Minho menghempas kasar beg kerjanya. Sofa dituju sebelum badannya dihempas ke situ.
"Hannie..."
Minho menggumam nama si manis.
Rindu.
Sungguh dia merindui sosok itu. Termasuk hari ini, dah hampir seminggu dia tak menemui Jisung.
Dengan kes sang ayah lagi, semakin membuat Minho tak habis fikir. Ke mana ayahnya menghilang? Siapa yang berdendam dengan ayahnya?
"Abang..."
Minho tersentak saat Puan Lee menghampirinya. Sebuah senyum paksa diukir.
'Kasihan mama.'
Wajah sembap ibunya ditatap penuh sayang. Tentu sang ibu menangis teruk mengenang apa jadi pada sang suami.
Dahlah ibunya baru sembuh pasca pembedahan, kini dihadapkan dengan berita penculikan Tuan Lee.
Apa yang paling mengejutkan adalah saat peguam keluarga datang, mengatakan kalau mereka sekeluarga diarah berpindah. Minho yang terkejut berkeras membantah. Apa-apaan pindah?
Ini rumah papanya. Atas nama sang ayah.
Namun sayang, saat dia ke atas mencari fail berisi geran tanah ayahnya...
lesap.
Tak tahu ke mana.
"Terima kasih ma." Cawan berisi nescafe berpindah tangan. Minho meneguk laju minuman berkafein itu.
"Apa khabar papa?" Puan Lee duduk di samping puteranya.
Minho menggeleng lemah. Wajahnya diraup kasar.
Keluhan dilepaskan ibunya. "Jisung?"
Minho sedikit terkejut bila ditanya perihal Jisung. Kerana sungguh, selama seminggu ini Minho sangkakan ibunya tak peduli akan perihal si adik. Puan Lee tak pernah bertanya ke mana Jisung, kenapa anak itu tak balik.
"Jihan cakap Jisung tidur rumah Felix. Betul?" Puan Lee bertanya ke Minho.
Minho terdiam. Tak tahu hendak menjawab apa. Dia sendiri tak tahu ke mana anak itu.
Puan Lee semakin yakin ada disembunyikan kedua anaknya ini setelah melihat keterdiaman Minho.
"Apa yang korang sorok dari mama?" Dengan lembut Puan Lee bertanya. Jauh di sudut hatinya yakin, ada sesuatu yang buruk jadi pada anak manisnya itu. Jujur, selama seminggu ini dia tak boleh tidur mengenang si manis Jisung.
Hanya saja demi menjaga hati Jihan, dia terpaksa berpura-pura tak peduli pada Jisung.
Tangan anaknya perlahan-lahan digenggam.
Minho menatap wajah tua ibunya. Hatinya menghangat seketika melihat wajah letih Puan Lee.
Tes
Tes
"Abang?" Puan Lee dibuat terkejut bila setitis demi setitis air mata puteranya jatuh. Minho menangis?
Dengan terbata-bata Minho mula membebarkan semua yang terjadi pada Jisung. Sebuah kesalahan yang dia dan Tuan Lee lakukan, tak akan mampu ditebus oleh apa pun di dunia ini.