Apabila tiada respon daripada sesiapa yang berada di sekelilingnya, dahi Ziyad berkerut seribu memikirkan ayatnya yang baru meluncur daripada bibirnya. Rasanya betul lah apa dia tanya. Tapi kenapa tiada siapa yang menjawab?
"Mi? Abi?" Masih tiada respon. Datin Afidah dan Dato' Zain berpandangan sesama sendiri dengan pandangan yang sukar untuk Ziyad tafsir. Belum sempat Datin Afidah menjawab, Zifad datang bersama doktor Ghaf yang sedang membetulkan kotnya serta seorang jururawat wanita.
"So, how do you feel Ziyad?" Soal doktor Ghaf.
"Saya okay. Saya nak tau, mana isteri saya?" Ziyad masih lagi tidak berputus asa bertanya tentang Riya.
"Saya cek Ziyad dulu ya?" Ziyad berang apabila tiada siapa pun yang menjawab soalannya. Tangan doktor Ghaf yang menghampiri untuk memeriksa dirinya ditepis kasar.
"Mana isteri saya?!" Ziyad mula mengamuk dan mula mencampakkan cawan plastik yang berada di meja kecil sebelah katilnya.
"Yad!"
"Abang Yad!"
Ziyad menjadi semakin agresif. Kakinya mula menendang selimut yang menutupi kakinya.
"Aku tanya, mana Riya?! Mana isteri aku?!" Ziyad menjerit kuat. Dia nak Riya sekarang ni. Bukan orang lain.
"Nurse, cepat!" Doktor Ghaf memegang kedua-dua lengan Ziyad untuk memberhentikannya. Mendengarkan arahan daripada doktor Ghaf, jururawat yang bernama Iman itu dengan pantas menyuntik Ziyad supaya Ziyad berhenti bertindak agresif.
Perlahan-lahan badan Ziyad mula lemah. Pergerakanya juga semakin perlahan, tidak seagresif tadi. Dan akhirnya Ziyad terlelap akibat suntikan yang diberikan oleh Iman tadi.
"Kenapa dengan Yad?" Soal Datin Afidah dengan wajah yang jelas menunjukkan kekeliruan. Tidak pernah dia melihat Ziyad mengamuk sampai mencampakkan barang.
"Mari ikut saya ke bilik saya. Saya akan terangkan semuanya." Ujar doktor Ghaf. Dato' Zain dan Datin Afidah mengikuti langkah doktor Ghaf sementara Zifad kekal setia menunggu di bilik di mana Ziyad ditempatkan. Zifad memerhatikan Ziyad yang menutup matanya dengan pandangan yang sayu.
"Fad mintak maaf..."
***
"Kenapa dengan Ziyad doktor?" Sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi berhadapan doktor Ghaf, Datin Afidah terus bertanya tentang keadaan Ziyad."Macam ni Dato' , Datin. Sewaktu saya buat pemeriksaan terhadap Ziyad sebelum dia sedar, saya mendapati terdapat kesan ketukan yang kuat pada belakang kepalanya seolah-olah diketuk dengan sesuatu yang keras..."
"Maksud doktor?" Datin Afidah sudah berkerut dahinya.
"Macam yang saya cakap tadi, kepala Ziyad diketuk dengan kuat pada bahagian belakang kepalanya dan itulah yang buatkan Ziyad tiba-tiba pengsan. Tapi Dato' dan Datin jangan risau, tiada apa-apa yang serius.Cumanya..." Doktor Ghaf berhenti seketika.
"Cumanya?"
"Saya rasa... disebabkan hentakan kuat di bahagian kepala Ziyad tu... dia dah mula ingat balik segala memori yang dia hilang selama 6 tahun sebelumnya..." Masing-masing meraupkan muka tanda bersyukur.
"Betul ke doktor?" Dato' Zain juga turut tidak sabar mendengar jawapan daripada doktor Ghaf.
"Sama ada betul ataupun tidak, itu saya kena tunggu selepas Ziyad sedarkan diri kembali. Selepas Ziyad sedarkan diri, baru saya boleh pastikan. Tapi, saya rasa ingatan Ziyad dah kembali sebab tu dia cari puan Riya tadi..." Penjelasan doktor Ghaf membuatkan Dato' Zain dan Datin Afidah melepaskan nafas lega.
Doktor Ghaf sendiri tahu bagaimana layanan Ziyad terhadap Riya ketika dia baru sedarkan diri selepas kemalangan 7 bulan yang lepas. Jadi, apabila Ziyad menyebut nama Riya, doktor Ghaf yakin bahawa Ziyad sudah mula mengingati semuanya.
"Maaf, kalau saya bertanya... tapi mana puan Riya?"
Mendengarkan soalan itu, Dato' Zain dan Datin Afidah berpandangan sesama sendiri.
