BAB 2

1K 51 1
                                    


Fail yang diberi anak buahnya dilempar kasar.

"Aku bayar kau orang buat kerja, tapi apa yang kau buat?!"

Leher anak buahnya yang bernama Kevin itu dicekak kasar. "Aku bagi tempoh dalam minggu ini. Kalau benda yang aku nak tak dapat, kau mati Kevin."

"Bb...baik tuan."

Sejurus kepergian Kevin dari ruangan kerjanya serentak itu juga seorang lelaki tinggi lampai masuk menghampiri.

"Tak jumpa clue lagi?" Pembantu peribadinya yang bername tag Kim Seungmin itu kemudian menghulurkan mug berisi kopi.

"Hurm." Kopi kemudian bertukar tangan.

Seungmin tersenyum sinis melihat semua fail yang tergeletak di lantai. Pasti ketuanya ini marah besar. Entah kali ke berapa semua yang diharapkan tak pernah menunjukkan jalan terang.

"Kau lawat makam mak bapak kau pukul berapa hari ini?" Seungmin bertanya perihal rutin harian rakan sekaligus majikannya ini.

"Macam biasa. Lepas habis kerja."

"Aku ikut."

"Suka hati."

Seungmin kemudian hanya memerhati sosok tinggi lampai itu mengeluarkan sekeping foto bayi dalam dompetnya lalu diusap perlahan.

"Aku rindu keluarga aku." Foto itu diambil tepat saat selepas sang ibu melahirkan. Di mana keluarganya lengkap dan tertawa bahagia saat itu.

Seungmin tersenyum memahami gelojak perasaan Hyunjin. Tujuh tahun berteman dengan si lampai, semua rahsia Hyunjin ada di tangannya.

Hanya Hyunjinlah teman yang dia punya begitu juga sebaliknya.


Hwang Hyunjin.

Sejak usia yang masih muda sahabatnya itu dipaksa untuk berdikari dengan hanya diasuh pengasuh yang bertukar ganti setiap bulan. Sang ibu meninggal seminggu selepas melahirkan sedangkan sang ayah meninggal akibat bunuh diri sehari selepas kepergian isterinya.

Itu yang diceritakan Hyunjin saat pertama kali mereka berkenalan.

Sehingga kini dia dan Hyunjin sama-sama bergelar detektif. Ada sebab kenapa Hyunjin memilih profesi ini sebagai kariernya. Sedangkan Seungmin hanya mengikuti apa yang temannya ini lakukan.

"Semalam anak Tuan Yoon tanya pasal kau. Berminat kot." Ujar Seungmin mematikan lamunan Hyunjin.

Sekilas anak gadis berambut perang yang kerap ikut ayahnya bermesyuarat terbayang di benaknya.

Sebuah tawa remeh dihadiahkan sebagai balasan kata-kata Seungmin. "Aku dah pernah cakap selagi aku tak jumpa dalang pembunuhan keluarga aku, aku takkan kahwin."


Ye, itu adalah sebab utama kenapa Hyunjin memilih untuk menjadi detektif. Hyunjin yakin kematian ibu bapanya ada kaitan dengan sesuatu dan untuk sesuatu itu dia perlu pastikan kebenarannya terlebih dahulu. Selain itu-

"Adik kau macam mana?" Tanya Seungmin.

Keluhan berat dilepaskan Hyunjin sebelum menggeleng.

Adiknya.

Sang adik yang menghilang juga menjadi punca Hyunjin bergelar seorang detektif.

TOK TOK

Ketukan di pintu mematikan perbualan kedua sosok tinggi lampai itu.

Kevin kemudian masuk setelah diperizinkan Hyunjin. Badannya dibongkok memberi tanda hormat sebaik menyedari kehadiran Seungmin di situ.

𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄 [𝐌𝐈𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆]Where stories live. Discover now