Minho berlari menuju ke kamar sang ibu. Di tangannya ada seplastik buah-buahan yang baru dibeli tadinya.
Pintu kamar ibunya dibuka sebelum senyuman dilakar di wajah. Sang ibu yang tengah menikmati bubur rumah sakit dihampiri.
"Mama..."
Puan Lee tersenyum melihat putera sulungnya namun tak lama wajah itu berkerut.
"Adik mana?"
Minho dan Jihan saling berpandangan. "Jihan ada itu."
"Jisung mana? Tadi papa kata abang datang bawak adik." Puan Lee berkerinyit menatap si suami.
Dengan selambanya Tuan Lee melipat surat khabar yang dibaca sebelum bersuara. "Dia kat rumah. Tadi saya call dia cakap nak ulangkaji."
Minho tersentak mendengar bicara sang ayah. Ini bukan ayah yang dikenal. Kenapa Tuan Lee makin hari makin berubah? Kenapa dia perlu menipu?
Namun mungkin ayahnya tak mahu mama bersedih. Fikir Minho.
Wajah sang ibu yang berubah sedih ditatap. "Nanti abang bawa adik. Mama jangan sedih-sedih, mama kena happy selalu." Minho memujuk ibunya.
"Mama rindu Jisung." Gumam Puan Lee.
Pertama kali dia diizinkan kembali membuka mata, wajah anak manis itulah yang diharapkan untuk bertemu dulu.
"Mama mimpi Jisung minta tolong mama. Dia tengah sedih, menangis seorang-seorang panggil mama. Jisung tak apa-apa kan?"
Soalan mengejut dari wanita tua itu menyebabkan ketiga ahli keluarganya yang lain tergamam. Sungguh, itu bukanlah sebuah mimpi melainkan petanda yang benar-benar berlaku sekarang ini.
Deheman Tuan Lee kedengaran. Nada panik jelas kedengaran namun dia cuba beriak biasa. "Jisung baik-baik je kat rumah. Nanti dah sihat awak baliklah tengok dia."
Puan Lee mendengus kesal. Sejak tadi dia minta sang suami dan Jihan menghubungi Jisung tapi mereka kata si manis tak mengangkat panggilan.
Bahu wanita paruh baya itu Tuan Lee usap-usap sayang. "Kan ada Jihan kat sini. Awak asyik cari Jisung, tak ke terasa hati anak kita yang itu?" Tuan Lee memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah Jihan yang tertunduk bermain telefon sejak tadi.
Puan Lee dibuat terkedu mendengar ucapan suaminya. Sungguh, kerinduannya pada si tupai manis itu menyebabkan dia terlupa keberadaan Jihan di sini. Sejenak rasa bersalah menerpa bila mengabaikan anak kandung nan seorang.
"Jihan."
"Ye mama?"
Puan Lee mengisyaratkan si anak mendekat yang kemudian dituruti Jihan. Ruang kosong di atas katil bersebelahan sang ibu dituju.
"Selama mama sakit adik baik-baik je kan? Tak ada siapa sakitkan adik kan? Makan minum, siapa uruskan?" Tanya Puan Lee sembari mengelus rambut Jihan.
Minho tersenyum hangat melihat interaksi ibu dan anak itu. Dia dan sang ayah duduk menikmati momen itu. Momen bahagia setelah sedarnya sang ibu dari koma selama sebulan.
Sesekali tawa menghiasi ruang itu bila Jihan cemberut marah kerana diusik Minho.
Namun siapa sangka kalau senyuman dari bibir Tuan Lee tak berpanjangan bila sebuah mesej masuk ke telefonnya.
Raut gementar jelas terpampang di wajahnya yang dengan langsung disedari Minho. Puteranya itu mendekat, berbisik ke teling ayahnya.
"Kenapa pa?"
Tuan Lee tak menjawab. Hanya saja tangannya terketar-ketar memberi telefon itu ke Minho.
Dan reaksi Minho tak lari jauh dari reaksi sang ayah.