BAB 10

621 43 4
                                    



Tuan Lee tersenyum melihat si kecil berlari-lari ke arah mereka. Lantas tubuh kecil anak bongsunya dikendong.

Puan Lee di sebelah dah pun menghadiahkan ciuman bertalu-talu menyebabkan si manis terkekeh senang.

"Adik dengan abang buat apa dua hari ini? Abang cakap pergi Tembok Besar China. Tak tunggu mama pun?"

Puan Lee memuncungkan bibirnya. Berpura-pura merajuk di hadapan Jisung.

CUP

Jisung mencium pipi ibunya. 

Minho dan Tuan Lee ketawa melihat cara Jisung membodek mamanya. 

"Kat situ banyak hantu. Nanti hantu-hantu itu kejar mama. Nanti mama takut."

"Iye? Tapi mama tak takut hantu. Adik yang takut hantu."

"Tak. Seungmin hyung cakap hantu tak kacau budak baik."

"Seungmin hyung?" Puan Lee berkerut sejenak sebelum akhirnya mengangguk. Minho ada cerita perihal detektif muda itu. Adik Seungmin juga berteman rapat dengan Jisung.

"Nanti Lixie nak datang rumah. Bolehkan mama? Adik nak main masak-masak dengan Lixie." Tanya Jisung.

"Boleh sayang. Sekarang ini adik dengan abang pergi siap. Kita keluar makan." Tuan Lee segera menurunkan Jisung dari dukungannya. Meski umur si manis dah pun 10 tahun, tapi tubuh kurus itu langsung tak terlihat seperti usianya. 

Pernah dia terfikir apa Jisung tak diberi makan yang secukupnya saat berada di pusat asuh? Fakta itu membuatkan dia sedikit berang namun biarlah, itu masa lalu. Sekarang si manis dah pun berada di bawah tanggungan dia dan isteri. Tak akan dibiarkan anak kecil itu rasa sakit lagi.





















///



"Terima kasih, Minho." 

Minho mematung sejenak bila ayahnya tiba-tiba mengucapkan terima kasih padanya. 

"Jisung cerita dengan papa, abang dah baik dengan dia. Terim kasih sebab dah bahagiakan dia, abang."

'Abang.'

Hati Minho menghangat mendengar sang ayah memanggilnya dengan sebutan itu. Jujur saja, hubungan Minho dengan Tuan Lee jauh dari kata harmoni. Semenjak kejadian hitam itu, Minho kerap menyalahkan Tuan Lee atas kehilangan adiknya. Kata Minho, kalau sang ayah berkeras meneruskan pencarian sang adik, tentu mudah untuk menjumpai si kecil dan Tuan Lee pula menyalahkan Minho kerana terus-terusan menyangkal berita kematian sang bayi.

Mereka berdua akan berakhir dengan adu bacot dan diakhiri dengan Puan Lee yang menangis minta pergaduhan mulut itu dihentikan.

Dan hari ini, nampaknya hubungan mereka akan semakin harmoni. Dan itu berkat si kecil yang saat ini berlari-lari kecil dengan tangannya berada di genggaman sang mama.

"Ikhlaskan semuanya, Minho. Biarkan adik bahagia dekat sana. Tuhan dah ganti adik dengan kehadiran Jisung dalam hidup kita." Nasihat Tuan Lee. 

Dia tahu Minho masih menggali maklumat tentang anak kandung mereka. Dia dapat melihat bekas fail perihal kes itu dalam bagasi milik Minho.

Tuan Lee kemudian meninggalkan sang anak yang masih mematung. Kata-kata ayahnya menembus terus ke hati. Minho seakan mendapat jawapan yang tepat akan persoalan yang menghantui dirinya tadi malam.



























































𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄 [𝐌𝐈𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆]Where stories live. Discover now