Felix dan Juyeon menghampiri katil Jisung. Bergantian dengan Puan Kim dan suami setelah seharian ibu dan ayahnya menjaga Jisung.
Oh Juyeon sempat bertentang mata dengan kedua orang itu, namun seperti biasa Puan Kim yang tidak peduli akan persekitaran dan Tuan Kim yang terlalu keletihan tak mempermasalahkan itu semua.
Ingat kata-kata Puan Kim? Dengan siapa anaknya hendak berkawan kek, dengan siapa anaknya hendak bermusuh kek, peduli setan.
Tak tahu saja dia kalau di samping anak kesayangannya itu adalah Lee Juyeon. Abang kandung dari Felix yang bila-bila masa saja boleh tuntut kembali hak asuh adik kandungnya dari mereka.
"Jisung." Juyeon menyeru nama anak muridnya.
Jisung tersenyum berat. Sejak hari itu dia hairan dengan keberadaan Juyeon. Malu sungguh rasanya bila ada orang lain tahu benda hitam itu pernah dilaluinya.
"Kenapa sir ada kat sini?" Tanya Jisung perlahan.
Felix dan Juyeon saling berpandangan. "Dia abang kandung aku."
Dapat diagaklah reaksi Jisung macam mana. Tak sangka tekaannya tempoh hari tepat belaka.
"Hehe, sorry sorok benda ini dari kau. Oh lagi satu, Juyeon hyung sebaya Min- Hyunjin hyung. Tak payahlah ber sir sir sangat. Aku izinkan."
Mata Juyeon mencelos melihat kesedapan mulut si adik dalam berbicara. Untung adik, untuk sayang....
"Tapi dia datang sebab nak minta maaf dengan kau." Ujar Felix lagi.
Jisung memiringkan wajah tak mengerti.
Juyeon kemudian menghampiri Jisung. "Aku yang langgar kau. Aku tak sengaja, sumpah waktu itu aku tak sangka ada orang akan lalu jalan itu pagi-pagi buta. Aku minta maaf."
"Kenapa kau tak biar?"
"Ji..." Baik Felix baik Juyeon, dua-duanya terpempan mendengar respons Jisung.
"Kan lagi bagus kalau kau terus pecut je. Aku lagi hargai kalau kau buat benda itu."
"Jisung!"
"Antara hidup dengan mati aku lagi pilih mati, Juyeon. Biar rasa sakit itu menghilang terus."
GREPP
"Berhenti Ji. Berhenti cakap benda merepek macam itu." Felix memeluk tubuh sahabatnya. Itu pasal dia tak boleh melawat Jisung sendirian.
Dia takut tak tahan mendengar rintihan si manis dan berakhir dengan berlari keluar seperti sebelum-sebelum ini. Kehadiran Juyeon sedikit memberinya kekuatan untuk menghadapi Jisung yang ini.
Perlahan-lahan Jisung membalas pelukan si ayam. Dia terharu kerana ternyata masih ada Felix yang menginginkan dia lagi di sini. Kalau bukan sebab Felix, mungkin keputusan untuk melepaskan infus-infus di tangan dah dilakukan pagi tadi.
"Thanks Lixie."
Felix tersenyum. Tangannya dibawa mengusap air mata si Jisung.
"Mama macam mana?" Bukan peduli kondisinya, Jisung malah bertanya perihal ibu angkat nan seorang.
"Aunty dah keluar hospital. Dia dah sihat."
"Maknanya apa yang jadi tak sia-sia." Gumam Jisung.
"Apa maksud kau?" Felix mendengar gumaman tadi meski sebenarnya Jisung berbicara sendiri.
Pelukan di tubuh Jisung dilepaskan sepihak. Bahu si tupai Felix pegang. "Apa maksud tak sia-sia itu, Jisung?"
Jisung masih mengunci mulut. Dia tak nak temannya membenci sang ayah dan Minho kalau saja Felix tahu perkara sebenar.