BAB 6

644 38 3
                                    

"Adik jangan keluar rumah. Bahaya sekarang ini." Puan Lee menjelaskan berita terkejut mengejut yang menggemparkan negara tadi pagi.

Yang disambut Jisung dengan cengiran. Satu apa pun dia tak faham apa yang ibunya katakan.

Penjenayah? Apa itu?

Pembunuh berantai? Orang yang membunuh menggunakan rantai ke?

Namun malas memperpanjang semuanya dengan pertanyaan-pertanyaan konyol, Jisung terpaksa ouh iya sahaja arahan sang ibu.

Puan Lee kemudian mengucup dahi Jisung sebelum menaiki kereta, menuju perhimpunan persatuan makcik-makcik bawang.

Usai kereta yang dibawa si ibu hilang dari pandangan, kereta lain pula yang datang.

Mengetahui siapa yang muncul, Jisung tersenyum riang.

"Sir Younghoon!"

Younghoon tersenyum melihat anak murid nan seorang.









Younghoon tersenyum melihat anak murid nan seorang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

































///

"Minho mana?" Tanya Younghoon.

"Pejabat. Dia memang jarang balik rumah." Teh yang disiapkan Nayeon, Jisung letakkan di hadapan Younghoon. "Hari ini nak belajar apa sir?"

"Kan aku cakap, jangan panggil sir. Younghoon hyung je. Aku sebaya dengan abang kau." Younghoon kembali memperingati.

Hari ini merupakan hari kedua Jisung belajar dengan guru privatenya.

Kim Younghoon.

Kata ibunya, Younghoon ini penah belajar di universiti yang sama Minho belajar dan sedang bercuti dari kerjanya. Buat sementara Puan Lee minta Younghoon menjadi guru untuk Jisung memandangkan si manis bersikeras hendak homeschooling.

Setidaknya sampai usia Jisung berusia 15 tahun.

Usai berborak sekilas dan mengulang pelajaran semalam, Younghoon kemudian masuk silibus baharu.

Hampir 2 jam mengajar si manis itu ini itu ini, keduanya bernafas lega. Mujur Jisung ini anak yang cerdik. Tiada masalah bagi Younghoon mengajarkan Jisung semuanya dalam waktu yang singkat.

"Hyung dah ada girlfriend?" Soalan random dari anak didiknya mencetuskan tawa halus dari si galah.

"Kenapa tanya?"

"Saja."

Buku yang habis ditelaah ditutup Younghoon. "Ada."

Jisung hanya ouh iya. "Cantik?"

Younghoon tersenyum lebar. Wajah cantik kekasihnya menerawang. "Cantiklah. Aku kan handsome."

Si kecil berusia 10 tahun itu becok ingin bertanya lagi. "Minho hyung ada girlfriend?"

𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄 [𝐌𝐈𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆]Where stories live. Discover now