3 hari sudah berlalu sejak pemergian Izz. Aku dah mula terima semuanya. Aku redha dengan pemergian Izz. Aku mula rasa tenang.
Tapi ketenangan aku tak kekal lama. Semuanya hanya kerana peristiwa pagi tadi.
"Riya tak setuju!" bantahku.
"Ni untuk masa depan Riya..." ujar Puan Lily.
"Tolonglah bu... Riya tak nak..." Aku membalas.
"Cuba cakap dengan ibu, kenapa Riya tak nak?" Puan Lily bertanya.
"R-Riya tak suka dia lah bu..."
"Riya berdendam dengan dia ke?" Puan Lily memandang aku.
"Erm, ta-tak bu. Riya tak dendam langsung dengan dia..." Perlahan aku menjawab.
"Jadi, kenapa Riya tak nak terima dia?" Puan Lily menyoal lagi.
"Ibu, Izz baru je tinggalkan Riya... takkan Riya nak gantikan tempat dia secepat ni?" Rungutku.
"Tak salah pun Riya. Sekurang-kurangnya semua yang kita prepare untuk perkahwinan Riya tu tak dibazirkan..." Puan Lily tak putus asa memujuk aku.
"Semua tu patutnya untuk Izz dengan Riya. Bukan orang lain." Stres aku didesak macam ni.
"Tapi, Izz dah takde Riya. Ibu rasa ada baik Riya terima je... Ni yang terbaik untuk Riya..."
"Ibu rasa kahwin dengan Ziyad untuk gantikan tempat Izz minggu depan tu yang terbaik untuk Riya? Macam tu?"
Ni semua Ziyad punya pasal! Kalau tak disebabkan dia muncul kan diri pagi tadi dan cakap dia sanggup gantikan tempat Izz untuk kahwin dengan aku, ibu takkan paksa aku kahwin dengan Ziyad.
Disebabkan aku geram, aku terus naik atas. Sempat aku menjeling tajam ke arah Ziyad.
Dan disebabkan tu lah Puan Lily datang memujuk aku.
And guess what? Aku terpaksa setuju! Puan Lily kata sekurang-kurangnya buat untuk arwah Izz yang dah amanahkan Ziyad untuk jaga aku.
Tunggu kau Ziyad! Aku nampak kau nanti, aku tumbuk-tumbuk muka kau!
Arghhh!
***
Tepat jam 5 petang, aku turun ke bawah untuk minum."Assalamualaikum!" Aku mendengar bunyi orang memberi salam.
Aku bergegas untuk membuka pintu. Sebaik sahaja aku membuka pintu, aku mula rasa marah melihat wajah yang terpampang di hadapan aku.
Ziyad.
Kalau bukan disebabkan Datin Afidah ada sekali, dah lama aku terajang muka kau Ziyad!
"Eh, umi... masuklah..." Melihatkan Datin Afidah yang melangkah masuk, Ziyad mengikuti dari belakang.
' Ewah, aku ajak umi kau je lah! Bukan kau! '
"Umi duduk dulu eh? Riya pergi buat air." Aku terus melangkah ke dapur.
"Sibuk betul lah dia ni! Yang gatal ikut umi kau tu kenapa?" Aku membebel sendiri.
"Ha, mengutuk abang lah tu." Terlepas sudu daripada tangan aku bila diterjah macam tu.
Aku memusingkan badan. Menyampah betul la aku tengok muka dia ni!
"Encik buat apa kat sini?" Geram aku menyoal.
"Abang nak jumpa Riya lah." Selamba Ziyad menjawab.
"Encik tau tak, semak betul la encik dekat sini." Aku memusingkan bebola mata ke atas.
YOU ARE READING
WHEN HE FELL HARDER
RomanceBertunang secara paksa oleh ibu bapa dengan budak 18 tahun? Sangat mengarut. Habis tu kekasih hati dia ni nak campak mana? "Kenapa kau tak bantah je?" ~ Ziyad Hadeef "Sebab... sebab Riya memang nak kahwin dengan abang Yad!" ~ Nur Dariya Sungguh Ziya...