BAB 4

679 40 13
                                    


Seminggu sejak kehadiran Jisung di rumah itu, Minho rasakan ibu dan ayahnya tidak lagi beri perhatian akan kes kehilangan sang adik. Meski sang ayah bersikeras minta dirinya mengikhlaskan kematian adik kandungnya tapi Minho tak akan pernah menerimanya.

"Esok papa dengan mama daftarkan adik kat kolej." Saat ini, Tuan Lee bersama sang isteri dan anak manis mereka berada di ruang tamu.

Wajah si manis yang bertukar mendung itu ditatap hairan oleh ibunya. "Kenapa sayang?" Peha Jisung diusap, minta anaknya itu bercerita.

"Adik tak suka pergi sekolah."

"Kenapa?" Giliran sang ayah bertanya.

"Budak sekolah suka ejek adik. Diorang cakap adik tak ada mak ayah sebab adik pembawa sial. Lepas adik lahir, bunda meninggal."

Baik Puan Lee mahupun suami, dua-duanya mencelos mendengar bicara Jisung. Kenapa anak sebaik Jisung perlu lalui kehidupan kelam seperti itu.

Tuan Lee kemudian jalan menghampiri sang anak, duduk di samping kiri Jisung dengan sang isteri di kanan si manis.

"Sekarang ini adik ada mama dengan papa. Kalau ada lagi yang cakap macam itu, suruh dia jumpa papa."

Jisung angguk sembari tersenyum. Nyatanya Tuan Lee itu memang persis sosok ayah yang diimpikan selama ini.

Selama 10 tahun hidupnya, si manis hanya mampu melihat dari balik pokok, interaksi antara ayah dan anak yang berada di seberang jalan. Dia sering berdoa agar tuhan beri kesempatan untuk dirinya juga dapat bermanja dengan sosok yang digelar ayah.

Merengek minta ais krim yang kemudian sang ayah akan menggenggam tangannya, bersama-sama menuju kedai aiskrim dan menyuapinya. Sama seperti mana yang sering dilihat dari dalam pusat asuhannya.

Tak sangka doanya selama ini dikabulkan. Malah tuhan berbaik hati kerana bukan hanya sosok ayah, dia juga dihadiahkan sosok ibu yang penyayang.

"Homeschooling nak?" Puan Lee bertanya risau bila anak manisnya tak menjawab. Bimbang kalau Jisung tetap tak mahu ke sekolah.

"Tak payah nak mengada-ngada sangat. Entah-entah kau memang pembawa sial."

Interaksi ketiga mereka terganggu dengan kehadiran Minho dari balik pintu.

"Abang, mulut tu jaga." Puan Lee menegur perilaku Minho.

Minho kemudian menyertai keluarganya sembari menatap tajam ke arah Jisung. "Bapak kau mati sebab apa? Sebab kau jugak?"

"Minho!" Tuan Lee berteriak keras, minta si anak jaga tutur katanya.

Si kucing mengeluh berat. Sejak kehadiran 'adik' nya itu, bukan saja sang ibu, malah ayahnya juga kerap kali membela si tupai. Malahan Minho sendiri ditengking ayahnya saat meminta Jisung keluar dari kamar adik kandungnya.

"Pergi naik atas." Arah Tuan Lee. Kesal dengan sikap sang anak. Bukannya 3 tahun, 23 tahun dah si Minho tapi kenapa tingkahnya seakan kanak-kanak?

Minho mendengus sebelum berdiri. "Abang nak keluar. Nak cari petunjuk jumpa adik. Mama dengan papa bukan kisah dah pasal adik. Sibuk layan orang asing dalam rumah ini."

Usai berkata, pintu sengaja dihempas kuat sebelum enjin berbunyi, memacu keretanya membelah jalan raya.

Sementara itu di dalam rumah, Tuan Lee dan isteri saling berpandangan melihat getaran bahu anak manis mereka. Wajah cantik itu tertunduk sebaik sahaja Minho usai berkata tadinya dan mereka sangat yakin kalau Jisung terasa dengan bicara kasar Minho.

"Adik jangan peduli cakap abang. Minho memang macam itu. Sejak kematian adik dia, abang berubah. Dia selalu salahkan diri dia sebab itu abang tak pernah terima kenyataan kalau anak bongsu kami dah meninggal." Tuan Lee menerangkan, berharap dengan penerangannya itu sedikit sebanyak dapat meredakan perasaan si manis.

𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄 [𝐌𝐈𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆]Where stories live. Discover now