BAB 50

2.7K 50 0
                                    

Tingkah laku Ziyad hari ini sangat pelik. Selepas Afif pulang petang tadi, sikap Ziyad seakan-akan berubah. Wajahnya tampak pucat.

Ziyad tidak sihatkah? Selepas Izzyad tidur lebih kurang pukul 9 malam tadi, Ziyad pula baring di sofa dengan lengan menutup matanya. Wajahnya berpeluh-peluh. Terbit perasaan risau dalam hatiku. Inilah kali pertama aku melihat Ziyad lemah seperti ini. Aku mendekati sofa perlahan-lahan.

Tanpa cuba sedarkan Ziyad, perlahan-lahan aku melekapkan tangan kananku pada dahinya. Rasa cemas datang menerpa apabila telapak tangan aku terasa panas setelah bersentuhan dengan dahi Ziyad.

Ziyad demam!

Aku keluar daripada bilik dan menuju ke dapur. Tanganku laju mengambil bekas kecil dan mengisinya dengan air. Sebaik saja aku tiba kembali di bilik tidur, aku menyelongkar laci yang terletak kain kecil dan mengambil kain yang berwarna putih. Aku mencelupkan kain itu dalam bekas. Setelah kain itu basah, aku perahkan sedikit supaya menjadi lembap. Aku tekupkan kain tersebut pada dahi Ziyad.

Ziyad bergerak sedikit. Mungkin kerana lenanya diganggu. Aku ambil kain itu semula dan mula mengelap muka Ziyad. Turun ke leher dan juga lengannya. Nampak Ziyad menggigil menahan kesejukan namun tetap matanya tidak terbuka.

Aku letak kembali kain itu pada dahi Ziyad. Mata Ziyad terbuka perlahan-lahan.

"Riya... " Suara Ziyad serak menandakan dia menang lagi tidak sihat. Ziyad cuba bangkit namun gagal.

"Abang baring je lah. Abang demam ni. " Aku sentuh pipinya. Terasa hangatnya tanganku.

"Tak apa, sikit je ni... Riya pergilah tidur... Riya mesti penat..." Lemah saja suara Ziyad.

"Abang rasa abang kuat sangat ke? Dengan keadaan abang yang nak bangun ni pun tak larat, abang nak suruh Riya tidur? Tinggalkan abang sorang-sorang dekat sini?" Soalku.

"Riya, tak, abang cuma tak nak susahkan Riya je nak kena jaga abang. Riya nanti kena bangun awal sebab Izz selalu merengek. Abang tak nak Riya tak cukup tidur. Itu je. " Balasnya perlahan.

"Habis tu, abang ingat Riya boleh tidur lena kalau abang tak sihat macam ni?" Perliku.

Terkulat-kulat Ziyad nak menjawab.

"Now bangun kejap." pintaku.

"Kenapa?"

"Baring elok-elok la atas katil. Sakit badan abang karang tidur kat sofa ni." Ujarku.

Aku membantu Ziyad untuk bangkit dan memimpin tangannya. Kain tadi aku letakkan ke atas kepalanya. Tiba saja di katil, aku baringkan Ziyad dan menarik selimut ke dadanya. Aku rebahkan diri aku di sebelahnya. Aku mengiringkan badan aku menghadap Ziyad.

"Kalau abang nak apa-apa, cakap dengan Riya tau?" Kataku sebelum aku pejamkan mata.

"Abang mintak maaf Riya... " Mata aku terbuka kembali. Bibir aku terbuka sedikit seakan-akan ingin mengatakan sesuatu, namun aku rapatkan bibir kembali.

"Mungkin sakit ni adalah balasan untuk abang sebab abang pernah sakitkan Riya. Abang-"

"Abang." Aku menggeleng.

Mungkin semuanya harus berakhir di sini.

"Riya yang patut mintak maaf dekat abang. Riya yang banyak dosa dengan abang. Riya tinggalkan abang waktu abang sakit, Riya biarkan abang menderita dekat sini sedangkan Riya dekat Australia."

"Tapi sayang, abang-"

"Listen to Riya first. Riya nak abang dengar setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Riya tanpa menyampuk. Faham? " Aku memegang kedua-dua belah pipinya yang terasa hangat.

WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now