BAB 37

1.3K 41 0
                                    

Aku masih tak boleh terima kenyataan. Ziyad ada adik? Kenapa aku tak tau? Macam mana aku nak tau kalau muka Zifad ni sikit pun tak ada iras-iras Ziyad.

Sementara Datin Afidah berada di dapur, aku mengambil peluang untuk menemu ramah ' adik ipar ' yang baru aku ketahui kewujudannya selepas 5 tahun.

"Zifad ni adik abang Yad? Sejak bila jadi adik abang Yad?" Bila aku proses balik ayat aku, baru aku perasan aku tengah tanya soalan budak tadika.

"Nope, I mean, kenapa tak pernah nampak? Saya dah 5 tahun dengan family ni tapi sekali pun saya tak pernah nampak Zifad." Jelasku. Zifad pula jelas mempamerkan wajah kurang senang dengan aku.

Nampaknya, Zifad ni tak friendly.

"Umur Zifad berapa?"

"Kenapa nak tau?"

"Jawab je lah!" Gesaku.

"29." Pendek Zifad menjawab.

"Kenap–"

"Kau ni suka makan bontot ayam eh? Bising betul lah mulut kau ni!" Penuh menyampah Zifad menuturkannya.

"Memang saya suka makan bontot ayam. Tapi tu tak penting. Yang penting–" Zifad memintas.

"Kerjasama?" Aik, aku memandang Zifad dengan pelik. Zifad bergurau ke dengan aku ni? Wonderpets tiba-tiba.

"Tak, bukan, bukan. Saya pelik kenapa muka Zifad dengan abang Yad tak sama langsung? Memang tak ada sama sikit pun. Sebab tu saya langsung tak tau yang Zifad ni adik abang Yad. Saya ingatkan abang Yad anak tunggal?" Jelasku.

"Memang abang Yad tu anak tunggal pun." Dah berlipat-lipat dahi aku dengar. Zifad kata dia adik Ziyad, tapi Zifad kata juga Ziyad memang anak tunggal. Haih, konpius kita dibuatnya!

"Apa yang kau nak pelik sangat? Aku ni memang adik abang Yad walaupun lain mak bapak?" Haih, menguji IQ aku betul lah mamat ni.

"Er, saya tak faham?"

"Haih, lembab betul lah minah ni." Rungut Zifad perlahan.

"Aku ni cuma adik-beradik susuan je. Faham tak? Adik-beradik susuan tu apa? Cikgu aku dekat sekolah dulu ajar adik-beradik susuan ni, dia jadi adik-beradik sebab ibu tu susukan–"

"Dah, tak payah nak ajar saya pasal tu. Maknanya umi tu ibu susuan lah kan?" Zifad mengangguk.

"Siapa yang jadi anak susuan umi tu?" Zifad menepuk dahinya dengan kuat.

"Kau ni kan, aku cakap bodoh kang marah, tapi tu lah. Lembab betul. Kau tengok muka aku ada sama tak dengan umi ataupun abi?" Aku menggeleng.

"Kalau dengan abang Yad?" Aku mengangguk. Waktu tu lah sel-sel otak aku baru berhubung.

"Oh, okay, okay. Saya faham sekarang. Habis kenapa Zifad tak duduk dekat sini.?" Aku mendengar Zifad mengeluh. Bosan dibuatnya apabila aku tak berhenti bertanya.

"Suka hati aku lah aku nak duduk mana pun. Aku nak duduk bawah jambatan pun tak ada kena mengena langsung dengan kau." Dengan sinis Zifad menjawab.

"Saya tanya je..." Untuk mengelakkan diri daripada terus bertanya, aku bangkit untuk ke dapur. Tanya umi lagi bagus!

Tapi langkah aku terbantut apabila mendengar kata-kata Zifad.

"Kau dah lupakan Izz ke?" Zifad tersenyum sinis. Aku menoleh dengan pantas.

"Kau ni memang suka tukar-tukar lelaki eh? Mula-mula kau dengan arwah Izz, ni kau kahwin pulak dengan abang aku. Apa motif kau sebenarnya? Nak kikis harta orang ke?" Terus berasap telinga aku dengar tuduhan Zifad.

"Eh, Zifad! Mulut awak tu jaga sikit eh! Zifad ingat saya ni kemaruk sangat ke ha dengan harta abang awak tu?! Zifad ingat saya ni sengkek sangat ke sampai nak kikis harta orang?!" Turun naik dada aku menahan marah.

