad. Kau rasa aku terus terima ke waktu tu? Dah dipujuk berkali-kali oleh ibu baru aku setuju. Kahwin tak rela waktu tu, kau rasa? Aku layan abang Yad dingin. Tapi lama-lama hati aku lembut. Aku mula terima abang Yad. Kitaorang happy sebelum abang Yad accident." Aku berhenti seketika. Mengingat kembali peristiwa itu buatkan badanku menggigil sedikit.
"Tak lama lepas tu, kak Iffa bagi aku surat yang arwah minta bagi dekat aku. Kau nak tau apa kandungan surat tu? Arwah cakap dia dapat rasa yang aku sebenarnya ada kisah lampau dengan Ziyad. Psikiatri kan? Dia boleh perasan perasaan aku time tu." Aku tersenyum nipis.
"Arwah tahu yang aku tak cintakan dia, tapi aku cintakan orang lain. Tapi baiknya arwah Izz... dia doakan aku bahagia dengan abang Yad. Dia macam dah tahu-tahu yang dia dah nak pergi."
"Kau kawan yang baik Fad. Sebab tu lah selalu je nama kau meniti di bibir arwah. Disebabkan arwah Izz panggil kau Harris, jadi aku tak expect kau adik abang Yad. Nak-nak pula kau pakai Rayban je sepanjang masa." Aku tergelak perlahan. Zifad pun sama.
"Kita lupakan je lah kisah lama tu semua. Aku dah lama maafkan kau. Aku tak simpan pun dalam hati semua tu." Aku tersenyum senang memandang Zifad.
"Kau... dah boleh terima abang Yad balik?" Terus mati senyuman aku. Soalan yang tidak terjangka itu seakan-akan melumpuhkan lidahku.
"A-aku..." Aku tiada jawapan untuk itu.
Aku dah boleh terima Ziyad balik ke?
Kalau kau tak terima Ziyad, kenapa kau datang sini semula?
Kau datang sini bukan untuk Ziyad, tapi untuk Izzyad.
Suara hati aku bergaduh ketika ini.
Untuk menentukan jawapan sebenar. Tetapi aku juga buntu. Apa sebab atas pilihan aku ini?
"Kalau kau tak nak jawab, takpe. Aku tak paksa. Tapi, aku harap sangat kau boleh terima abang Yad balik. Dia terseksa sangat sepanjang kau takde dulu. Dah tak rupa orang aku tengok." Sempat lagi Zifad mengutuk abangnya.
"Aku tau salah abang Yad sebab terlampau ikutkan hati dia tapi aku yakin dia cuma keliru waktu tu. Iyalah, dia amnesia, tak ingat siapa kau. Alih-alih kau muncul depan dia mengaku yang kau isteri dia. Mungkin dia terkejut? Abang Yad cuma ingat Aulia je waktu tu. Memanglah tindakan abang Yad tu kejam sebab nak kahwin dengan Aulia depan kau, tapi Allah selamatkan hubungan korang berdua. Abang Yad dapat kembali ingatan dia pada hari yang sepatutnya dia berkahwin dengan Aulia tu." Jelas Zifad.
Peritnya untuk aku mengingati kembali peristiwa itu kerana pada hari itulah hati aku hancur sehancur hancurnya.
"Macam mana abang Yad boleh ingat semuanya?" Soalku ingin tahu.
"Err... sebenarnya... aku cakap ni kau jangan cakap dengan sesiapa tau." Macam besar je rahsia dia ni.
"Aku ketuk belakang kepala abang Yad waktu dia tengah cari songkok." Terus terbuka mulut aku dengar.
"Kau ketuk kepala abang?" Zifad mengangguk.
"Aku cuma tak nak abang Yad teruskan je. Aku tak expect pun abang Yad pengsan lepas tu. Semua kelam kabut bawak abang Yad pergi hospital. Bila dia sedar, perkara pertama yang dia sebut ialah kau. Dia sebut nama kau. Menjerit-jerit dia tanya kau mana. Sampai doktor terpaksa suntik ubat penenang dekat abang Yad." Aku menekup mulutku.
Sebegitu menderitakah Ziyad selama ini?
"Dan... doktor sahkan abang Yad kemurungan..." Menitik air mata aku mendengar kata-kata Ziyad itu.
"Maybe sekarang kau nampak abang Yad tu okay, tapi sebenarnya depression dia tak pulih sepenuhnya. Mungkin sebab kau ada depan dia sekarang, jadi dia tak nak kau susah hati tengok dia macam tu..." Air mataku yang menitik di kepala Izzyad aku abaikan. Makin lebat air mataku mengalir.
Bukan aku saja yang derita, Ziyad pun sama. Malah lebih lagi. Hilang isteri dan anak dalam masa yang sama tu bukan sesuatu yang mudah untuk diterima. Aku ada Izzyad ketika itu. Tapi Ziyad?
"Aku harap sangat kau boleh terima dia semula..."
YOU ARE READING
WHEN HE FELL HARDER
RomanceBertunang secara paksa oleh ibu bapa dengan budak 18 tahun? Sangat mengarut. Habis tu kekasih hati dia ni nak campak mana? "Kenapa kau tak bantah je?" ~ Ziyad Hadeef "Sebab... sebab Riya memang nak kahwin dengan abang Yad!" ~ Nur Dariya Sungguh Ziya...