BAB 13

566 38 1
                                    

Seakan dejavu, lagi dan lagi Minho dibuat terpaksa menunggu cumanya kali ini dia menunggu Seungmin. Apa memang semua penyiasat persendirian suka ikut kepala otak mereka hendak ketemuan bila? Padahal sudah janji jam 10 pagi, ini dah masuk jam 11 bayang-bayang si galah masih tak memunculkan diri.

Dan sejak tadi juga Minho terpaksa terangguk-angguk seperti itik patah tulang leher semata-mata hendak membalas ucapan setiap pekerja sang ayah yang mengenalinya.

Ye, Minho mengajak si Seungmin ketemuan di syarikat ayahnya. Lebih dekat dengan lokasi kebakaran kata Minho. 

SSRET

"Sorry, lambat." Kerusi di hadapan Minho dikeluarkan.

Itu dia, yang ditunggu-tunggu sudah sampai. 

"Tak apa, aku diciptakan memang untuk menunggu kau. Kenapa tak datang tahun depan je?"

Seungmin tersenyum canggung. "Jisung mana?"

Wajah Minho berkerut tak suka mendapat pertanyaan sebegitu dari Seungmin. Dahlah lambat, sekarang dengan lancang bertanya perihal adiknya. Katakan macam mana Minho tak marah.

"Kau nak jumpa aku ke adik aku?" 

"Lah ini kan syarikat keluarga Lee, sekalilah jumpa dia."

"Dia tidur."

Entah sama ada perasaan Seungmin sahaja atau Minho itu kerap kali memaparkan raut tak suka setiap kali ada yang bertanya perihal Jisung.

Kedua detektif yang dah menginjak usia 30 an itu kemudian menuju kereta Seungmin yang diparkir depan pintu pejabat sebelum kenderaan mewah itu berdesup laju menuju tempat kejadian.

























///

Baru saja melangkah masuk ke rumah yang dipagari tape polis itu Seungmin tiba-tiba mendapat panggilan telefon.

"Adik kau call." Ujar Seungmin.

Minho turut sama melihat nama adiknya. Kenapa Jisung menelefon Seungmin? Dan lagi...

Kenapa ada emoji love di nama adiknya?!

"Hello?"

Seungmin kemudian menjawab telefon dan sedikit menjauhi Minho.

Minho dengan rasa penasaran dan entah kenapa sedikit...sakit hati? 

Cuba mengalih perhatian dari hubungan Seungmin dan adiknya, Minho memutuskan untuk masuk ke dalam rumah.

Bau gosong masih tak hilang. Semua perabot yang hangus hitam diperiksa satu persatu. Kenapa si penjenyah perlu menghapus semua cap jari si doktor, kenapa wajahnya perlu dihancurkan kalau dah sah-sah pihak kepolisian tahu itu mayatnya doktor bernama Doyoung itu. Ini kan rumahnya.

Minho cuba membaca dari alur fikir si penjenayah. Kenapa si dia melakukan itu? Namun saat dia fokus hendak menguji otaknya, perhatian Minho tiba-tiba teralih saat Seungmin memanggilnya.

Si kucing menghampiri Seungmin yang kini membuka laci dari sebuah almari yang menjadi satu-satunya perabot yang masih utuh.

Minho melihat raut terkejut detektif satu itu yang seakan terkejut setelah membaca kandungan fail itu.

"Kenapa?" Fail yang habis dibacanya kemudian Seungmin serahkan ke Minho.

Dan usai membaca kandungan fail itu, Minho juga turut sama tak dapat lari dari keterkejutannya.

"Pembedahan jantung secara haram?" Gumam Minho.

Matanya berkerinyit membaca helaian demi helaian.

"Kau call siapa?" Minho bertanya bila Seungmin menghubungi seorang.



𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄 [𝐌𝐈𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆]Where stories live. Discover now