***
"Riya..." Bunyi meracau daripada seseorang mengganggu lena Zifad di sofa berhampiran katil Ziyad. Zifad menemani Ziyad pada malam ini bersendirian tanpa Dato' Zain dan Datin Afidah."Riya..." Mendengarkan nama itu, terus sahaja mata Zifad terbuka dan mengalihkan pandangan kepada Ziyad. Zifad menghampiri Ziyad yang masih meracau tetapi tidak membuka matanya.
"Abang Yad?" Tiada sahutan. Hanya nama Riya yang diseru.
Zifad membuat keputusan untuk menepuk perlahan bahu Ziyad untuk menyedarkannya. Dengan lafaz bismillah, Zifad berhati-hati menepuk bahu Ziyad.
"Bang..." Tiada respon.
"Bang..." Kali ini Zifad menepuk dengan lebih kuat. Terus saja mata Ziyad terbuka luas dengan nafas yang tercungap-cungap seolah-olah baru berlari.
"Bang, abang okay tak ni?" Nak melatah dia dibuatnya apabila Ziyad tiba-tiba sahaja membuka matanya. Sudahlah baru pukul 6 pagi, sunyi sepi je. Risau kalau-kalau Ziyad ni kena rasuk ke apa.
Pantas Zifad menggelengkan kepalanya laju, membuang segala fikiran negatif dalam kepalanya.
"Fad..." Lemah suara Ziyad.
"Abang nak apa? Nak air?" Ziyad mengangguk. Zifad menuangkan air yang terletak di meja sebelah Ziyad dan menghulurkannya kepada Ziyad. Ziyad meneguk dengan rakus.
"Mana Riya?" Sebaik sahaja membasahkan tekak, soalan itu terus ditanya kepada Zifad. Terkedu Zifad apabila mendengar soalan itu.
"Fad?" Jujur, Zifad buntu sementelah dia sendiri pun tidak tau keberadaan kakak iparnya itu. Yang dia tau, Riya sudah selamat bersalin. Itu pun dia tahu daripada Afif kerana Afif tidak dapat menghubungi Ziyad. Atas permintaan Riya sendiri, Afif merahsiakan keberadaannya sekarang. Hanya Afif dan juga Iffa sahaja yang tau di mana Riya.
"Err... Fad tak tau..." Perlahan saja suara Zifad. Ziyad memegang lengan Zifad.
"Fad... abang Yad nak Riya... tolong Fad... abang rindu sangat dengan Riya... abang nak jumpa dia... " Mata Ziyad berkaca-kaca.
"Ab-abang Yad... dah ingat semuanya ke?" Mata Zifad terbuntang apabila Ziyad mengangguk.
"Abang nak mintak maaf dekat Riya, Fad... abang tau abang jahat dengan Riya... dia dah sarat mengandung... abang nak jumpa Riya... tolong abang, Fad..." Rayu Ziyad.
"Bang, kalau Fad tau Riya dekat mana, Fad sendiri akan bawak Riya datang jumpa abang. Tapi, masalahnya Fad tak tau Riya dekat mana sekarang. Yang Fad tau–" Tiba-tiba Zifad terdiam. Patut ke dia beritahu Ziyad? Ziyad pasti akan mendesak, tapi...
"Fad tau apa?" Ziyad menggoncangkan lengan Zifad yang dipegangnya sekali.
Should I tell him or not ?
Should I ?
Shouldn't I ?
Ziyad berhak tahu!
"Yang Fad tau... Riya dah selamat bersalin... 2 hari lepas... " Mendengarkan itu, Ziyad bangun daripada perbaringannya.
"Riya dah bersalin? Anak abang lelaki ke perempuan? Riya bersalin dekat mana? Riya macam mana?" Soalan bertalu-talu daripada Ziyad membuatkan Zifad terkelu. Dia tiada jawapan untuk soalan tu!
"Pasal tu... Fad mintak maaf bang... Fad betul-betul tak tau... Fad pun baru tau, itu pun sebab abang Afif call Fad sebab dia tak dapat call abang Yad waktu Riya nak bersalin hari tu..." Jelas Zifad perlahan.
"Allah..." Zifad meraup mukanya kasar sebelum dia teringatkan kata-kata Zifad sebentar tadi.
"Afif tau?" Zifad mengangguk.
"Mana fon abang? Abang nak call Afif, nak tanya pasal Riya." Gesa Ziyad.
"Fad rasa kita solat dulu... Nanti baru call abang Afif. Boleh bang?" Lambat-lambat Ziyad mengangguk. Ziyad tekad.
Tunggu abang, Riya!
YOU ARE READING
WHEN HE FELL HARDER
RomanceBertunang secara paksa oleh ibu bapa dengan budak 18 tahun? Sangat mengarut. Habis tu kekasih hati dia ni nak campak mana? "Kenapa kau tak bantah je?" ~ Ziyad Hadeef "Sebab... sebab Riya memang nak kahwin dengan abang Yad!" ~ Nur Dariya Sungguh Ziya...