BAB 30

1.3K 35 0
                                    

Terus jatuh merudum mood aku untuk teruskan plan yang tersemat baik dalam kepala aku. Semuanya hanya kerana pertemuan aku dengan seseorang tanpa sengaja.

"Erm Riya?" Niat aku untuk membuka pintu kereta terbantut apabila nama aku dipanggil oleh seseorang. Aku menoleh. Macam pernah nampak manusia ni. Tapi dekat mana ye?

"You are Riya, right?" Walaupun aku masih lagi ragu-ragu, aku tetap mengangguk.

"I am Aulia." Okay, aku dah ingat mana aku pernah nampak muka dia ni. Patutlah. Aulia.

"Where is Ziyad?" Soalan yang begitu straight to the point tak belok-belok daripada Aulia ni buatkan aku rasa nak sepak dia sampai ke planet Pluto!

"Excuse me? Why Aulia nak tau mana Ziyad?" Aku cuba menahan diri aku daripada melakukan perkara yang mungkin akan menyebabkan Aulia masuk hospital tak keluar-keluar dah. Baby, tolong ibu, bagi kekuatan pada ibu! Bicaraku dalam hati.

"Of course I nak tau pasal Ziyad sekarang ni. He's my boyfriend." Tangan aku kepalkan dengan erat. Sabar Riya, sabar. Kau tengah berdua sekarang ni. Dia sorang je. So, kau menang.

"Ops, pembetulan. EX BOYFRIEND." Aku tekan perkataan tersebut pada Aulia. Biar dia sedar diri sikit.

"Well, I takde setuju pun untuk putus dengan dia. So, technically, he is still my boyfriend." Masyaallah, sungguh menguji kesabaran aku manusia depan aku sekarang ni.

"Whatever, Miss Aulia. Lantaklah kalau Aulia nak cop abang Yad tu ' boyfriend ' Aulia, tapi he is my HUSBAND." Aku dalam usaha untuk menyedarkan Aulia daripada terus bermimpi di siang hari.

"But he's mine!" Jerit Aulia. Pekak mat telinga aku dengar dia ni jerit.

"He used to be yours. But now, he's mine. Aulia tak boleh ubah hakikat tu." Balasku selamba. Lengan aku direntap kuat oleh Aulia.

"Eh, you dengar sini eh. I akan pastikan Ziyad kembali pada I. I akan pastikan dia tinggalkan you. You ingat ni dalam kepala you tu." Lengan aku dilepaskan kasar dan dahi aku ditunjal. Baru aku nak balas balik, Aulia terus melangkah pergi.

"Jangan haraplah! Ziyad aku punya!" Walaupun aku tau Aulia tidak mendengar, tapi itulah hakikatnya.

Aku mencari telefon aku di dalam beg tangan. Aku mencari nombor seseorang.

"Afif! Afif still dekat kafe tadi ke?""

"Ish awak ni kan Riya. Boleh biul kepala otak Afif ni tau. Dahlah tadi pergi macam gitu aje. Boleh pulak call Afif lepas tu datang balik dekat sini." Bebel Afif. Aku menggaru kepala ku.

"Afif marah ke? Sorry lah. Saya ada plan baik tadi, tiba-tiba si malaun tu datang. Sebab tu saya datang sini balik." Terangku.

"Malaun mana?"

"Si Aulia tu lah!" Panas hati aku bila ingat balik. Kenapalah aku tak sumbatnya sneakers aku ni dalam mulut dia tadi? Baru bisu terus.

"Awak jumpa Aulia?" Afif menayangkan riak terkejut.

"Mana ada saya jumpa dia. Dia yang tiba-tiba datang macam biskut lepas tu hilang." Bebelku.

"Aulia cakap apa dengan awak sampai awak hangin macam ni?" Soal Afif. Aku menepuk meja dengan sedikit kuat. Pedulilah tangan aku sakit ke tak.

"Afif tau tak? Malaun tu selamba je cop abang Yad tu boyfriend dia. Sedangkan dah break kot, kau tu cuma bekas dia je. Tak payahlah nak terhegeh-hegeh dekat laki orang. Apa dah pupus ke kaum Adam dalam muka bumi yang luas ni?" Aku kepal kedua-dua tanganku.

WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now