Pejam celik pejam celik, kandunganku ini sudah 9 bulan bersamaku. Hanya menunggu waktu sahaja untuk keluar ke dunia ini. Mengikut jangkaan, aku berkemungkinan akan melahirkan anak ini dalam minggu ini juga. Gemuruhnya tidak terkata.
Sudah 7 bulan sejak peristiwa Ziyad kemalangan. Dan sudah 7 bulan juga lah Ziyad masih lagi tidak mengingati segala memori aku dengan dirinya. Aku dah cuba macam-macam cara supaya memori Ziyad dapat diingati semula. Tapi apakan daya, semuanya tidak menjadi. Segala temu janji dengan doktor untuk memeriksa keadaan kandunganku tidak ditemani oleh Ziyad. Hanya aku. Hanya aku sahaja yang mendengar tentang keadaan anak aku ini.
Betapa aku berharap Ziyad akan menemani aku...
Betapa aku berharap Ziyad akan mengusap perut aku dan berbual dengan bayi dalam kandungan aku ini...
Tapi, harapan hanya tinggal harapan.
Ziyad masih bersama Aulia.
Kerana itulah, rancangan Ziyad untuk berkahwin dengan Aulia diteruskan. Selagi Ziyad tak dapat kembali memorinya, selagi itulah hanya nama Aulia yang terpahat dalam ingatannya.
Semestinya bukan aku.
Aku mengusap lembut perutku yang membukit.
"Baby, ibu cuma ada baby je... pinjam kekuatan baby pada ibu... ibu cuba untuk kuat... tapi ibu tak mampu... lepas ni kita hanya berdua je... tanpa babah..." Aku berbual dengan anakku di dalam perut.
Ziyad dan aku bagaikan orang asing yang hanya berselisih di jalanan. Aku dengan hal aku, Ziyad dengan hal dia. Bukan aku tak mencuba untuk mendekati, tapi Ziyad sendiri yang menjauhi. Ziyad jarang berada di rumah. Masanya dihabiskan bersama Aulia.
Mereka sibuk berbincang tentang perkahwinan mereka...
Tentang tema perkahwinan mereka...
Aku sebagai isterinya hanya boleh makan hati diam-diam apabila tarikh pernikahan mereka sudah semakin hampir.
Esok.
***
"Riya... awak betul ke nak pergi ni?" Afif tak berhenti menyoalku."Betullah, apa yang tak betulnya?" Naik bosan aku mendengar soalan yang sama daripada Afif.
"Tapi Riya... awak tau kan–"
"Afif." Aku memotong bicaranya.
"Afif mesti nak cakap saya tak betul kan? Sebab saya nak pergi majlis pernikahan suami saya sendiri dengan bakal madu saya?" Aku tersenyum nipis.
"Bukan macam tu Riya... tapi Afif takut kalau emosi awak terganggu... nak nak awak tengah sarat mengandung ni... Afif tak nak apa-apa jadi dekat baby..." Afif memandang aku dengan pandangan sayu.
Tapi aku tak suka pandangan tu. Tak perlu rasa kesian. Ni pilihan Ziyad. Ni juga pilihan aku.
"Untuk kali terakhir Afif... Untuk kali terakhir... saya nak tengok abang Yad... saya nak tengok senyuman abang Yad lepas dia bernikah nanti... saya janji... saya takkan nangis." Aku mengangkat jari seperti bersumpah untuk meyakinkan Afif.
"Riya..."
"Please Afif? Saya bukannya nak buat havoc dekat sana nanti... macam saya cakap... saya cuma nak tengok je... lepas tu saya sendiri akan pergi daripada hidup abang Yad..." Ujarku sambil mengusap perutku.
"Kalau macam tu, Afif teman awak okay? Kalau awak rasa nak balik, awak cakap je dengan Afif tau? Kita terus balik?" Aku mengangguk perlahan.
Belum sempat aku membuka pintu kereta Afif, nama aku dilaung daripada jauh.
"Riya!" Iffa memanggil nama aku sambil berlari selaju yang mungkin. Tercungap-cungap Iffa apabila sampai di hadapan aku.
"Kak Iffa?"
YOU ARE READING
WHEN HE FELL HARDER
RomanceBertunang secara paksa oleh ibu bapa dengan budak 18 tahun? Sangat mengarut. Habis tu kekasih hati dia ni nak campak mana? "Kenapa kau tak bantah je?" ~ Ziyad Hadeef "Sebab... sebab Riya memang nak kahwin dengan abang Yad!" ~ Nur Dariya Sungguh Ziya...