BAB 43

595 42 0
                                    



"Kau biar betul?" Hyunjin hampir berteriak sebelum mulutnya ditekup Chris.

"Aku dengar doktor itu dengan Tuan Lee cakap. Sumpah!"

"Merepeklah. Kalau kau cakap dengan mama, papa aku yakin diorang gelakkan kau."

Hyunjin berlalu meninggalkan Chris. Tak masuk akal. Sungguh tak masuk akal bicaranya Chris itu. 

Ada ke doktor yang tega membunuh pesakitnya sendiri? Dahlah si pesakit merupakan seorang bayi. Huh, sungguh Chris yang melalut.


Namun siapa sangka...

Hyunjin yang saat itu tertidur setelah mencium dahi merah adiknya harus dikejutkan dengan teriakan sang ibu. Semuanya bagaikan mimpi untuk remaja berparas tampan itu. Air mata yang hendak mengalir juga tak lagi mampu turun setelah mendengar khabar kematian adiknya. 

Saat itu juga matanya bertembung dengan mata merah menahan marah Chris di depan pintu. Gigi si sulung terketap-ketap menahan marah.

Dan detik itu juga Hyunjin baru menyedari kalau apa yang dikata si abang malam itu merupakan suatu kebenaran.



















///


"Kau nampak bilik itu?"

"Nampak."

"Itu bilik isteri tuan Lee. Ikut plan asal kita. Ada anak sulung dia je dalam itu. Orang tua itu keluar, bini dia dalam tandas."

"Mana kau tahu?"

"Diam bodoh. Ikut je cakap aku." Chris menyumpah si adik yang menyebalkan. 

Dan dari balik dinding, Chris mengintai dua sosok yang berjalan menjauhi kamar sakit Puan Lee. Merasa semua aman, Chris mula melakukan aksinya. Seorang bayi kecil yang berada dalam bekas tertutup didukung perlahan. Syukurlah si bayi tak menangis.

Semuanya berlaku dalam sekejap. Siren hospital, kelibat doktor yang berlarian dan beberapa pengawal dapat dilepasi Chris berkat rencana yang diatur bersama Hyunjin.

Malam itu, Chris dan Hyunjin membawa si bayi ke bangunan lama sebelah hospital.

"Kita nak buat apa dengan budak ini?" Tanya Hyunjin cemas. 

Chris menggeleng tak tahu. Dia hanya asal culik saja sebenarnya. Mahu balas dendam pada Tuan Lee katanya. 

"Kau tak berniat bunuh dia kan?" Hyunjin mengisyaratkan si bayi.

Gelengan diberikan Chris. "Dalam itu ada jantung adik kita. Aku tak gila nak buat benda itu."

Hyunjin bernafas lega. Cukuplah mereka bergelar penculik, dia tak nak sandang gelaran pembunuh.

𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄 [𝐌𝐈𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆]Where stories live. Discover now