Aku tengah mimpi kan? Kalau macam tu, aku harap sangat aku cepat-cepat bangun. Mimpi ni mengerikan sangat untuk aku.
Berkali-kali aku tampar diri sendiri untuk sedar daripada mimpi ngeri ni.
"Riya... janganlah macam ni..." Erin cuba memberhentikan tindakan aku.
Aku tetap menampar diri sendiri.
"Riya..." Erin memelukku erat.
"Jangan macam ni... kau kena terima takdir Riya..." Bahu aku terasa basah dengan air mata Erin.
"Aku tengah mimpi kan Erin? Tolong kejutkan aku Erin... aku tak suka mimpi ni... Sakit... " Rengekku.
"Kau... kau tak mimpi Riya... Stop please..." Erin merayu. Sakit melihat aku macam ni.
"Kau tipu! Mustahil! Aku baru berbual dengan dia dekat telefon semalam! Dia dah cakap nak balik harini! Takkan dia tinggalkan aku?!" Aku menjerit dalam dakapan Erin.
Erin melepaskan pelukan dan memegang kedua pipi aku dengan tangannya.
"Riya! Dia memang dah tak ada! Izz dah pergi tinggalkan kita Riya..." Air mata aku makin deras mengalir.
"Izz... kenapa awak tinggalkan saya? Kita kan dah nak kahwin minggu depan... awak tak patut buat saya macam ni..."
Lutut aku terasa lemah.
Dan akhirnya aku pengsan tiba-tiba sebelum aku merasakan yang diri aku disambut seseorang.
Tapi aku tak mampu membuka mataku. Terasa gelap dunia aku.
***
Kosong. Itu yang aku rasakan. Sebaik sahaja aku membuka mata, yang aku nampak hanya siling. Aku hanya tenung siling tanpa perasaan."Riya..." Aku mendengar suara Erin memanggil aku, tapi aku langsung tak hiraukan dia. Aku tetap tenung siling.
"Riya... jomlah makan... kau dari semalam tak makan pape... nanti kau sakit... " Lembut Erin memujuk aku.
"Biarlah aku sakit... kalau aku sakit... aku mati... kalau aku mati... aku boleh jumpa mama, papa dengan Izz, kan?" Tanpa perasaan aku mengucapkan ayat tersebut.
"Riya..." Suara Erin bergetar menahan tangisan.
"Janganlah macam ni... aku tak suka tengok kau macam ni..."
"Aku sakit Erin... sakit..." Aku memegang dada yang terasa sakit dengan air mata yang mula mengalir.
"Aku tau Riya, kau sakit... Tapi kau tak boleh macam ni... arwah pun mesti tak nak kau sakit macam ni..."
"Aku hilang orang yang aku sayang sekelip mata je Erin... macam mana aku tak sakit? Kitaorang dah plan nak kahwin minggu depan... semua dah ready... tapi kenapa dia tinggalkan aku?..." Sayu suara aku.
"Riya, terima qada' dan qadar Allah... Allah sayang Izz... sebab tu Allah panggil dia... Izz kan baik... orang baik, semua orang sayang..." Erin menasihati aku.
"Aku baru je dengar suara dia semalam Erin... dia kata nanti kita jumpa... tapi kenapa dia biar aku jumpa jasad dia yang tak bernyawa?" Luah ku.
"Hai, Riya! Buat apa tu?" Sebaik sahaja aku mengangkat panggilan, suara ceria Izz menyapa telinga aku.
"Saya tengah baca novel. Awak sihat?" soalku.
"Alhamdulillah sihat. Awak rindu saya tak? Mesti rindu kan? Saya tau. Dan saya akan pastikan awak sentiasa rindukan saya..." Aku tergelak mendengar ayat perasan Izz.
"Ceh, sape rindu dia tah. Masuk bakul golek-golek sendiri je tau!" perliku. Sebetulnya aku memang rindu dia. Lima hari tak jumpa, rindulah. Last aku jumpa Izz waktu kitaorang borak kat gazebo hari tu je.
YOU ARE READING
WHEN HE FELL HARDER
RomanceBertunang secara paksa oleh ibu bapa dengan budak 18 tahun? Sangat mengarut. Habis tu kekasih hati dia ni nak campak mana? "Kenapa kau tak bantah je?" ~ Ziyad Hadeef "Sebab... sebab Riya memang nak kahwin dengan abang Yad!" ~ Nur Dariya Sungguh Ziya...