"Kalau bukan sebab harta, kenapa kau dengan Izz dulu? Bukan sebab kau tau dia kaya?"

"Tak, mana Zifad tau tentang arwah Izz? Apa hubungan Zifad dengan arwah?" Soalku dengan nada sedikit tinggi.

"So, I guess kau tak ingat aku?" Dahi aku berkerut.

"Maksud Zifad?"

"Aku ni kawan rapat arwah Izz. Tapi aku rasa kau tak cam aku sebab kau..."

"Lagi kenal aku sebagai Harris. Zifad Harris." Mata aku membesar bila mendengarkannya.

"Ha-Harris?"

"Yes, this is my face without the Ray-Ban. That's why kau tak cam aku. Kau tak cam orang yang selalu teman korang keluar berdua dulu? Patut ke aku terluka sekarang ni?" Zifad buat muka toya.

"Ka-kau–" Terus bertukar panggilan aku kepadanya.

"So, dah ingat?"

"Aku memang tak suka kau daripada dulu." Pengakuan penuh 'keikhlasan' daripada Zifad buatkan aku berselawat dalam hati untuk menenangkan diri sendiri.

"Kenapa kau tak cakap kau adik abang Yad dekat Australia dulu?" Aku tidak menghiraukan kata-kata Zifad.

"Buat apa aku nak bagitau kau? Kau dengan abang aku tu pun belum kahwin lagi kan? Apa kaitannya dengan kau?" Soal Zifad dengan muka penuh berlagak.

"Masalahnya, abang Yad tu tunang aku sebelum aku jumpa dengan Izz!" Mata Zifad membuntang.

"Jadi, kau ni lah perempuan yang tinggalkan abang aku tu dulu? Yang mintak putus tunang lepas tu pergi entah ke mana?"

"Eh, eh! Mulut tu jaga sikit eh?! Aku ada sebab kenapa aku mintak putus tunang dengan abang kau dulu. Dan untuk pengetahuan kau, aku tak pernah tinggalkan dia!" Aku cuba menahan diri daripada melepaskan kemarahan pada Zifad. Tak elok untuk anak aku ni.

"Aulia yang cerita dekat aku, yang kau tinggalkan abang Yad."

"Aulia?" Aku tersenyum sinis.

"Yep, Aulia. Girlfriend abang aku. Aku berganda-ganda lagi suka kalau abang aku pilih dia daripada kau! Dah tinggalkan abang aku dulu, lepas tu buat muka tak malu datang balik! Aulia je yang layak jadi kakak ipar aku!" Ni dah lebih ni!

"Minah tu yang tinggalkan abang kau lepas tu merayu-rayu nak abang kau balik! Dan sekarang ni, malaun tu tengah ambik kesempatan atas abang kau sebab abang kau amnesia! Disebabkan malaun tu jugak lah, abang kau buat keputusan untuk kahwin dengan dia sedangkan aku ni masih lagi isteri dia!" Terasa putus nafas aku melepaskannya.

"Dan sekarang... kau nak salahkan aku? Kalau kau tetap nak anggap aku yang salah, kau nak anggap aku yang tinggalkan abang Yad, ikut kau lah..." Mata aku mula terasa panas.

"Tapi aku sikit pun tak menyesal sebab 'tinggalkan' abang Yad dulu... untuk lindungi hati aku sendiri, nak rawat hati aku yang retak seribu... sebab perpisahan tu lah yang pertemukan aku dengan arwah Izz... yang ikhlas sayangkan aku... walaupun dia tau hati aku milik orang lain..." Tanpa sedar, air mata aku menitis.

Zifad terkejut melihat air mata aku yang mula mengalir.

"Sampai ke akhirnya... perasaan aku jugak yang arwah Izz fikirkan... sedangkan aku? Cintakan orang lain yang pernah buang aku dulu..." Zifad hanya diam.

"Kau tak rasa Zifad... kau tak rasa betapa sakitnya bila orang yang kau cinta bertahun lamanya, tak ingatkan kau... cuma ingatkan bekas kekasih yang tinggalkan dia..."

"Orang yang kau cinta jugak... rancang nak kahwin dengan bekas kekasih dia sedangkan isteri dia sendiri, tengah mengandungkan anak dia..." Mata Zifad jatuh pada perut aku yang membukit.

"Tapi kau jangan risau... aku takkan halang hubungan abang kau tu dengan Aulia... Aulia akan jadi kakak ipar kau jugak tak lama lagi..."

"Sampai masanya nanti..."

"Aku sendiri yang akan pergi..."


WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now