BAB 10

2.1K 70 0
                                    

*5 tahun kemudian*

I'm back, Malaysia. Rindu betul aku dengan Malaysia. 5 tahun aku tak balik, tapi semuanya nampak sama je.

5 tahun yang sangat bermakna dalam hidup aku. Diri aku telah berubah 360 darjah. Aku mula menutup aurat aku dengan sempurna. Tiada lagi rambut yang kelihatan. Tiada lagi baju yang mendedahkan aurat aku. Tiada. Semuanya tertutup. Dan aku bersyukur Tuhan mengutuskan seseorang yang istimewa membantu aku untuk berubah. Dia yang merupakan...

"Happy lah tu dapat balik Malaysia? Seronoklah nak tinggalkan saya." Wajah masam di hadapan aku, aku lihat sambil bibir aku menahan daripada tersenyum.

"Mana ada happy. Saya cuma rindu je kat Malaysia ni." Aku mendepakan tangan aku seluas-luasnya.

"Tapi nanti saya duduk sana sorang-sorang dekat Australia." Adeh, macam budak-budak lah dia ni!

"Awak pergi Australia balik 3 bulan je kan? Nanti kita jumpalah balik dekat Malaysia." Aku cuba memujuknya.

"Awak jaga diri awak elok-elok tau. Nanti saya balik Malaysia, kita jumpa okay? Mungkin dengan hubungan yang berbeza?" Usikan nakal si dia buatkan aku tersenyum.

"Mengada-ngada lah awak ni Izz. Saya dah nak balik rumah papa ni."

Izzfar Adri. Tunangku. Izz lah yang banyak membantu aku untuk berubah. Dia juga yang membantu aku merawat hati aku yang terluka. Aku dan Izz sudah bergelar tunangan hampir 2 tahun. Kalau ikut perancangan, tahun ini kami akan diijabkabulkan. 4 bulan daripada sekarang. Aku bersyukur dipertemukan dengan seseorang sebaik Izz.

"Kirim salam tau dekat keluarga awak. Saya pergi dulu." Aku melambaikan tangan kepada Izz.

Tak sabar rasanya aku nak balik rumah!

***

"Assalamualaikum mama! papa!" Laungku sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

"Aik, Kosong? Mana papa dengan mama ni?" Aku menjelajah ke seluruh rumah.

Kosong.

"Mama dengan papa pergi mana pulak ni?" Aku membebel sendirian.

Sedang aku membebel sorang sorang, aku mendapat panggilan daripada telefon rumah. Aku mengangkat panggilan tersebut.

"Ni Riya kan?" Macam pernah dengar suara ni, tapi di mana yaa?

"Iya saya, ni siapa ye?" tanyaku.

"Ni umi." Oh, Datin Afidah.

"Umi nak cakap dengan papa dengan mama ke? Dorang tak de kat rumah. Tak tau pergi mana." Sebelum Datin Afidah tanya, baik aku jawab.

"Bukan, Riya dengar cakap umi ni dulu tau. Riya jangan keluar dulu tau. Tunggu umi datang sana." Pesanan Datin Afidah buatkan aku hairan.

Belum sempat aku nak balas, Datin Afidah dah matikan panggilan.

"Aik? Umi nak datang?" gumamku.

Sudahnya aku cuma berbaring atas sofa tengok tv. Bosannya aku rasa sekarang ni.

Baru aku nak terlelap, aku terdengar bunyi suara orang memberi salam. Mesti Datin Afidah dah sampai. Aku meluru ke pintu dan membukanya. Aku disapa wajah Dato Zain dan Datin Afidah.

"Umi." sapaku seraya menyalamnya. Aku hanya melemparkan senyuman kepada Dato' Zain.

"Masuklah dulu." Pelawaku.

Sebaik sahaja aku tutup pintu, badan aku dipeluk erat oleh Datin Afidah. Belakang aku diusap berkali kali. Pelik aku dibuatnya.

"Err, kenapa ni umi?" soalku. Gementar.

Datin Afidah melepaskan pelukannya. Tangannya menggenggam tangan aku.

"Riya, Riya kena bawak bersabar ye sayang... Riya anak yang kuat..." Kata-kata Datin Afidah tak mampu menenangkan aku.

Aku memandang sekilas ke arah Dato' Zain. Matanya merah. Apa dah jadi ni.

"Umi, jangan buat Riya takut..." Perlahan suaraku.

"Papa dengan mama Riya..." Dan air mata Datin Afidah tiba tiba gugur.

"Kenapa papa dengan mama, umi? Dorang mana? Apa dah jadi sebenar ni umi?" Aku menggoncangkan tangan umi dengan perlahan.

"Papa dengan mama Riya kemalangan tadi..." Dan dunia aku seakan-akan berhenti berputar.

"Ap- apa..?" Aku memandang Datin Afidah.

"Dorang meninggal dekat tempat kejadian." Berita yang berat ni buatkan badan aku melorot jatuh ke bawah. Datin Afidah melutut di hadapan aku.

"Umi tipu Riya kan? Papa dengan mama baru je call Riya pagi tadi sebelum Riya balik Malaysia. Mana papa dengan mama Riya, umi?" Suara aku bergetar saat ini.

"Umi tak tipu, sayang. Mama dengan papa baru balik daripada rumah kami tadi sebab dorang tak sabar nak jumpa Riya. Lepas dorang balik,, tiba tiba kitaorang dapat panggilan daripada telefon papa Riya. Dan... orang yang telefon tu kata papa dengan mama Riya... accident dan meninggal dekat tempat kejadian." Datin Afidah memeluk aku dengan erat sambil mengusap perlahan kepala aku.

"Papa! Mama! Jangan tinggalkan Riya! Riya dah balik pa, ma. Riya rindu sangat nak jumpa papa dengan mama... Balik lah... " Aku meraung sekuat hati. Aku menangis sepuas hati aku. Air mata aku tak berhenti mengalir.

Siapa sangka kini aku bergelar anak yatim piatu tanpa sempat aku berjumpa dengan papa dan mama buat kali terakhir.



WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now