Semua pelajar berbisik-bisik saat dua siluet lelaki berpakaian serba hitam masuk ke dalam perkarangan kolej.
Semua mata tertuju melihat arah langkah kedua lelaki segak itu.
"Hensemnya bakal suami aku."
"Kau nak jadi madu aku?"
"Boleh, asal kau tak kahwin lari kat Thailand."
Lia dan Chaeryoung saling berbisik. Oh come onlah, bukan hanya mereka berdua malah hampir semua pelajar perempuan termasuk lelaki saat ini tengah berbicara tentang dua orang itu.
Dan mulut keduanya yang tadi tertutup kini menganga lebar bila seorang dari pelajar kolej yang terkenal dengan mulut becoknya berlari menghampiri salah seorang lelaki itu.
"Abang Felix ke itu?" Chaeryoung hampir tak percaya. Matanya digosok-gosok cuba memastikan.
"Iyalah, kan dia yang selalu datang setiap tahun." Yuna putar bola matanya ke atas melihat ketakpekaan kedua temannya.
"Yang sebelah itu?" Tanya Lia.
Yuna menggeleng. "Tak tahu. Kawan abang dia kot."
Lia dan Chaeryoung saat ini sibuk mengemasi rambut mereka. Cermin muka dikeluarkan dan acara cosplay ala-ala bakal kakak ipar idaman untuk oknum bernama Lee Felix itu mula berlangsung.
"Dah macam yatim piatu aku tengok si Felix." Yuna tergelak kecil dengan bicaranya.
"Ish tak baik cakap macam itu. Bakal mak bapak mertua aku tau." Lia memarahi mulut lancang si teman.
"Apa? Betullah aku cakap. Asyik abang dia je yang datang. Mak bapak dia mana?" Yuna dengan segala ketidak filter mulutnya asyik saja membacot.
Lia nampak tak suka mendengar kata-kata Yuna.
Yuna mengangkat sebelah alisnya kehairanan. Kok Lia marah?
"Hari itu kau kutuk-kutuk Jisung boleh pulak? Time aku cakap pasal Felix, marah. Pilih bulu." Yuna merutuk Lia depan-depan.
Lia tersengih. "Yelah, abang dia hensem. Itu diskaun. So, Shin Yuna sayang...sekali lagi aku dengar kau kutuk bakal adik ipar aku, kita putus kawan."
"Eh Jisung punya abang pun hensem." Chaeryoung mencelah.
"Minho itu bukan abang dia. Itu abang Jihan."
"Ouh haah. Lupa." Chaeryoung tersengih-sengih.
"Pedulilah, aku nak try yang sebelah abang Felix itu. Hensem nak mati." Yuna kembali memandang ke arah sosok tegak berambut separas bahu itu.
Dengan bibir tebalnya ouh kalau dicium mahu terbang ke langit berjumpa ayah Pin...memabukkan.