BAB 26

562 33 3
                                    


Jisung berlari-lari kecil menuruni tangga.

Senyuman tak putus dari wajahnya. Pasalnya?


Hari ini papa tiba-tiba mengajak mereka sekeluarga bercuti di Pulau Jeju! Yuhuu!

Selalu seperti ini.

Setiap kali dia dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, mereka memang akan bercuti. Meraikan kejayaan Jisung kata papa.

Dan yang lebih mengujakan dirinya adalah tepat hari esok adalah hari ulang tahunnya! Double yuhuu!


Dia kemudian menghampiri sang ayah yang tengah mengemasi barang-barang camping.

"Pa?"

Tuan Lee berpaling. Senyuman terbit di wajahnya melihat kehadiran anak nan satu. 

"Kenapa sayang?"

Sayang...

Hati Jisung menghangat mendengar panggilan sang ayah. Apa sang ayah masih menyayangi dirinya?

"Kita nak pergi Jeju buat apa?" Hehe, Jisung sengaja bertanya. Dia hanya berpura-pura tak tahu, mahu bergurau pagi dengan sang ayah.

"Celebrate birthday Jihan."



Senyuman manis di wajahnya perlahan-lahan meluntur. Jihan lagi! Jihan lagi!


"Pa, kalau Ji tak nak pergi. Boleh kan?" Tanya Jisung perlahan.

Kerutan di wajah tua itu terbentuk. "Kenapa tiba-tiba?"

"Sebab err sebab Ji dah janji nak keluar dengan kawan." Mujur otaknya laju mengarang alasan.

Suasana mendadak hening seketika. Hatta Tuan Lee yang tengah mengemasi barang-barang juga terhenti pergerakannya. 

"Suka hati kamulah."

Bersamaan itu juga Jihan tiba-tiba muncul dari belakang. 

Dan lagi lagi Jisung menahan perit sendiri bila senyuman sang ayah yang mati tadi kini kembali tercantum setelah kehadiran Jihan.
























///


"Thanks Ji!" Jihan berlari memeluk kembarnya. Keduanya jatuh bersamaan di atas katil milik si tupai.

Jisung hanya pamer senyum tawarnya. "Sama-sama."

"Itulah, aku dah cakap papa, mama dengan Minho hyung nak celebrate aku. Kau tak percaya." Jihan terkembang-kembang hidung bila sangkaannya tepat.

𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄 [𝐌𝐈𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆]Where stories live. Discover now